WELCOME TO MY LIFE STORY

Jumaat, 18 November 2011

Tanpamu Cinta

Awak... 2 bulan tanpa awak memang sunyi sangat tapi saya dekatkan diri saya dengan yang maha esa... alhmdulillah... saya rase amat tenang...

20/3/2011
Sy jmpe fmily awk...sy bwk adik awk jln2..best sgt mlyan kerenah adk2 awk..klakar..huhu..mak n ayh awk pown ske sakat sy..sy rse serasi sgt ngn diorg..hmm..wlupown awk x  ikut skali..awk..sy layan fmily awk bkn semata2 krn awk...ayh, mak , kakak n adik2 awk baik skali dgn saya.. saya dh anggap mereka mcm kluarga sy sndri..

25/5/2011
Awk..kini saya redha dgn ape yg trjadi di antra kita krn saya yakin pasti ade hikmah di sebalik semua nie..saya xpernah mnyesali pertemuan n perpisahan kita.. saya xprnah lupa brdoa utk awk.. biar pun awk kini jauh dari saya..awk sentiasa di hati saya.. saya sentiasa titip kan doa bt awk.. skrg sy dh mkin dewasa n tabah.. sy dh ckup matang utk mnilai baik dan bruk.. terima kasih krn mematang kan saya n berikan saya pengalaman yg amat berhrga..

Semoga kita kn brjumpa lagi 1 hari nnt.. semoga awk bhagia dgn si dia plihan hati awk.. doakan khagiaan dan kejayaan saya.. kini saya benar2 lepaskan awk dari hati saya.. selamat tinggal zaina reezana...

Selasa, 29 Mac 2011

Cerpen : Pengorbanan Pencinta Hasil Karya : Budakbaek..

Bahang matahari yang mula mendaki di dada langit dapat dirasai pada kulit sawo matang milik seorang gadis yang baru sahaja selesai menyiapkan diri sebaik sahaja dia membuka tingkap biliknya.
“Hmm satu lagi hari baru. Harap-harap hari ni akan menjadi lebih baik daripada semalam” Alia berkata sendirian kepada dirinya.
Tubuh Alia yang genit tampak anggun apabila dia mengenakan baju kurung. Dengan bantuan Mak Nab, ibu Alia, Alia telah memilih sepasang baju kurung merah berbuga putih.
Memang begitulah kelazimannya setiap kali Alia hendak memilih pakaiannya sejak Alia kehilangan deria penglihatannya sebaik sahaja dia tamat pengajian di universiti.
Masih segar dalam ingatan Alia bagaimana peristiwa yang telah meragut nyawa ayahnya dan penglihatannya 3 tahun dahulu.
Pada suatu malam, mereka sekeluarga hendak pulang selepas menikmati makan malam untuk meraikan kejayaan Alia yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.
Tiba-tiba kereta yang dinaiki oleh mereka dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang dan menyebabkan kenderaan mereka terperosok di bawah lori di hadapan mereka mengakibatkan kereta mereka remuk teruk.
Takdir ALLAH menentukan segalanya. DIA lebih menyayangi ayah Alia. Manakala ibu dan adiknya, Aiman cedera parah. Mujurlah doktor mampu menyelamatkan mereka. Malangnya bagi Alia, penglihatannya yang dipinjamkan seketika telah diambil oleh ALLAH.
Sebulan sekali, Aiman, satu-satunya adik Alia akan membawanya bersiar-siar di taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah mereka. Aiman merupakan pelajar tahun satu di sebuah universiti.
“Kak! Dah siap ke belum?” Aiman menjenguk ke bilik kakak kesayangannya.
Kakak aku ni kalau bersiap tak boleh sekejap. Kalau dah cun tu pakai apa pun tetap cun kak oii.
“Dah. Akak nak siap dah ni. Tunggu kejap. Sikit je lagi ni” Alia cepat-cepat membetulkan tudungnya agar selesa dipakai. “Budak ni kalau memang tak tau menyabar tau!”
Aiman tersengih riang menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Menaikkan lagi seri wajahnya yang kacak.
“Yalah, akak tu kalau dah bersiap tak ingat dunia. Kalau tak digesa entah-entah sampai esok pun tak siap lagi” Aiman membebel.
Aiman merapati Alia lalu membetulkan sedikit tudung Alia yang agak herot agar kelihatan lebih cun. Alia sekadar membiarkan perlakuan Aiman.
“Ok kak. Dah terlebih cun dah ni. Silap-silap karang ada yang Man balik sorang-sorang” Aiman masih lagi ingin mengusik Alia.
“Asal pulak? Aiman nak tinggalkan akak ke?” Alia buntu dengan kata-kata Aiman.
“Takdelah karang ada orang terberkenan kat akak karang susah Man nak bawak balik akak” Kata-kata Aiman disambut dengan deraian ketawa kedua beradik itu. “Jomlah kak. Nanti jap lagi matahari dah ada kat atas kepala dah tak larat Man nak jogging”
“Man ni kan tak habis-habis membebel la. Banyak mulut betul. Patutlah awek pun tak nak dekat. Tak tahan agaknya dengan mulut Man tu”
“Eh mana akak tau? Sebab mulut nilah banyak awek nak dekat tau! Mulut manis”
Memang kalau bercakap dengan Aiman takde orang lain yag betul. Dia ajelah yang nak menang. Memang daripada kecil lagi Aiman petah berkata-kata. Disebabkan mulut itulah dia menjadi terkenal semasa bersekolah dahulu. Pendebat terbaiklah katakan. Alia tersengih sendirian.
Aiman memimpin tangan Alia dan mereka beriringan menuju ke taman rekreasi.


“What?! Tak jadi datang?!”
“I’m so sorry Azlan. I have work to do. You know how bad my job right?” Rahmah memujuk kekasihnya Azlan dengan suara yang paling manja. Selalunya lelaki akan cair kalau dipujuk macam ni.
“What everla” tanpa menanti kata-kata daripada Rahmah, Azlan menamatkan panggilannya. Rasa marah masih membara di hati mudanya.
Azlan berjalan dengan pantas untuk segera sampai di keretanya. Tiba-tiba Azlan melanggar seorang gadis sehingga menyebabkan gadis itu jatuh terduduk.
“woi!!! Apa ni? Buta ke? Mata letak kat mana?”. Azlan menghamburkan kata-katanya tanpa melihat ke arah gadis tersebut. Marah Azlan sudah tidak mampu ditahan lagi.
Dah ar aku tengah panas ni. Main langgar-langgar pulak. Ada yang makan penampar aku ni karang.
“Maafkan saya encik” terdapat sedikit nada takut pada kata-kata gadis itu. Alia meraba-raba untuk mencari tongkatnya yang hilang selepas dilanggar lelaki tersebut. Alia sudah lali dengan situasi begitu. Kerap kali dia dipersalahkan kerana kekurangan sifatnya.
“Banyaklah kau ….” Mata Azlan terpaku pada keadaan Alia yang sedang teraba-raba mencari sesuatu. Azlan terpandang ke arah tongkat yang berhampiran dengan Alia. Azlan mengambil tongkat tersebut lalu diletakkan di tangan Alia. “maafkan saya. Saya tak tau yang awak ni…”
“Buta? Takpelah encik. Saya dah biasa” Alia berusaha untuk bangun. Tiba-tiba terasa tangannya dipegang oleh Azlan. Terasa pedih tangannya apabila disentuh oleh Azlan sehingga menyebabkan dia terjerit kesakitan.
“Tangan cik luka ni. Maafkan saya” Azlan memimpin Alia ke tempat duduk yang berhampiran. Azlan meniup pasir yang terlekat pada luka di tangan Alia. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.
“Takpe encik. Sikit je ni” kata Alia sambil cuba untuk menarik tangannya daripada pegangan Azlan tapi cengkaman Azlan sungguh kejap lalu Alia membiarkannya sahaja.
“Berdarah ni. Mari saya bawak cik pergi klinik ye?” Azlan cuba untuk menebus kesalahannya.
“Takpe. Takpe sikit je. Nanti balik rumah saya letak ubat” apalah mamat ni. Aku tau la tangan aku. Bukan dia yang rasa.
Degil pulak minah sorang ni. Karang kalau bertambah teruk aku jugak yang kena. Hish! Aku bukannya nak buat apa-apa kat dia pun.
“If you say so. By the way saya Azlan. Nama cik?” kata Azlan seraya melepaskan pegangan tangannya. Ada satu perasaan halus yang membuatkan Azlan ingin mengetahui nama gadis itu.
“Alia” jawab Alia, ringkas.
“Erm. Nice name. Suit with your beautiful face” puji Azlan ikhlas.
“Thanks”
Cun jugak Alia ni. Tapi sayang dia buta. Buta-buta dia pun ada something yang menarik kat dia. Tapi apa ek? Ish aku ni berangan pulak. Hihi nampak macam pandai je budak ne.

“Ish! Mana pulak akak aku dah pergi merayap ni. Aku suruh dia duduk kat bench tu diam-diam dia pergi merayau pulak. Kaki berjalan betullah” Aiman membebel sendirian.
Hatinya risau apabila melihat bangku yang tadi diduduki oleh Alia kosong. Aiman terus berjalan mencari kelibat kakaknya.
Mata Aiman meliar mencari-cari kakanya. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh kakaknya yang sedang bersembang dengan seorang lelaki.
Amboi!! Dah pandai akak aku ni ye! Tunggulah aku kacau jap lagi.
Aiman tersengih sendirian. Kakinya pantas mendapatkan kakaknya.
Macam kenal je mamat yang kat sebelah kakak aku tu. Siapa ek? Kat mana aku penah jumpa dengan dia?
“Kak” Aiman menyapa kakaknya.
“Im!” Azlan menegur Aiman
Eh? Siapa pulak mamat ni. Setahu aku ada seorang je makhluk kat muka bumi ni panggil aku macam tu. Ahha! Abang Lan!
“Abang Lan!” Aiman terjerit kecil. Gembira hatinya bukan kepalang. Cepat-cepat dia menyalami tangan Azlan.
Azlan pernah menjadi senior kepada Aiman suatu masa dahulu. Azlan memang banyak membantu Aiman semasa dia baru menjejakkan kaki di menara gading.
“Man kenal Lan ke?” Alia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Ye kak. Abang Lan ni dulu belajar kat universiti yang Man belajar sekarang ni”
Setelah agak lama bersembang, Alia dan Aiman meminta diri untuk pulang ke rumah. Azlan menawarkan diri untuk menghantar mereka tetapi ditolak lembut oleh Alia.
Alia tidak suka menyusahkan orang. Sebelum pulang, Azlan sempat meminta nombor telefeon Aiman supaya mereka tidak terputus hubungan lagi.


Hati Azlan bengkak. Sungguh sakit hati dan matanya melihatkan kemesraan teman wanitanya yang dahulu pernah mengetuk pintu hatinya. Rahmah dan pasangannya kelihatan sungguh mesra sehingga tidak menyedari akan kehadiran orang disekeliling mereka. Ibarat dunia ni mereka yang punya.
“Rahmah!!” jerit Azlan dengan perasaan marah. Matanya mencerlung diarahkan ke arah Rahmah.
Rahmah yang sedang bermesra dengan pasangannya terkejut melihat Azlan yang memandangya seperti ingin menerkamnya. Terkulat-kulat Rahmah menegur Azlan. “Az...Azlan...”
Mampuslah aku macam ni. Macam mana pulak mamat ni boleh ada kat sini. Apa aku nak kelentong lagi. Dah betul-betul ada depan mata.

“ooo ni rupanya ‘kerja’ yang you sibuk-sibukkan rupanya. Sibuk benar nampaknya. Sampai I lalu pun boleh tak perasan?” kata Azlan dengan nada menyindir sambil tersenyum sinis. Sengaja dipertontonkan di hadapan Rahmah.
“So, this is Azlan?” pasangan Rahmah, Johan yang tadinya sekadar melihat drama yang sedang dilakonkan oleh Azlan dan Rahmah mula memainkan peranannya.
“Lan, meet my client, Johan” Rahmah masih cuba untuk berbohong. Sesungguhnya dia amat risau jika Azlan bertindak meninggalkannya. Selama ini Azlanlah yang memberinya wang untuk menyara hidupnya yang agak keterlaluan. Jika diharapkan dengan wang gaji Rahmah, alamatnya tak berbelanjalah dia.
“Ooo klien? You jangan nak fikir I bodoh Rahmah!!! Klien apa sampai peluk-peluk macam laki bini?! You know what? Right now it’s over between us. Nothing!!” jerkahan Azlan menjadikan Rahmah sedikit kalut dan menyembunyikan dirinya di sebalik tubuh Johan yang agak besar itu.
Azlan bergerak meninggalkan Rahmah yang sudah mula menangis tersedu-sedan dan Johan yang berada di sisi Rahmah cuba untuk menenangkan kekasih hatinya. Tidak sanggup rasanya membiarkan Rahmah menangis sebegitu rupa.
“Ram, please don’t cry. You still have me honey”
“This is all your fault. Nak sangat pergi kat sini. Dalam banyak-banyak tempat kat sini jugak you nak pergi” Rahmah menyalahkan Johan. Sememangnya Rahmah mencadangkan agar mereka pergi ke tempat lain. Tetapi atas desakan Johan, Rahmah terpaksa mengalah.
Nasib baik aku sayang gila kat kau Johan. Kalau nak diharapkan harta baik aku ambil Azlan buat suami aku. Biar tak cinta asal duit banyak. Hmm macamana aku boleh sayang sangat kat mamat ni?! Whateverlah.
“Okey...Okey... My fault. I’m sorry ok?” lembut suara Johan memujuk Rahmah. Bimbang rajuk Rahmah berpanjangan. Bahu Rahmah dirangkul kemas dan mereka bergerak meninggalkan shopping complex itu.



“Padan muka kau Rahmah! Playgirl! Kau ingat aku bodoh nak biarkan aje kau buat sesuka hati. Entah macam manalah dulu aku boleh jatuh cinta dengan kau. Perempuan mata duitan. Malang sungguh nasib aku. Nasib baik dah terlepas bala aku. Phew. Alhamdulillah” Azlan bermonolog dengan dirinya sendiri. Perasaannya terasa sungguh lega. Ibarat baru terlepas hukuman yang amat berat.
Fikiran Azlan sedang bekerja keras memikirkan perihal Alia. Seorang gadis yang kecil molek. Mukanya bujur sirih. Mulutnya yang comel begitu petah berkata-kata sama seperti Aiman. Tapi sayang matanya yang redup tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
Walaupun Alia kekurangan satu deria yang amat penting bagi manusia biasa, namun Azlan begitu senang melayani telatah Alia. Alia seorang yang sopan dan begitu menjaga tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Tidak pernah Azlan berasa bosan ketika bersama dengan gadis itu.
Semakin lama Azlan mengenali Alia, semakin tebal perasaan Azlan terhadap Alia. Minda Azlan mencongak apakah perasaan itu. Adakah cinta atau sekadar simpati. Azlan melepaskan satu keluhan yang berat.

Dalam beberapa bulan ini, kehidupan Alia semakin hari semakin bermakna dan bertambah ceria dengan kehadiran Azlan. Azlan sentiasa menghubunginya melalui telefon dan kadangkala jika Aiman bercuti, Aiman akan membawa Alia untuk berjumpa dengan Azlan.
Emak Alia, Mak Nab juga turut berasa gembira kerana kini, Alia sudah mempunyai kawan biarpun hanya Azlan seorang. Hati seorang ibu mampu menyelami apa yang terkandung di dalam hati anaknya.
Sebelum Alia hilang penglihatan, Alia mempunyai ramai kawan kerana sifatnya yang peramah dan mudah mesra. Seringkali Alia memperkenalkan rakan-rakannya kepada keluarganya.
Namun sejak Alia buta, rakan-rakannya semakin hari semakin melupakannya. Benarlah kata orang, rakan ketawa senang ditemui tapi rakan menangis susah didapati. Mujurlah ada Aiman. Aimanlah adik dan Aimanlah rakan Alia.
Lamunan Alia terganggu apabila terdengar suara emaknya memanggil namanya.
“Alia...Alia... ada tetamu ni” ceria suara Mak Nab memanggil Alia.
“Siapa mak? Kejap lagi Lia turun” cepat-cepat Alia mengambil tudung yang memang tergantung pada dinding biliknya. Setelah mengemaskan sedikit tudungnya agar selesa dipakai, Alia pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang dimaksudkan oleh emaknya.
“Happy Birthday!!” kedengaran jelas di gegendang telinga Alia suara Azlan dan Aiman mengucapkan selamat.
Birthday aku ke hari ni? Ish...ish...ish... aku sendiri pun tak ingat. Tapi mana Azlan tahu? Rasanya kau tak pernah bagitau.
“Alia” Azlan menegur Alia apabila Alia senyap sahaja
“Terima kasih” hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.
“Macam mana awak boleh tau hari ni birthday saya?”
“Tadi saya jalan-jalan kat shopping complex. Tiba-tiba terserempak dengan Aiman. Saya tanyalah dia nak buat apa. Katanya nak carikan hadiah untuk kakak kesayangan dia. Kebetulan saya pun takde apa nak buat saya ikutlah Aiman cari hadiah untuk awak. Boleh saya sambut sekali” panjang lebar Azlan menerangkan peristiwa yang berlaku kira-kira satu jam yang lalu.
“Nak sambut apa? Takde siapa yang jatuh pun” Alia berseloroh.
“Awak jatuhlah cepat nanti boleh saya sambut” jawab Azlan selamba. Serentak mereka ketawa. Aiman dan Mak Nab turut tersenyum melihat gelagat mereka.
“Kak. Ni Man ada belikan akak hadiah. Man tau dah lama dah akak nak benda ni. Tapi baru sekarang Man dapat beli. Nah” Aiman menghulurkan seekor teddy bear yang sederhana besar ke arah Alia.
“Terima kasih Man” sebaik sahaja tangannya menyentuh hadiah pemberian Aiman, Alia berasa terharu. Aiman sanggup menggunakan wangnya yang sepatutnya digunakan untuk pelajaran untuk membeli patung untuk Alia.
“Ni hadiah daripada saya pulak” kotak yang tadinya berada dalam pegangan Azlan kini sudah bertukar tuan.
“Awak ni Lan susah-susah je. Awak wish birthday kat saya pun saya dah cukup gembira dah” ikhlas Alia menuturkan katanya. Tangan Alia merasa-rasa isi kandungan hadiah Azlan. “Apa ni? Handphone?” Alia terkesima dengan pemberian Azlan.
“Yup. A handphone. It will be easier for me to call you” kata Azlan separuh berbisik. Malu jika Mak Nab mendengar butir bicaranya.
“Tapi saya tak mampu nak bayar bulan-bulan Lan. Takpelah awak bagi je kat awek awak” Alia menolak pemberian Azlan dengan penuh berhati-hati. Bimbang akan melukakan hati Azlan.
Azlan membiarkan huluran Alia tidak bersambut. Hatinya sedikit terasa dengan penolakan Alia. Tapi Azlan tahu niat Alia sekadar tidak mahu menyusahkan orang.
“Don’t worry about that. Saya akan settlekan semuanya. Tugas awak cuma terima hadiah saya tu. Tu je. Yang lain tak payah nak fikir-fikirkan. Buat pening kepala je” Azlan masih memujuk.
Ambil jelah orang dah bagi. Senang aku nak melepas rindu wahai cik Alia intan payung kembang semangkuk.
“Takpe. Takpe. Saya tak perlukannya. Saya tak mahu menyusahkan Lan” Alia masih tidak mahu menerima pemberian Azlan.
Dahlah handphone dia bagi. Bil bulan-bulan pun dia yang bayar. Hish. Malulah aku. Si Azlan ni memang tak faham bahasalah.
“Tak baik tau tolak pemberian orang tanpa sebab. Kecil hati saya” Azlan pura-pura merajuk. Harapannya hanya satu agar Alia menerima pemberiannya.
Aik!! Lain macam je bunyi suara dia. Takkan merajuk kot. Ala bab-bab macam ni yang aku lemah sikit ni. Kalau dengar suara sayu macam dia ni yang buat aku lembbut hati. Haiii!!!
“Yalah. Yalah. Saya simpan buat harta mutlak. Terima kasih” Alia mengalah.
“Haaa!! Macam tulah” suara Azlan kembali ceria.
Mak Nab dan Aiman yang pergi ke dapur untuk menyediakan makanan sebentar tadi telah kembali ke ruang tamu dengan membawa kek dan burger yang dibeli oleh Azlan semasa Azlan dan Aiman singgah di McDonald.
“Dahlah tu. Akak ni kalau nak bermanja dengan abang Lan sikit-sikit dahlah” Aiman mengusik kakaknya. Muka Alia memerah kerana malu pada adik dan emaknya.
“Hish Aiman ni! Ada-ada saja akal untuk mengusik kak Alia dia tau! Jomlah makan. Ni ada kek hari jadi. Alia cepatlah potong. Aiman dah tak sabar sangat dah tu. kebulur” kata-kata Mak Nab di sambut oleh deraian ketawa mereka berempat yang menghuni di ruang tamu pada ketika itu.
Dalam hati Alia hanya TUHAN saja yang tahu betapa bersyukurnya Alia kepada AL-KHALIK kerana mengurniakannya nikmat di dunia yang fana’ ini.



Deringan telefon bimbit yang diberi oleh Azlan dua bulan lalu semasa hari lahirnya menganggu konsentrasi Alia yang sedang asyik menaip di komputer kesayangannya. Pantas Alia meraba-raba meja yang menempatkan telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum” suara yang menyapa gegendang telinga Alia di hujung talian cukup untuk membuatkan hati Alia berdegup dengan lebih kencang. Walaupun sudah berkali-kali Alia berbual dengan Azlan melalui telefon.
Sudah menjadi rutin harian dalam hidup Azlan untuk menelefon Alia. Entah mengapa sehari jika dia tidak mendengar suara Alia, hdupnya bagaikan tidak keruan. Adakah perasaan ini adalah perasaan cinta yang telah diciptakan untuk Adam dan Hawa?
“Waalaikumussalam” Alia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perasaan gembiranya.
Seganlah aku kalau dia tau aku menunggu dia telefon. Malu seyh. Jatuhlah pride aku sebagai seorang wanita Melayu terakhir. Huhu.
“Alia tengah buat apa tu?” Azlan memulakan bicara.
“Tengah nak siapkan cerpen ni”
“Owh, saya tak menganggu awak ke?”
“Agak-agak awak?” suaranya sengaja dibuat-buat resah.
“Bunyi macam kacau je? Hmm takpelah lain kali saya telefon lagi” Azlan seakan merajuk.
“Eh, mana ada! Saya gurau jela. Tak menganggu langsung” lembut suara Alia memujuk.
Gila ke apa. Aku memang dah rindu nak dengar suara kau Azlan! Tuhan aje yang tau.
Huhu. Tau takut. Baru merajuk sikit. Lembut sungguh hati kau Alia. Kan ke bagus kalau gadis macam kau ni jadi suri dalam hidup aku? Eh, apa yang aku merepek ne. Huhu.
“Banyak lagi ke yang tak siap Alia?” Azlan mengubah topik.
“Ada sikit lagi ne. Tak lama lagi siaplah”
“Dah siap nanti tunjuk kat saya, boleh?”Sememangnya Azlan kagum dengan kebolehan Alia. Meskipun buta namun dia mampu menekan kekunci pada keyboard komputer.
Semasa Alia masih boleh melihat, Alia sering menggunakan komputer itu untuk mencurahkan idea-idea kreatifnya sehinggakan Alia boleh menghafal kedudukan huruf pada papan kekunci tersebut.
“Boleh. Apa salahnya. Nanti awak bolehlah tolong betulkan mana-mana ejaan yang saya salah maklumlah tak cukup sifat” Alia merendah diri.
“Alia. Tak baik cakap macam tu. Macam awak tak redha pulak dengan ketentuan qada’ dan qadar” tegur Azlan yang tidak senagng dengan sikap Alia yang terlalu pesimis.
Setelah agak lama berbual Azlan menamatkan panggilan. Mereka telah berjanji untuk bertemu pada hujung minggu nanti.


Hidup Alia kini amat riang. Hari-harinya kini sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang sedang mekar di hatinya dan juga Azlan. Siapa sangka rupa-rupanya Azlan dan Alia masing-masing memendam perasaan yang sama. Cinta.
Jika dahulu Alia tidak berani untuk menaruh perasaan terhadap Azlan, tetapi kini Alia yakin dengan sepenuh hatinya untuk menyuburkan cinta yang telah lama berputik dalam hatinya untuk seorang jejaka bernama Azlan.

“Alia, i’ve something to tell you” kata azlan semasa mereka bertemu pada hari Ahad lepas seperti yang dijanjikan. Azlan menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara “selama ni I’m not sure about my feeling towards you. Right now, I am very very sure that I had a crush on you. I love you Alia”
Bagaikan nak tercabut jantung Alia sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terlahir daripada bibir Azlan.
“Az... Azlan are you sure abaout that? Maybe it’s not love but more to sympathy” Alia cuba untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam hati Alia.
“Nope. I am sure. Very very sure my dear,” bersungguh-sungguh Azlan menyatakan perasaannya.
Pleaselah Alia. Dah lama aku syok kat kau. You’re always there when I close my eyes, sayang. Huhu.
Kerongkong Alia bagaikan disumbat dengan batu kerikil sebaik sahaja mendengar perkataan ‘my dear’. Alia membisu seribu bahasa.
“Will you accept my love Alia?”
“Er... er....” Alia tergagap-gagap.
Alamak sejak bila aku ada penyakit gagap ne. Susah susah. Hai Azlan kan ke senang kalo ko boleh baca je hati aku ne? Dah lama aku memndam perasaan untuk kau Azlan!!!
“Please Alia!” Azlan masih merayu dan mengharapkan cintanya berbalas.
Susah sangat ke nak terima cinta aku ni Alia? Bukan susah pun. Cakap jelah ‘I love you too’ apelah!!
“Awak tak malu ke nanti orang mengata awak bercinta dengan gadis buta macam saya?” teraga-agak Alia bertanya. Risau akan mengundang kemarahan Azlan kerana mengungkit kelemahan dirinya.
“Alia! Kan saya dah cakap? Jangan ungkit lagi tentang kekurangan awak? Saya tak suka!” Azlan membentak keras. Melihatkan wajah Alia yang terkejut, cepat-cepat Azlan mengendurkan kembali suaranya. “I’m Sorry. I didn’t mean it. Yang bercinta dengan awak saya, bukan orang lain. Biarlah orang nak kata apa yang penting kita bahagia.”
“Er... biar saya fikir jap ek?” Alia cuba untuk meneutralkan keadaan. “Read this” Alia membawa tangannya ke mata, dada dan akhirnya ke arah Azlan.
“Mata, dada, saya?!” soal Azlan, pelik dengan perlakuan Alia.
“Get it?” Alia bertanya memandangkan Azlan tidak berkata-kata.
Hisy! Apalah lembab sangat kau ni Azlan. Benda macam tu budak sekolah rendah pun tau la.
Sebenarnya, Azlan amat memahami perlakuan sebegitu. Seringkali Azlan menontonnya di dalam drama mahupun filem. Tapi sengaja Azlan ingin mendengar pengakuan tersebut dari mulut Alia sendiri.
“I love you! Faham?” muka Alia memerah sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu. Segan.
“Faham sangat! Thanks Alia sayang!”
Bermula daripada saat itulah termeterainya cinta antara Azlan dan Alia.

“Azlan, please Azlan. Forgive me,” suara manja Rahmah merayu kepada Azlan.
Kalau bukan sebab duit kau jangan harap aku nak melutut macam ni Lan! Kalau sebab cinta? Bolayan!
“No Rahmah! Please. Don’t disturb me anymore. I hate you. Get out from my office. I’ve got loads of works to do!” Azlan merengus kasar. Perasaan benci dan meluat terhadap Rahmah memenuhi segenap ruang hati Azlan.
“Azlan! How could you? Don’t you love me?”
“Love? Love taik kucing. No more love. I’d loved you once buy you had betrayed my love. Furthermore, i had found my true and sacred love,”
“Yeah right! Dengan perempuan buta tu kan? You takkan bahagia dengan si buta tu!” Rahmah menjerit bagaikan diserang histeria.
“Rahmah! Mind your mouth! You better get out from my office or i’ll call the security” Azlan mengangkat gagang telefon dan bersedia untuk mendail. Panas hatinya mendengar Rahmah mencaci Alia.
Nasib baik aku ne penyabar Rahmah! Kalau tak dah lama kau merasa penampar aku ne.
Rahmah merengus geram dan keluar dari pejabat Azlan. Pintu pejabat Azlan dihempas kuat tanda protes.
Fuh! Nasib baik tak pecah pintu ofis aku. Siot betul minah tu. Kalau pecah nanti tak larat pulak kau nak bayar gantirugi. Orang dah tak ingin dahlah.



“Lan, I want to ask you something” Alia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung kata-katanya “Lan kenal Rahmah?”
Berdesing telinga Azlan sebaik sahaja mendengar nama Rahmah.
Apa pulak yang si Rahmah ne dah buat kat Alia? Memang tak malulah perempuan tu.
“Kenapa? Dia kacau Alia ke?” soalan Alia dijawab dengan pertanyaan.
“Takdelah. Tapi dia pernah jumpa dengan Alia and we talke about you,” begitu berhati-hati Alia menyusun kata.
“Habis, awak percaya ke apa yang dia cakap pasal saya?” hati Azlan mula digaru keresahan. Seakan dapat mengagak apa yang diperkatakan oleh Rahmah kepada kekasih hatinya.
Alia sekadar menggeleng. Senakal-nakal Azlan tak mungkin dia pernah meniduri Rahmah. Azlan seorang yang patuh pada agama. Azlan melepaskan keluhan yang berat. Lega rasanya dengan gelengan Alia.
“Awak macam tau je apa yang dia dah cakap kat saya?”
“Alah, siapalah yang tak kenal dengan mulut Rahmah tu. Bukan bercabang dua, dah bercabang sepuluh dah” kata-kata Azlan disambut dengan senyuman Alia yang amat manis.
“Rahmah tu ex-girlfriend awak ye?”
“Haah. Tapi dah takde pape dah sekarang ni,” jelas Azlan, pendek. Malas hendak mengulas dengan lebih lanjut tentang perempuan yang menyakitkan hati itu.
“Jealous ye?” Azlan mengusik Alia.
“Hello, tolong sikit. Takde masa la nak jealous-jealous ne. Takpe kalau orang dah tak sayang kat kita,” walaupun dalam hati Alia hanya Tuhan yang tahu.
“Merajuk la tu? Ala janganlah merajuk. Sekarang ne saya ada bolehlah nak pujuk. Kalau takde...” kata-kata Azlan terhenti disitu.
Sebak hati Alia mendengarnya. Tak sanggup rasanya Alia untuk berpisah dengan Azlan.
Kalau kau takde dengan siapa lagi aku nak bermanja-manja dan menumpang kasih, Lan!


“Aiman! Aiman!” Alia menjerit bagaikan histeria sebaik sahaja dia meletakkan gagang telefon.
“Ye kak. Kenapa ni?” tergesa-gesa Aiman mendapatkan Alia. Dilihatnya Alia tersenyum gembira.
Fuh. Lega. Ingatkan apesal la tadi. Terjerit-jerit. Lemah jantung aku dibuatnya.
“Guess what? Tadi Dr. Azim called. Dia kata ada orang yang sudi nak derma kornea pada akak,” ceria wajah Alia memberitahu perkhabaran gembira itu. “Lagi satu, kos pun orang tu yang tanggung Man!”
“Alhamdulillah,” hanya itu ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan untuk menggambarkan perasaan Aiman ketika ini.
Sebelum ini, bukannya tiada kornea yang hendak didermakan. Tetapi disebabkan oleh kosnya yang agak tinggi, Alia dan keluarganya terpaksa menolak tawaran tersebut. Gaji Mak Nab yang bekerja sebagai seorang kerani tidak mencukupi untuk menanggung kos tersebut.
“Kak! Nak Man beritahu Abang Lan?”
Wajah alia yang tadinya ceria berubah sayu. Aiman berasa pelik dengan perubahan wajah kakaknya.
Sedih hati Alia mengenangkan sikap Azlan dalam masa dua bulan ini. Azlan seperti sengaja mahu menjauhkan diri daripada Alia. Untuk telefon bertanyakan khabar juga jarang-jarang. Entah apa sebabnya, Alia sendiri tidak pasti.
“Tak payahlah Man. Nanti lepas akak dah dapat melihat kita pergi jumpa dia ye?” kata Alia dengan tenang. Cuba untuk menutup keresahan yang bersarang di hatinya.



Saat yang dinantikan oleh Alia dan keluarganya sejak 3 tahun yang lalu muncul jua akhirnya. Seminggu selepas mendapat panggilan telefon daripada Dr. Azim, Alia diberitahu agar bersedia untuk pembedahan.
Menurut Dr. Azim, hamba ALLAH yang hendak menderma kornea itu telah meninggal dunia lebih awal daripada jangkaan akibat penyakit barah. Manusia hanya merancang, yang selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
Hari ini, balutan di mata Alia akan dibuka. Hari ini jugalah Alia akan dapat melihat semula alam yang indah ciptaan YANG MAHA ESA.
Bagaikan hendak terlontar keluar jantung Alia pada saat Dr. Azim membuka balutan di matanya. Perasaan cemas, takut, dan gembira bercampur-baur dalam hati Alia. Begitu juga dengan Mak Nab dan Aiman. Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa.
“Cuba bukak mata awak Alia. Slow-slow sikit,” Dr. Azim memberi arahan.
Alia mencuba sedaya-upaya untuk membuka kelopak matanya. Terasa pedih pada saat dia terlihat cahaya lalu ditutupnya semula. Namun kepedihan yang dirasa tidak dapat menandingi keazaman Alia untuk melihat semula. Akhirnya, Alia berjaya mendapatkan semula nikmat penglihatan yang pernah ditsrik oleh ALLAH seketika dahulu.
Alhamdulillah. Hanya itu ucapan yang memenuhi hati Alia, Aiman, Mak Nab dan juga Dr. Azim.
Hati Alia gembira bukan kepalang. Tidak sabar rasanya Alia untuk bertemu mata dengan kekasih hatinya. Hilang seketika perasaan sedihnya terhadap perbuatan Azlan. Yang ada hanyalah perasaan rindu dan sayang terhadap Azlan.
Air mata Alia megalir deras pada saat dia mengenangkan kembali peristiwa yang berlaku ketika Alia dan Aiman berkunjung ke rumah Azlan
Sebaik sahaja sampai di rumah Azlan, seorang wanita dalam lingkungan 50-an menyambut kedatangan mereka dengan ramah.
“Azlan ada mak cik?” tanya Alia selepas bersalaman dan memperkenalkan dirinya.
“Anak ni Alia ke?”
“Saya mak cik,” kelopak mata mak cik itu mula digenangi dengan air mata.
“Tunggu sekejap ye,” wanita itu berlalu pergi. Alia dan Aiman sekadar memerhati perlakuan wanita itu.
Tidak lama kemudian wanita itu keluar semula dengan membawa sebuah kotak yang sederhana besar lalu diserahkan kepa Alia.
“Azlan dah takde Alia. Kotak ni arwah yang suruh serahkan pada Alia. Tapi mak cik tak tahu macam mana nak serahkan pada Alia. Nasib baik Alia datang,” kata wanita itu sambil mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.
Dunia dirasakan gelap seketika. Mujurlah Alia sedang duduk. Jika tidak dia pasti akan terjelepuk di lantai. Aiman mengurut belakang dan memujuk Alia agar kakanya bersabar.


Buat kesekian kalinya, Alia membaca surat yang pertama dan terakhir daripada Azlan.

Assalamualaikum Alia...
Tahniah Lan ucapkan kerana telah dapat melihat semula. Pada masa Lia membaca warkah ini, Lan telah pun pergi buat selama-lamanya.
Perjalanan yang Lan tempuhi di dunia yang fana’ ini juga telah berakhir. Waktu yang dipinjamkan oleh-Nya untuk Lan terlalu pendek untuk Lan membuktikan betapa dalam dan luhurnya cinta Lan pada Lia. Hanya ini yang mampu Lan lakukan. Membenarkan mata Lan agar terus hidup di sisi orang yang amat Lan sayangi.
Lia,
Maafkan Lan sayang. Maafkan Lan kerana selama ini Lan menyembunyikan hal yang sebenar. Untuk pengetahuan Lia, dua bulan yang lalu, doktor telah mengesahkan bahawa Lan menghidapi penyakit barah larinks peringkat ketiga iaitu tahap yang terakhir.
Di sebabkan itu, Lan mengambil langkah untuk menjauhkan diri Lan daripada Lia agar Lia dapat membiasakan diri untuk hidup tanpa Lan di sisi Lia. Hanya TUHAN yang tahu betapa rindunya hati ini kepada seorang gadis bernam Alia.
Lan harap Lia tidak menjadikan pemergian Lan sebagai satu kesedihan yang berpanjangan, sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu permulaan bagi kehidupan baru untuk Lia. Dengan pendidikan yang Lia pernah terima satu ketika dahulu, Lan yakin Lia dan keluarga mampu untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Lia,
Tiada apa lagi yang Lan harapkan pada ketika ini melainkan doa Lia untuk Lan untuk ‘kehidupan’ di sana nanti. Jadikanlah kenangan indah yang pernah kita lalui bersama sebagai pendorong untuk Lia menempuhi hari-hari yang mendatang.
Ketahuilah oleh Lia bahawa sejak bertemu dengan Lia, Hidup Lan terasa amat bermkana dan ceria dengan cinta Lia. Ingatlah bahawa cinta Lan terhadap Lia tidak pernah pudar walaupun sedikit. Malah semakin hari semakin menebal dalam hati ini.
Selamat tinggal kekasihku Lia. I love you very much. Assalamualaikun.

Yang menyayangimu,

AZLAN AMIR


Alia menutup surat Azlan dengan cermat lalu disimpannya. Setiap kali perasaan rindu menerpa, surat Azlan ditatapnya dan pastinya akan megalir air mata. Air mata yang mengalir di pipi dikesat.
Pada saat itu, Alia berjanji pada dirinya bahawa dia akan kuat mengharungi kehidupan ini walaupun orang yang amat disayanginya telah pun pergi buat selamanya. Setiap kali selepas solat, Alia tidak akan lupa untuk berdoa agar roh Azlan dan ayahnya dicucuri rahmat.



Sabtu, 19 Mac 2011

Hatiku & Hatimu Pernah Menjadi 1

Salam.. ntah nape mlm nie aku rse hati aku pedih...aku xthu npe... npe hati aku skt..sdgkn xde pape pown yg trjdi..atau mgkin trjdi pape pd hati die..hati die & hati aku prnh mnjd 1 ... mgkin kah die trluka shngga aku jgk trut mrse kn...hope die x ape2 kat sane..die x tringt kat aku ke sprt aku yg sntiase ingtkn die..mne mngkin die ingt...die dh bhagia skrg..hmm..xpe la...aku akn turut bhagia jika dia bhagia..aku dgn hdupku dan die dgn hdup nye...


zaina@reezana forever...

Jumaat, 18 Mac 2011

Saya Sudah Bertunang (baca la...tersentuh hati)

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

Rabu, 16 Mac 2011

Cerpen : Mencintaimu Hasil karya : szn

Kringg!!!
“Yahoo!! Recess time!” jerit para pelajar kelas Tingkatan 5 Bestari.
Aku hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawanku yang menjerit tadi. Macam budak-budak je. Aku segera mengemas buku-buku ke dalam laci meja. Aku tak bercadang nak pergi makan hari ni sebab aku nak buat revision di library. Midyear exam tak lama lagi.
Tak ramai pelajar kat library hari ni. Senanglah aku nak membaca, tak bising macam semalam. Aku menyapa kawanku, Farsya. Dia ketua pustakawan dan juga kawan baikku. Dia kelihatan sibuk ketika aku menegurnya.
“Hai, Sya. Sibuk je?” tegurku sambil tersengih. Aku berdiri di depan kaunter tempat Farsya duduk. Farsya hanya tersenyum manis.
“Biasalah kalau dah namanya ketua. Aku kena arrange balik jadual tugas diorang ni. Ada yang tak boleh datang hari Isnin, nak hari Rabu. Itulah, inilah,” rungut Farsya. “Hm, kau datang ni nak study ke?”
“A’ah. Tak lama lagi exam. Kenalah start sekarang. Tak apalah. Aku tak nak ganggu kau. Chow,” ujarku.
“Eh, tunggu kejap.”
“Hm? Ada apa?” tanyaku.
“Tadi si Syafiq datang library. Terkejut juga aku tengok dia masuk library. Rupa-rupanya dia cari kau. Dia suruh aku kirim salam kat kau,” jelas Farsya. Aku menjawab salamnya.
“Sibuklah dia tu. Kadang-kadang menyampah juga dengan peel dia. Kalau jumpa aku je, mulalah nak tersengih. Hee, kau tau? Dia kata dia masih mengharap kat aku. Dia nak tunggu aku sampai bila-bila. Seram juga aku dengar.” Aku mencebik. Farsya hanya ketawa kecil. “Okaylah, aku nak study ni.” Farsya hanya mengangguk.
Aku memilih tempat duduk di hujung sekali. Jauh sikit dari manusia-manusia kepoh. Buku Biologi kutatap. Study, study, study! Boring juga kalau asyik study je. Kalau boleh nak enjoy juga. Eh, sabar. Kau kena sabar. Setengah tahun lagi je. Lepas SPM kau bolehlah enjoy! Study betul-betul!
“Hai, boleh joint?”
“Boleh.” Balasku tanpa memandang wajah empunya suara itu. Aku dah tahu siapa.
“Kau ni memang rajin. Hari-hari datang library. Tak lapar ke kalau tak pergi makan? Atau nak diet?” Syafiq tersengih. Aku memandang Syafiq sekilas. “Marah ke?”
“Aku nak baca bukulah, Syafiq,” ujarku sambil merenung tajam.
“Janganlah marah. Aku saja nak borak dengan kau. Takkan tak boleh?” kata Syafiq dengan suara yang perlahan. “Kenapa kau benci kat aku?”
“Aku tak benci kat kaulah,” jawabku malas.
“Kalau macam tu, kenapa kau tak nak borak dengan aku?” tanya Syafiq lagi. Aku mengeluh. Lecehlah budak ni.
“Aku nak study, bukan nak borak.”
“Hm, aku datang time yang salahlah ni?” Syafiq menguak rambutnya ke belakang.
“Kau selalu datang time yang salah. Kalau orang nak buat kerja, masa tulah kau nak datang. Nak borak. So, pandai-pandailah cari time yang sesuai,” balasku lagi. Aku buat selamba walaupun aku perasan air muka Syafiq mula berubah.
Syafiq bangun dan terus berlalu pergi. Aku memandangnya dengan ekor mataku. Eh, apa yang dia buat kat kaunter tu? Ah, lantaklah. Aman sikit dunia aku kalau dia blah. Aku cuba menumpukan sepenuh perhatianku kepada apa yang aku baca. Tiba-tiba, Farsya tercegat di hadapanku. Ish, apa hal pulak ni?
“Ed, Syafiq minta maaf. Dia kata dia takkan ganggu kau kalau kau tengah buat kerja,” ujar Farsya.
“Kenapa dia tak beritahu aku terus? Ni nak suruh kau pulak jadi posmen.” Marahku.
“Entahlah. Kesian pulak aku tengok Syafiq tu. Kalau ya pun kau tak nak terima dia, apa salahnya kau kawan dengan dia?”
“Aku takut dia terlalu berharap, itu je!”
“Dia faham kau takkan terima dia. Just be nice to him. Memang dia nampak gila-gila, tapi dia baik. Hm, kau pun gila-gila jugak kan?” Farsya tersenyum.
“Eh, mana ada. Itu dululah. Masa aku kecik-kecik. Masa baru masuk sekolah menengah. Sekarang ni, aku dah berubah. Dah jadi baik dah,” ujarku sambil tergelak kecil. “Hm, Sya. Aku rindukan zaman dulu. Masa kita mula-mula masuk sekolah menengah? Best sangat. Langsung tak payah fikir pasal kerja rumah, pasal exam. Langsung tak de dalam kepala otak aku masa tu. Yang aku tau nak enjoy, nak kenakan orang. Itu je.”
“Kau memang teruk dulu. Nasib baik si Dania dan si Nurul dah pergi asrama. Kalau tak, mungkin kau takkan berubah?” ujar Farsya. “Okaylah, aku ada kerja ni. Kau sambunglah kerja kau tu. Chow.”
Aku tersenyum sendirian. Kelakar juga kalau diingatkan kembali hal-hal dulu. Dania …dia dah jadi ‘perempua
n sejati’ ke sekarang ni? Eh, aku ni pun masih pakai pakaian selekeh. Tak macam pompuan.

^^^^^^^^^^^^^^^^
“Hoi, asal ko minum air aku?!” jerit Dania.
“Ek!” Hampir tersedak aku dibuatnya. Sapa yang tak terkejut dengan sergahan si Dania ni. Masa tu, dia digelar Mak Cik Halilintar oleh segelintir pelajar, tak kira lelaki dan perempuan.
“Asal tak mintak permission aku dulu?” Dania mengambil gelasnya dari tangan aku.
“Sorry, aku dah tak tahan pedas nasi lemak mak cik kantin ni. Kalau aku nak susun ayat, nak mintak lagi, agaknya dah terbakar lidah aku kepedasan.” Aku tersengih.
“Yelah. Banyaklah ko punya alasan.” Dania mendengus. Dania seorang gadis yang tersangat simple. Rambutnya yang separas bahu itu kadang-kadang tak diikat. Dia juga sporting dan outgoing. So, kalau nak melawak dengan dia bolehlah.
“Pesal dengan ko ni, Dean? Ada problem ke?” sampuk Nurul. ‘Dean’, nama glamour Dania di sekolah kitorang. Dia dipanggil Dean sebab dia suka nama tu. Tambahan pula dia memang tomboy sikit.
“Tak de apa-apa. Cepatlah makan. Nanti nak gi toilet pulak.” Ujar Dania sambil menjeling ke arahku.
“Kejaplah. Aku nak gi beli french fries pulak. Tunggu aku.” Nurul tersengih. Dia memang suka makan french fries. Entah apa yang sedap benda tu. Nurul pulak sorang yang social. Dia ni nampak je baik tapi ‘otak kotor’, macam kitorang jugak. Antara kitorang berempat, dia dan Farsya paling lawa. Tapi, dia ni kalau bab nak flirt dengan boys memang pro. Cuma itu satu je yang we all tak suka dengan dia. Hm, kalau dah sekepala memang tak kisah apa-apa dah. Tapi, dia tak de pak we. Itu yang pelik.
“Ish, aku tak tahan ni. Aku gi dululah, Ed. Dah tak tahan ni. Ko tunggulah dia tu.” Kata Dania dengan muka despratenya. Aku hanya tersengih.
“Mintak maap. Aku terlambat. Tadi, si Hanafi tegur aku. We all borak kejap.” Nurul tersenyum. Aku pandang tempat lain, buat-buat pekak. “Alamak, aku tahulah ko jealous. Itulah ko, dulu si Muz nakkan ko, ko tolak dia bulat-bulat. Sekarang, ko jealous kat aku pulak.”
“Hee, tolonglah. Aku tak de masa nak dengki kat kau. Setakat Hanafi tu, apalah sangat? Lainlah kalau Mike Shinoda ke, Usher ke? Bolehlah jugak. Ala, aku tak minatlah budak Muz tu. Tak suka style dia.” balasku.
“Lantak ko lah. Eh, mana Dean?”
“Dia gi ‘melepas’ kejap. Kesian dia, dah desprate sangat. Ko pulak suruh tunggu, lambat lak tu. Dia tak boleh tahan dah.” Aku tersengih.
“Laa, iya ke? Sian mak cik tu ye? Jom, blah.” Ajak Nurul.
“Nurul, Sya ada bawa katak dan cacing tak hari ni?” tanyaku.
“Ada. Dia dah pass kat aku. Betul ke ko nak kenakan Cikgu Suria Suri tu?” Sebut nama penuh cikgu lagi tu.
“Apa pulak. Kan kitorang dah setuju? Lagi pun, aku bengkek betul dengan cikgu tu. Semua orang dia kasi markah tambahan untuk karangan. Aku dia tak bagi, dia kata dah lambat. s i a l ah!” Aku mencebik.
“Hm, bila ko nak letak dalam beg dia? Camne?”
“Don’t worry. Dean pro dalam hal camni. Hah, tu pun dia. Panjang umur, sihat walafiat.” Aku ketawa kecil melihat muka Dania yang kelihatan ‘lega’. “Dean, ko boleh letak katak tu dalam beg Double S tu kan?”
“Aku no hal. Set je.”
BM hari ni double period. Senanglah kerja kitorang berempat. Kebetulan pulak, we all in the same class. Lagi senang buat kerja. Cuma, si Farsya tu malas nak terlibat dalam hal macam ni. Dia dah serik kena dengan PK HEM dulu.
“Cikgu nak kamu semua siapkan latihan ni. Cikgu nak ke bilik guru kejap. Jangan buat bising. Oh ya, group havoc kat belakang tu, ingat-ingatlah sikit ya. Siapkan kerja ni, jangan asyik nak berborak je.”
Dania mendengus. “Dia ni sempat lagi nak perli kitorang. Eh, cepatlah. Mana katak tu, Nurul?”
“Sabarlah, takut je katak ni melompat. Kang kecoh pulak.” Ujar Nurul seraya membuka kotak kecil itu perlahan-lahan. “Yeah!”
Dania segera memulakan misinya. Aku berdiri di koridor, menjadi pemerhati. Takut-takut Double S balik semula. Kelas kitorang senyap je, tekun dok buat kerja. Pelajar lelaki pun dah tak kisah dengan peel kitorang. Diorang malas nak terlibat. Pelajar perempuan lagilah diam.
“Siap!”
“Cun ah ko ni. Ni yang buat aku makin sayang kat ko ni.” Aku memeluk bahu Dania sambil tersengih. Kitorang semua memang rapat. Kalau tak de perasaan sayang, macam mana kitorang nak rapatkan?
“Lesbian!” jerit seorang pelajar lelaki. Si Nazirul. Aku dan Dania menjeling ke arahnya.
“Alamak, si Nazi tu jealous lah. Sure dia nak balas dendam kat ko ni, Dean. Kan ko pernah tolak cinta dia? Ha,ha,ha!” Aku bersuara dengan kuat.
Seluruh kelas Tingkatan 2 Nekad ketawa apabila mendengar kata-kataku. Wajah Nazirul mula berubah. Malu dengan kata-kataku. Padan muka!! Ada kawan-kawanku berbisik-bisik antara satu sama lain. Nazirul menumbuk meja.
“s i a l kau!” jerit Nazirul. “Ko jangan nak buat cerita pulak. Bila masa aku suka kat budak tomboy tu?”
Aku dan Dania tersengih. Geli hati tengok cara Nazirul tu. “Wei, kitorang tak cari pasal dengan ko pun. Ko yang mula dulu.” Kata Dania.
“Bangang!”
Aku menunjuk jari tengahku kepada Nazirul. Makinlah dia bengang. Nurul dan Farsya menepuk tangan mereka. “Bravo, Ed! Bravo!” Akhirnya, Nazirul mengalah. Malas nak melayan karenah kitorang.
Beberapa minit berlalu, Cikgu Suria masuk ke dalam kelas. Dia mengangkat begnya dan cuba mencari sesuatu. Aku dan Dania saling berpandangan.
“Don’t worry. Mesti jadi punya.” Bisik Farsya.
“Aaaahhhhhhhh!!!” Cikgu Suria melompat sambil terjerit-jerit. Dia jatuh terjelepok.
Cikgu Zahir dan Cikgu Rasidah yang kebetulan mengajar di kelas sebelah datang mendapatkan Cikgu Suria yang dah macam histeria itu. Cikgu Rasidah cuba menenangkan Cikgu Suria. Cikgu Zahir merenung muka pelajar kelas kami satu persatu.
“Sapa punya kerja ni?! Nasib baik tak lemah jantung cikgu kamu ni. Kalau tak, sapa nak bertanggungjawab?” tengking Cikgu Zahir yang merupakan guru displin sekolah kami. “Sapa punya kerja ni?!!”
“Edora dan Dania cikgu!” jawab Nazirul. Aku, Dania, Farsya dan Nurul terkejut gila. Tak sangka Nazirul sanggup memberitahu cikgu Zahir tentang hal ini. Mesti nak balas dendam pasal tadi ni.
“Hah, Edora! Dania! Mari sini. Korang dua tak serik-serik lagi ke? Balik-balik muka korang, nama korang yang cikgu dengar. Pergi ke bilik cikgu sekarang!!” Cikgu Zahir betul-betul naik darah. Aku dan Dania langsung tidak memandang wajah Cikgu Zahir.
Di bilik guru displin itu, kami ‘dibasuh’ betul-betul dan telinga aku mula ‘sakit’ mendengar cemuhan Cikgu Zahir. Dania buat muka selamba saja.
“Kalau macam ni perangai kamu berdua, baik tak payah sekolah! Kenapa kamu pergi kenakan Cikgu Suria tu? Dah tak de kerja lain dah? Apa, korang dapat gaji lumayan ke kalau kenakan cikgu kamu tu?” Cikgu Zahir merenung kami dengan pandangan yang tajam.
“Cikgu, saya yang letak katak tu dalam beg Cikgu Suria. Bukan salah Edora.” Pengakuan Dania betul-betul mengejutkan aku. “Cikgu dendalah saya sorang.”
“Oh, dah buat salah. Lepas tu nak protect kawan kamu pulak ye? Nak tebus dosa ke? Sudah dua-dua saya denda.”
“Edora cuma bersubahat dengan saya. Tapi, seratus peratus memang saya bersalah!” kata Dania dengan tegas. Dia memang keras kepala orangnya. Semua cikgu dah lali dengan perangainya.
“Hm, kalau kamu nak sangat, kamu digantung sekolah seminggu dan Edora didenda mencuci tandas selama dua minggu.” Ujar Cikgu Zahir.
“Sebenarnya bukan macam …” Aku cuba bersuara tetapi dipotong Dania.
“Tapi, saya merayu kepada cikgu. Tolong jangan beritahu mak saya. Tolonglah cikgu.” Dania tunduk.
“Hm, saya akan pertimbangkan.”
“Cikgu, tolonglah. Kalau bapak saya tahu, matilah saya.” Rayu Dania. Aku hanya membisu.
“Tahu pun takut. Lain kali jangan buat lagi. Kamu berdua ni pompuan, tak malu ke kepada pelajar lelaki? Sudahlah, ingat denda dan hukuman kamu tu. Bermula dari minggu depan! Saya nak kamu berdua meminta maaf daripada Cikgu Suria. Balik kelas!”
Kami berdua berjalan beriringan. Tapi, Dania nampak selamba je. Seolah-olah sudah biasa dengan apa yang terjadi. Aku jadi serba salah. Aku rasa kerana akulah dia digantung sekolah.
“Asal dengan ko ni, Ed? Happylah sikit.” Dania menepuk bahuku.
“Ed, aku mintak maaf. Kenapa ko nak protect aku?” ujarku tanpa memandang wajahnya.
“Ek ele. Aku ingat amendelah. Releklah. Aku nak tolong ko je. Ko dah lupa ke? Ko kan dah banyak kali kena warning? Dulu ko ada beritahu aku kalau ko buat salah lagi sekali, ko kena buang sekolah? Jadi, aku tolonglah ko. Aku belum lagi kena warning camtu. Peluang aku banyak lagi.” Dania tersengih. Aku mula tersenyum.
“Trimas! He,he. Aku sayang kau!” Aku memeluk bahunya dan dia memeluk bahuku. Kami berjalan beriringan menuju ke kelas Tingkatan 2 Nekad. Thanks, Dania!
^^^^^^^^^^^^^
“Tuan Puteri Edora, mengelamun lagi?” tegur Farsya.
“Ek…!”
“Dah bell ring la. Teringat kat sapa tu? Syafiq?” Farsya senyum.
“Mana ada!” Aku mencemikkan mukaku. “Aku teringatkan kisah kita dulu-dulu je.”
“Hm, janganlah sedih sangat. Cuti akhir tahun ni bolehlah kitorang ‘bersatu’ kembali.” Farsya tersenyum. “Bak buku Bio tu. Aku gi simpan.”
“Thanks.” Aku keluar dari library dengan tergesa-gesa. Takut lambat masuk kelas. Dalam perjalanan aku ke kelas, aku terserempak dengan Syafiq dan kawannya, Idham.
“Lajunya, Puteri. Nak ke mana tu?” usik Syafiq.
“Wek!” Aku hanya menjelirkan lidahku kepadanya. Syafiq hanya tersenyum. Aku mengetuk pintu kelasku. Argh! Cikgu Hamzi dah masuk. Kantoi…!
“Hah! Kenapa lewat?!” jerkah Cikgu Hamzi.
“Saya ke tandas, cikgu.” Bohongku.
“Hm, kamu ni melabur lama sangat. Untung banyak sangat ke? Pergi duduk. Jangan buang masa saya lagi.” Cikgu Hamzi kembali ke tempat duduknya.
“Leceh betul.” Bisik hati kecilku.
Aku duduk di tempatku. Aku mula menyelongkar beg sekolahku. Ek, mana buku Kimia aku ni? Kantoi aku. Ni dah masuk kali ketiga aku tak bawa buku Kimia aku. Camne ni? Fikir, fikir! Aha, Farsya!
“Cikgu, saya nak pergi tandas kejap. Jam saya tertinggal.” Bohongku lagi. Terpaksalah.
“Edora, saya tak...”
“Please, cikgu. Kang hilang jam tu camne?” aku merayu lagi.
“Cepat sikit!” Cikgu Hamzi membetulkan cermin matanya.
Aku berlari menuju ke kelas Farsya. Kelas dia cuma langkau dua kelas dari kelasku. Tak jauh. Nasib baik kelas dia tak de cikgu. Senanglah aku nak masuk.
“Sya.”
“Eh, pehal ni Ed?” Farsya sedikit terkejut dengan kedatanganku.
“Pinjam buku Kimia kejap. Teks Kimia.” Pintaku.
“Er…” Farsya tersenyum seketika. “Sorry, Ed. Aku tak de. Cuba kau minta dengan Syafiq. Dia ada Kimia hari ni.”
What?! Aku mengusap daguku. Syafiq? Baru je tadi aku marahkan dia. Sekarang ni, aku gi mintak buku dia lak. Malu aku kalau camni. Tapi, daripada aku malu kena denda berdiri kat luar, baik aku malu sekarang. Isk, tak kisahlah.
“Releklah. Syafiq mesti bagi kau pinjam buku dia. Kau kan puteri kesayangan dia.” Farsya tersengih.
“Iyelah! Chow.”
Kebetulan masa aku keluar dari kelas Farsya, Syafiq berjalan sendirian ke arahku. Kaki aku bagaikan digam di lantai. Mulut aku terkunci. Mataku memandang Syafiq. Ek, camne nak start ni? Syafiq tersenyum memandangku.
“Ehe, kenapa berdiri kat sini? Kau buat road block ke?” perli Syafiq.
“Ek...” Aku tunduk.
“Ada apa-apa ke nak cakap?” tanya Syafiq.
“Aku nak pinjam teks Kimia kau.” Luahku. Mukaku merah padam. Syafiq hanya tersenyum.
“Boleh. Ni mesti dah terdesak nak pinjam dengan aku kan?” perli Syafiq lagi. Aku malu sendiri. s i a l , Syafiq. Sempat lagi dia perli aku. “Jom ikut aku gi kelas. Aku sekarang ni nak gi makmal Fizik. Tapi, kau punya pasal lambat masuk kelas pun tak pe.”
Aku mengekori Syafiq dari belakang. Dia masuk ke dalam kelas dan seketika kemudian dia keluar bersama dengan buku teks Kimia. Hatiku sedikit lega apabila ternampak buku Kimia itu.
“Ops…! Ada satu syarat.”
“Syarat apa pulak ni?” marahku.
“Syarat dia senang aje. Suka hati kaulah nak terima ke tak. Kalau kau lebih rela berdiri kat luar kelas…” Syafiq tersengih.
“Cakaplah cepat!”
“Keluar dengan aku hari Sabtu ni, nak?”
“Hah?!”
“Well, it’s your choice. I won’t force you.”
Berdiri kat luar? Atau keluar dengan dia? Kalau aku berdiri kat luar aku malu dua masa. Jatuh maruah aku. Tapi, keluar dengan dia?! Isk, decide, decide, decide!
“Cepatlah, tuan puteri. Orang ada kelas ni.”
“Bak sini buku tu.”
“Setujulah ni? Good girl. You’ve made a right decision. Jumpa Sabtu ni, okay?” Syafiq memberi flying kiss kepadaku. Yucks!
Aku kembali ke kelasku dengan tergesa-gesa. Ok ow! Matilah aku kali ni. Cikgu Hamzi tercegat di depan pintu kelas. Menanti kepulangan anak itiknya, mungkin?
“Kamu pergi ambik jam kamu atau pergi buat jam? Berdiri di luar kelas!! Kamu dah buang masa saya 15 minit.” Cikgu Hamzi berlalu masuk ke dalam kelas.
Aku terkedu. Damn! Aku tersandar di luar kelas. Buku teks Kimia di tanganku jatuh ke lantai. Mampus!! Sia-sia aje pergi cari buku Kimia. Isk, si Syafiq ni pulak dapat keluar dengan aku free!

Aku menunggu Syafiq di McD. Lembab betul laki ni. Patutnya dialah yang tunggu aku. Ini terbalik pulak. Aku menghirup air Mirinda Strawberry. Sambil itu aku bermain SMS dengan Farsya. Dia kata dia bersyukur sebab aku keluar dengan Syafiq. Siot je pompuan ni.
“Sorry lambat. Motor buat hal.” Tegur Syafiq tiba-tiba.
“Aku ingat nak balik je.” Aku lock handphoneku dan memasukkannya ke dalam sling bag.
“Em.”
Kami berdua diam. Tak tahu nak cakap apa. Aku bermain-main dengan straw, boring!
“Thanks coz sanggup keluar dengan aku.” Ujar Syafiq.
“No problem.”
“Jom main boling? Aku belanja?” ajak Syafiq.
“Boling?” Nak ke tak nak? Lagi pun dia nak belanja. Alahai, kalau aku tolak kang, kesian pulak kat mamat sorang ni. “Kalau kau belanja, aku tak kisah.”
“Jom.”
“Tapi, naik teksilah. Aku tak selesalah nak naik motor dengan kau.” Aku tunduk.
“Okay.” Dan Syafiq meninggalkan motornya di McD.
Semasa aku dan Syafiq sedang menunggu teksi, tiba-tiba seorang perempuan menegur Syafiq. Aku buat-buat tak nampak je.
“Hai, Fiq. Pergi mana ni?” tanya perempuan tu, manja.
“I nak keluar dengan kawan I, main boling.” Jawab Syafiq.
“Where’s your friend? Sebelah you tu ke?” tanya perempuan tu lagi. Dua orang temannya hanya tersenyum.
“A’ah. Actually, she’s my girlfriend. Cantikkan?” jawab Syafiq seraya memeluk bahuku dengan selamba. Aku mengerutkan dahiku. Aku mencubit pinggangnya tetapi dia menggengam tanganku.
“Yeah, yeah. I pergi dulu. Come on, guys.” Dia dan dua orang temannya pun berlalu pergi. Mungkin dia meluat dengan kelakuan Syafiq. Aku menolak Syafiq.
“Hello? Sesedap kau je nak peluk aku? Kau ingat aku ni Barbie doll kau ke?” marahku.
“Sorry, sorry! Aku buat macam tu sebab tak nak diorang kacau aku. Pompuan tu selalu je kacau aku, kau tau tak? Naik rimas aku. Sorry, okay? Janganlah spoil date hari ni...”
“Eh, bila masa pulak aku dating dengan kau? Tolonglah...!”
“Sorry, tuan puteri. Janganlah marah. Kau nak aku melutut ke?”
Teksi! Aku melambaikan tanganku agar teksi itu berhenti. Nasib baik, dia berhenti. Syafiq diam. Aku membuka pintu kereta teksi itu. Syafiq masih lagi tercegat di situ.
“Pak cik? Kata nak gi main boling? Cepatlah!” panggilku.
“Ek, dah baik dah?” Syafiq tersengih.
“Mestilah, belanja punya pasal. Jom!” Aku tersenyum.

“Nah, ini kes baru kau!” Azrie meletakkan fail-fail yang tebal di atas meja Idraki. Idraki mengeluh.
“Hey, let me finish this case first. Janganlah kau nak timbun kes lain kat aku pulak. Ramai lagi lawyer yang boleh buat kes ni.” Rungut Idraki. Tak habis-habis nak tolak kat aku. Saja je nak bagi aku stress. Dah le kes abang rogol adik ni tak habis lagi.
“Ini kerja kau, so kau kenalah buat. Sapa suruh kau jadi lawyer kalau tak tahan kerja banyak?” Azrie terus berlalu pergi.
Idraki menyandarkan tubuhnya. Dia memejamkan matanya. Kalau le boleh relek kejap, bestnya. Idraki mengangkat fail-fail yang diberi oleh Azrie tadi dan diletak di atas rak bukunya. Dia kembali menatap kes yang belum selesai itu.
“Kopi?” Zul, office boy diorang yang memang rapat dengan Idraki menghulurkan secawan kopi kepada Idraki.
“Thanks. Baiknya kau hari ni?” Idraki tersenyum seraya menghirup kopi panas itu. Sedap jugak budak ni buat. “Pandai kau buat kopi.”
“Mestilah. Dah hari-hari diorang suruh buat kopi. Dah jadi pro dah aku ni.” Zul tersengih. “Banyak kerja aku tengok?”
“Tak delah. Kes ni dah nak selesai. Aku ingat lepas ni aku nak ambik cutilah seminggu. Mungkin dua minggu?” ujar Idraki. “Kes yang si Azrie bagi ni aku ingat nak tolak kat Aizat.”
“Kes baru? Pasal apa?”
“Entah. Malas nak baca.”
“Hm, si Yati dah tak call kau ke?” tanya Zul, sengaja mengubah topik.
“Tak. Lega hati aku. Dia tu syok sendiri je. Eh, kau nak tau tak? Kelmarin, aku saja-saja bawa nephew aku pergi Sunway Pyramid. Ada sekali tu, aku lalu depan Restoran Teppanyaki. Aku ternampak sorang pompuan ni. Lawa jugak. Tak tahulah kenapa, aku tak leh lupa kat pompuan tu. Dia dok sorang-sorang kat meja makan. Tak tahulah dia datang sorang ke atau tengah tunggu member. Tapi, kalau kau tengok dia gerenti kau pun syok sekali.” Jelas Idraki panjang lebar.
“Ya ke ni? Memang dah sampai masanya kau cari awek. Mungkin dia tu jodoh kau? Kau tak bosan ke hidup sorang-sorang?”
“Eh, aku masih ada family lagi tau? Cukuplah kena layan dua orang anak saudara aku tu. Dah le kecik, nakal pulak tu.” Idraki tersenyum apabila mengenangkan dua orang anak saudaranya, Ikmal dan Ikram. Ikmal berumur 6 tahun dan paling rapat dengannya. Ikram pulak baru 4 tahun.
“Aki, aku akan kahwin tahun depan.”
“Hah?”
“Aku dah jumpa gadis yang aku nak. Aku tak nak lambat-lambat, takut melepas.” Zul tersengih.
“Cepatnya kau nak kahwin? Tahun depan, kau baru 25 tahun.” Ujar Idraki. Walaupun Zul hanya seorang office boy, tapi dia baik dan happy go lucky. “Sapa gadis bertuah tu?”
“Hazrina. Dia 23 tahun.”
“Jangan lupa jemput aku, tau? Hm, aku nak balik ni. Kau nak aku belanja makan ke, sempena pernikahan kau tahun depan?” Idraki ketawa kecil.
“Terima kasih jelah. Aku ada hal.”
“Tak apalah kalau macam tu. Gerak dulu.” Idraki mencapai kunci keretanya dan mengunci biliknya. Hm, mana si Aizat ni? Aha, ada pun kau. “Aizat!!”
“Apa hal?”
“Aku nak mintak tolong sikit ni.” Idraki buat muka kesian.
“Ni mesti nak suruh aku uruskan kes kau, betul tak?” teka Aizat.
“A’ah. Boleh tak? Azrie tu sengaja je buat aku tension. Lagi pun, kau tak de kes sekarang ni. Boleh tak kau tolong aku?” pinta Idraki.
“Boleh je. Esok kau bagi fail tu.” Aizat tersenyum.
“Thank you!”
Idraki menuju ke keretanya sambil bernyanyi kecil. Kan best kalau boleh jumpa awek semalam tu? Cantik betul. Macam Puteri Hang Li Po pulak. He, he.


“Sya! Aku dapat surat daripada Nurul!” jeritku. Agaknya boleh pecah gegendang telinga Farsya.
“Iya ke? Eh, esok kau bawa surat tu tau. Mimpi ke Nurul ni? Dah setahun lebih tak hantar surat, ni tiba-tiba je muncul surat dia?”
“Wei, aku nak baca surat dia ni. Esok aku bawa bagi kau baca. Kay, chow!”
“Chow.”
Aku letak gagang telefon. Bestnyer. Dah lama dia ni tak hantar surat. Eh, dia mana pernah hantar surat kat aku. Cuma Dania je yang rajin hantar kat aku. Dia ni call pun enam bulan dua kali. Aku membuka lipatan surat si Nurul.

Hai Tuan Puteri Edora,
Sembah patik harap diampun. Sudah dua purnama patik tidak menghantar surat kepada tuan puteri. Patik mintak ampun banyak-banyak, okay? He,he. Ko pekaba sekarang? Sihat ke? Sorry yek sebab tak pernah hantar surat kat ko. Malas nak tulis le. Asal je aku pegang pen, terus ngantuk.
How’s your study? Aku okay je. Kalau kau nak tau, aku ni pelajar terbaik Fizik tau? Masa midyear exam lepas. Ehem, jangan jealous okay? Orang kat sini betul-betul dah insaf. Pasal tulah orang kat sini study gila-gila. Apa cite kat sekolah kita dulu tu? Kau still maintain kat sana ke? Cikgu Zahir tu dah tak panggil kau ke? Mesti si Farsya ni banyak nasihat kat ko kan? Lupa lak Farsya tu, dia camne? Mesti dah bertambah alim dan cun!
Aku ada story nak bitau ko. Ada one guy ni mintak couple dengan aku. His name is Izzudin. Ko tau camne? Dia melutut depan aku siot! Kat depan kelas lak tu, kat depan sume orang! Cuma, cikgu je yang takde. Apa lagi? Aku terpaksa terima dia. Kang, aku tolak buat malu dia je. Siap bagi bunga lili lagi tu. Mana dia tau bunga favourite aku pun tak tahulah. But, he’s nice and gentleman and cute too. Kau pulak camne? Apa cite budak Muz tu? Eheh, itu Muz punya cerita sudah tutup buku kan? Lupa lak. Kau pun cariklah satu. Best tau kalau ada orang ambik berat kat kita.
Hari tu, aku ada dapat surat Dania. Dia hantar dari asrama dia. Dia dah berubah ‘pakaian’ tapi still perangai serupa. Dia kata, biar peel buruk asalkan otak geliga. Apa punya pepatah le budak tu. Apa-apa hal pun, ko belajar betul-betul untuk SPM nanti. Lepas SPM aku baliklah. Kita berempat bolehlah lepak sama-sama lagi kan? Aku rindu masa kita Form One dulu-dulu tu. Tapi, kita dah semakin dewasa so terpaksalah berfikiran matang sikit. Tak boleh nak buat benda ikutkan hati je. Oh, ya. Jangan balas surat ni. Sebab aku malas nak balas kat kau balik. Tunggu aku call ko aje, okay?
Tuan Puteri Edora, patik menyusun sepuluh jari meminta ampun kerna patik terpaksa mengundur diri. Ceh. Nanti aku call ko, bila-bila. CHOW!
AKU SAYANG KO…muax!

Yang Tersayang,
Nurul Anis

Aku ketawa kecil. Ada-ada je si Nurul ni. Kata je nak call, nak dekat balik baru nak call. Tiba-tiba, mama memanggilku. Ni mesti nak suruh aku pergi kedai lagi ni.
“Happy nampak? Meh, tolong mama buat puding marmar ni. Puteri jugak yang nak kan?” Puteri Erna tersenyum.
“Okay!” Silap...

Pagi Sabtu, lebih kurang pada pukul 6.45 pagi aku keluar jogging sambil menikmati udara nyaman. Sudah menjadi kebiasaanku bangun awal pagi dan berjogging. Kalau hari sekolah pulak, aku jogging pada waktu petang.
Hari masih gelap, kedengaran bunyi anjing menyalak. Aku memang takut anjing sebab aku pernah dikejar anjing suatu ketika dahulu. Nak tak nak aku panjat pagar rumah orang. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi deruman motor di belakangku. Sapa ni? Pagi-pagi dah pecut motor? Motor Harley Davidson lak tu. Aku mempercepatkan langkahku. Hanya tinggal 100 meter lagi untuk sampai ke rumahku.
“Hai, tak takut ke jogging sorang-sorang ni?” tegur pemuda yang memakai topi terbalik itu. Dia tersengih merenungku.
“Dah biasa.” Jawabku tanpa memandang wajah pemuda itu.
“Takut ke?” Pemuda itu memecut motornya dan menghalangku di depan. Aku tersentak. Hatiku takut bercampur bimbang. Janganlah dia buat jahat. “Jom jogging sama-sama?” Dia memegang lenganku.
“Eh, pehal ni? Isk, sakitlah!” Aku menarik lenganku tetapi semakin kutarik semakin kuat dipegang.
“Kau jangan nak buat hal! Ikut aku cepat!” ugut pemuda itu.
Tak boleh jadi ni. Sebelum jadi apa-apa, baik aku bertindak. Aku menendang anu pemuda itu sekuat-kuat hatiku. Hanya itulah kelemahan lelaki. He, he. Pemuda itu melepaskan tanganku. Dia terduduk mengerang kesakitan. “s i a l kau! Tak de tempat lain ke kau nak tendang?!”
“Sorry. Tak sengaja.” Aku terus berlari meninggalkan pemuda itu sendirian. Sebentar kemudian, aku terdengar deruman enjin motor di belakangku. Mampus! Tiba-tiba aku ternampak seorang pemuda yang sedang jogging. Terpaksa mintak tolong dia. Pemuda bermotor itu semakin menghampiriku.
“Abang! Tolong, bang!” Aku memegang lengan pemuda itu. Pemuda itu terkejut dengan kelakuanku dan dia seperti terpana melihatku.
“Ek…”
“Tu, dia nak kacau saya.” Kataku sambil menunjuk ke arah pemuda bermotor itu.
Pemuda bermotor itu memberhentikan motornya apabila terlihat aku memegang lengan lelaki itu. Dia mendengus dan berpatah balik. Mungkin dia malas nak cari pasal. Aku mengeluh lega.
“Er, awak okay ke? Is he your friend?” tanya pemuda itu.
“I’m okay and he’s not my friend. Tiba-tiba je dia kacau saya. Nasib baik saya nampak abang kat sini.” Terangku. Penat betul.
“Awak datang kat saya ni, tak takut saya kacau awak pulak ke?” Pemuda itu tersenyum lawa.
“Aa...” Aku hilang kata-kata. “Tak terfikir pulak saya…”
“Jangan risaulah. Mari saya temankan awak balik rumah. Selalu ke jogging pagi-pagi ni?”
“Selalu jugak. Tak pernah pun saya nampak abang jogging?”
“Saya jarang jogging hari minggu. Selalunya saya jogging sebelum saya pergi kerja. Awak masih belajar ke?” Pemuda itu mengusap lehernya.
“I’m in form five.”
“Mudanya.” Pemuda itu ketawa kecil.
“Kenapa? Abang tua sangat ke?”
“I’m 26.”
“Ek. Tuanya...” Aku tersengih.
“Tak de lah tua sangat. Bolehlah kalau awak nak jadikan saya ni calon suami awak.” Pemuda itu ketawa lagi.
“Eii, perasannya.” Aku tersenyum. Kacak jugak dia ni. “Ala, kalau betul pun nak kahwin dengan saya, sanggup ke tunggu 7 tahun lagi? Masa tu abang dah berumur 33 tahun dah.” Ujiku.
“Abang sanggup. Ikhlas ni.” Jawab pemuda itu tanpa memandang mukaku. “Nama siapa?”
“Ha? Em…” Aku jadi gagap. Entah kenapa.
“Nama awak ‘Ha Em’ ke?” perli pemuda itu.
“Mana ada! Nama saya...Puteri Edora.”
“Cantik nama awak, macam tuan dia jugak.” Puji pemuda itu. Aku hanya tersenyum. “Dah ada pak we ke?”
“Tak de.”
“Ya ke ni?”
“Betul. Okaylah, bang. Dah sampai dah rumah saya. Nilah rumah saya. Kalau ada masa, datanglah. Jumpa bakal mak mentua abang tu. He,he.” Selorohku. Isk, berani pulak aku bergurau macam ni dengan orang yang aku tak kenal. “Er, sapa nama abang?”
“Ahmad Idraki. Boleh saya panggil awak Puteri?”
“Em, boleh.”
“Okaylah, Puteri. Esok abang bawa rombongan meminang datang rumah Puteri ni. Be ready, okay?”
“Ha?”
“Just kidding. Janganlah serius sangat. Abang pergi dulu. Bye!”
“Bye.” Aku tersenyum sendirian. Kenapa aku rasa gembira je ni? Takkan aku dah sukakan abang tu?
Beberapa bulan berlalu, hari ini adalah hari terakhir aku menghadapi SPM. Lega rasanya hati. Selepas ini, bolehlah releks-releks. Tak lama lagi, Dania dengan Nurul akan balik. Eii, syoknya!
“Ed, camne paper kau tadi? Boleh jawab?” tanya Farsya.
“Hm, bolehlah. Aku malas dah nak fikir pasal ujian ni. Berserah pada Tuhan sajalah.” Ujarku sambil tersenyum.
“Hari ni aku tumpang kau boleh? Bike aku pancitlah. Pagi tadi pun, bapak aku yang hantar.”
“Boleh je. Tapi, mama aku mungkin lambat lima minit hari ni...”
“Alemak, lima minit je. Releklah. Jom kita gi tunggu kat luar tu, kat bawah pokok.” Ajak Farsya sambil menarik tanganku.
Aku mengerling ke arah jam tanganku. Isk, mana mama ni? Dah lewat sepuluh minit ni. Aku jalan lagi baik. Farsya yang menyedari keresahanku itu hanya tersenyum sinis.
“Hai, anak maklah katakan. Baru lambat sepuluh minit. Sabarlah. Mungkin mak kau ada hal? Lagi pun, ramai lagi budak yang belum balik tu.” Kata Farsya.
Aku mencebik. Sengaja nak perli akulah tu. Aku memandang ke arah lain. Mama, cepatlah!
Pon! Pon!!
Kus semangat! Terkejut aku. Nasib baik je jantung aku tak berlubang. Masuk angin terus meletup. Kiok terus. Sapa pulak yang hon ni? Isk, takut aku. Kang tak pasal-pasal kena kidnap. Farsya memeluk tubuhnya. Dia mengerutkan dahinya sambil memandangku sekilas.
“Hai, Puteri. Baru balik sekolah ke?” tegur pemilik kereta Citroen X5 maroon itu. Aku terkedu.
“Ed, sapa tu? Kenal kau pulak tu?” Farsya menyiku lenganku.
Idraki turun dari keretanya. Dia mendekatiku sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang pasti mencairkan hati wanitaku. Isk, apa hal aku ni? Merepek je. Tapi, inilah kali pertama aku berperasaan macam ni. Idraki memetik jarinya di depan mukaku.
“Er...”
“Termenung jauh nampak? Kawan Puteri ke?” Idraki tersenyum memandang Farsya.
“Hai, saya Farsya.” Ucap Farsya.
“Saya Idraki.” Idraki tersenyum lagi.
“Ni mesti tunggu mak ni.” Teka Idraki.
“A’ah. Tak tahulah kenapa mama lambat sangat hari ni.” Aku tunduk, malu.
“Tak apalah. Saya saja je tegur Puteri sebab kebetulan saya nampak Puteri berdiri kat sini. Oh ya. Cincin berlian saya dah beli.” Ujar Idraki.
“Cincin berlian?” Aku blur. Aku ada order cincin daripada dia ni ke?
“Kan Puteri suruh saya datang meminang? Kenalah ada cincin dulu kan? Sebelum meminang, saya kenalah melamar Puteri.” Idraki ketawa kecil.
Aku kelu. Merah padam mukaku dibuatnya. Malu, berdebar-debar dan...entahlah. Farsya hanya memandangku sambil tersenyum. Mata dia seperti berkata, ‘Betul ke? Asal tak bitau aku?!’ Aku meraut mukaku.
“Janganlah gelabah. Saya gurau aje. Macam mana SPM? Sorry lambat tanya. Dah habis baru nak tanya.” Idraki mengusap dagunya.
“Em, bolehlah tahan. Susah jugak.” Jawabku.
“Saya yakin Puteri boleh dapat result yang cemerlang. Nanti saya belanja Puteri. Okaylah. Saya pergi dulu ya. Nak pergi kerja.” Dia membuka pintu keretanya.
“Abang...!” Argh! Macam mana boleh terkeluar ni? Idraki memandangku, menunggu kata-kata yang keluar dari bibirku.
“Kenapa? Nak suruh saya teman Puteri jogging ke?”
“Kalau boleh...” Aku tunduk. Hee, jogging??
“No problem. Sabtu depan?”
“Okay.” Ish, selambanya aku ni.
Idraki tersenyum. Dia masuk ke dalam kereta dan terus memecut keretanya. Aku berdiri kaku di tepi jalan. Farsya hanya menggeleng kepalanya. Dia menepuk bahuku.
“Sya...Betul ke apa yang aku buat ni?” Aku meraut wajahku.
“Macam mana kau boleh kenal Idraki tu?” tanya Farsya.
“Aku...”
“Edora.”
Aku dan Farsya tersentak. Ok ow! Syafiq. Habis! Dia ni kuat cemburu jugak. Nak jawab apa nanti? Syafiq berjalan menuju ke arahku. Mukanya masam mencuka. Aku buat selamba.
“Siapa lelaki tadi?” tanya Syafiq, serius.
Aku merenung Syafiq dari atas ke bawah. Eh, dia ni tanya aku macamlah dia ni laki aku. Aku pandang Farsya dan Farsya hanya mengangkat bahunya.
“Just tell him the truth?” kata Farsya.
“Amende yang truthnya?” tanyaku balik.
“Edora? I’m talking to you. Answer me, will you!?” Suara Syafiq sedikit keras.
“Aku kenal dia dah lama. Berbulan-bulan lamanya. Ini kali ketiga aku jumpa dia.” Yup. Aku dah bitau yang betul.
“Kau jangan nak tipu aku, Ed!” desak Syafiq.
“Syafiq, kau nak aku cakap macam mana lagi?”
“Aku tengok, kau ni macam sukakan lelaki tu je. Kau jangan main-main dengan orang yang kau tak kenal. Dia tu nampak semacam je. Entah-entah dia ada niat buruk kat kau?” tuduh Syafiq.
“Syafiq! Calm down, okay. Kau ni cemburu sangat.”
“Mestilah! Kau kan tahu...”
“See you, Syafiq. My mom dah datang. Jom Sya.” Aku menarik lengan Farsya. Syafiq diam. Dia hanya merenungku dengan mata yang sayu. Sebenarnya, aku sendiri berasa serba salah terhadap Syafiq. Kesian. Dia dah lama tunggu aku tapi kalau dah tak suka macam mana? Aku dah beritahu dia yang aku anggap dia macam bestfriend aku je.
“Fiq, aku anggap kau macam kawan karib aku je. Tak lebih dari tu.” Kataku, cuba untuk menenangkan hatinya. Masa tu kitorang dah habis main boling.
“Kawan karib je?” Syafiq tunduk.
“Aku mintak maaf. Aku pun tak tahulah kenapa aku tak boleh nak terima kau? Memang kau baik, pandai, handsome. Just find someone else, okay? Kau pun tahu kan, Eliza tu sukakan kau?”
“Ed, I love you...forever!” Syafiq menggengam tanganku pada tika itu. Aku terkedu. “Kalau kau tak boleh terima aku, apa boleh aku buat? Tapi, aku kawan karib kau selama-lamanya kan?”
Aku cuba tersenyum. “Em.”
“Eh, asal jiwang sangat kita ni? Jom, aku belanja kau makan Teppanyaki.” Kata Syafiq seraya menarik tanganku.
“Ed, kenapa nangis ni?” Farsya menyentuh tanganku.
“Ha? Tak de pape.” Aku menyeka air mataku. Nasib baik mama tak perasan.
“Sya, aku rasa bersalah kat Syafiq.” Bisikku.
“I know.” Farsya memeluk bahuku.
“Puteri?” tegur Puteri Erna.
“Ek, tak de pape, ma.” Aku tunduk.
“Ed, aku balik dulu.”
“Chow.”
Syafiq...Aku mintak maaf...! Isk, kenapa dengan aku hari ni? Sedih, takut, bimbang?! Tak boleh! Aku tak boleh menangis. Kalau Dania dengan Nurul tahu, mesti dia perli aku. Aku kena kuat! Dean!! I need you!

Idraki merenung cincin berlian yang dibelinya. Mengarutlah aku ni! Ikutkan perasaan sangat. Entah-entah dia tu dah ada hati kat orang lain? Habislah duit aku beli cincin ni. Oh, my princess. I really miss you. Macam mana aku nak luahkan perasaan aku kat dia? Aku ni tua sangat ke untuk dia?
“Hoi, Aki. Apsal dok tenung cincin tu? Ehe, kau dah ada calon ye?” tegur Zul.
“Pandai pun kau. Tapi, calon yang masih kabur lagi la.”
“Hah? Calon kabur?” Zul kerut dahi.
“Macam ni, aku tak pasti awek ni nak terima aku ke tak because she’s only 17!” terang Idraki.
“Mudanya!! Macam mana kau boleh jumpa dia tu? Sapa nama dia?”
“Puteri Edora. Cantikkan?”
“Pelik juga nama dia. Tuan dia macam mana?” Zul tersengih.
“Mestilah cantik! Dia tu awek yang aku nampak kat Teppanyaki tu lah. Tak sangka boleh kenal dengan dia.” Idraki tersenyum.
“Macam mana boleh kenal?”
“Secret!”
“Dengan aku pun nak berahsia ke?”
“Pasal ini je aku berahsia dengan kau. Yang lain semuanya kau tahu. Jangan desak aku. Dah, pergi buat kopi cepat.” Idraki buat-buat tak layan.
“Oooh, macam ni punya kawan? Tak pe. Aku tak nak ajak kau datang majlis kahwin aku.” Zul buat-buat merajuk. Mengada betul laki ni, desis Idraki.
“Ala, tanpa jemputan pun aku boleh datang gak. Aku ada kaki. Nampak ni?” Idraki mengangkat kaki kanan sambil tersengih.
“Cis.” BAMM! Isk, kuatnya dia tutup pintu. Mau tercabut pintu bilik aku. Tension sangat ah tu.
Idraki kembali merenung cincin yang baru dibelinya tiga bulan lepas. Dia tersengih apabila mengingatkan kata-kata Ikmal semasa dia sedang memilih cincin berlian itu.
“Aki nak beli cincin ni untuk sapa?” tanya Ikmal sambil menarik-narik baju Idraki. Idraki lebih suka anak-anak saudaranya memanggil dia dengan nama Aki. Dia tak suka dipanggil ‘pak cik’.
“Adalah...”
“Untuk sapa? Untuk Ikmal ke?” Ikmal tersengih memandang Idraki.
“Ikmal lelaki. Mana boleh pakai cincin berlian. Aki nak bagi cincin ni untuk girlfriend Aki la.” Balasku.
“Eii, Aki ada girlfriend? Nanti Ikmal nak bitau mak!” Ikmal menjelirkan lidahnya.
“Eh, eh. Ini rahsia kita berdua aje. Kalau Ikmal bising, Aki tak nak beli McFlurry untuk Ikmal.”
“Yalah, Ikmal tak bising.” Ikmal tarik muka empat belas. Idraki hanya tersenyum.
He,he. Padan muka budak tu. Nasib baik dia tak gitau Kak Mas. Kalau tak, mesti Kak Mas gitau abang...lepas tu kantoi! Kalau mak tahu lagi kantoi, mesti suruh kahwin cepat. Leceh betul!

Pagi Sabtu, seperti yang dijanjikan aku keluar jogging dengan Idraki. Sebelum dia keluar jogging dengan aku, dia jumpa mama aku dulu. Takut juga, kalau dia cakap yang bukan-bukan. Nasib baik, dia hanya meminta kebenaran untuk keluar denganku. Mama pun tak kisah. Dia kata tak pe. Ayah pulak tak de. Outstation.
“Puteri, biasanya Puteri jog pusing berapa round?” tanya Idraki.
“Tiga round je. Kalau malas sangat pusing dua round je.” Jawabku.
“Kuat juga Puteri ni ye.” Idraki tersenyum.
Aku membalas senyumannya. Smart gila Idraki ni. Dia pakai t-shirt Nike warna putih merah, seluar pendek paras lutut dan kasut Nike. Isk, loaded jugak dia ni.
“Puteri berkenan kat kasut saya ke?” sampuk Idraki.
“Er...suka jugak. Cantik. Mesti mahal.” Balasku. Aku jadi tak keruan. Malunya. Macam mana aku boleh stare kat kasut dia?
“Bila birthday Puteri?” tanya Idraki.
“Dah lepas dah. 14/8.”
“I see.”
“Abang kerja apa?”
“Adalah...”
“Kenapa tak boleh cakap?” tanyaku lagi.
“Nantilah...bila saya dah ready...”
“Aik? Nak bitau kerja apa pun susah? Macam ada apa-apa je ni?” sindirku.
“He,he. Kenapa? Puteri ingat saya kerja apa?”
Aku tersenyum. Sebenarnya aku malu nak panggil dia abang, memang dia lebih tua dari aku, beza 9 tahun! Kalau panggil guna nama dia nampak macam biadap pulak.
“Jom duduk kat buaian sana.” Ajak Idraki.
“Em.”
“Saya ada benda nak bagi Puteri.” Idraki mengeluarkan sekotak kecil yang dibalut dengan kemas dari kocek seluarnya.
“Apa ni? Tak payahlah. Kita bukannya kenal sangat...Tak eloklah...” Tolakku. Aku tak tahu kenapa apabila aku berhadapan dengan Idraki aku rasa serba salah. Malu. Berdebar-debar.
“Cuba buka dulu. Tengok isi dia dulu.”
Aku membuka balutan hadiah yang diberi oleh Idraki. Jantung aku rasa macam nak meletup. Terkejut gila babeng. Biar betul.
“Ehe, eh, ini cincin mainan aje kan?” tanyaku macam orang bodoh.
Idraki hanya tersenyum. “Cincin tulenlah sayang.”
Aku terdiam. Idraki mengambil cincin di tanganku dan menyarungkan cincin berlian itu ke jari manisku. Aku tergamam.
“Khas untuk Puteri.”
“Er, abang ni biar betul. Silap orang tak?” kataku.
“Tak. Pertama kali saya tengok Puteri kat Restoran Teppanyaki tu, saya dah sukakan Puteri. Memang tak masuk akalkan? Ini nasib baik je saya bertemu dengan Puteri, kalau tak saya gila bayang Puteri ajelah.” Ujar Idraki sambil tersenyum. “Saya tahu umur kita jauh berbeza tapi saya tak boleh nak tipu diri saya. Saya takut saya akan kehilangan Puteri. Tapi, kalau Puteri dah ada yang lain di hati saya takkan berkecil hati. Cincin tu saya beli khas untuk Puteri.”
“Te...terima kasih...” Aku merenung matanya, cuba mencari sinar keikhlasan. “Betul ke abang...sukakan saya?”
“Betul. Saya ikhlas. Saya sanggup tunggu 7 tahun lagi untuk datang meminang Puteri.” Idraki tersenyum. Aku tunduk malu. Itu kata-kata aku ketika aku bergurau dengan dia. “Puteri sukakan saya?”
Aku diam. Tak tahu nak jawab apa. Fikiranku buntu. Terkejut dengan pemberiannya dan juga dengan pengakuan ikhlasnya. Benarkah semua ini? Atau aku sedang bermimpi?
“Tak apalah. Saya tak kisah. Jom kita buat satu round lagi.” Ujar Idraki lalu berdiri.
Selepas kami habis round satu kawasan perumahan yang berdekatan dengan rumahku, Idraki berhenti di sebuah kedai. Katanya, dia ingin membeli air mineral. Aku menunggu dia di luar. Aku menatap cincin berlian yang diberinya. Ya Allah. Cincin berlian tulen ke ni? Aku tersenyum sendirian.
“Nah, untuk Puteri.” Idraki menghulurkan sebotol air mineral kepadaku.
“Terima kasih.” Aku menyambut botol itu. “Boleh saya tahu rumah abang kat mana?”
“Boleh. Kenapa?”
“Tak acilah kalau abang tahu rumah saya, saya pun nak kenal rumah abang jugak.”
“Rumah saya tak jauh dari rumah Puteri. Selang tiga lorong je.” Idraki tersenyum. Dia memang murah dengan senyuman. “Mari, saya tunjuk rumah saya.”
“Abang tinggal dengan sapa?” tanyaku.
“I live with my parents and my sister. My old brother dah kahwin. Dia tinggal di sebelah rumah je sebab parents saya tak nak berjauhan dengan dia.”jelas Idraki. “Kalau Puteri ada masa, datanglah rumah saya. Saya ada dua orang anak saudara lelaki. Comel-comel tau. Gerenti Puteri suka.”
“Iye? Bestnya! Hm, nantilah Puteri tanya mama Puteri. Lagi pun Puteri anak tunggal, tak de siblings. Boring!” luahku.
“Jom. Kalau Puteri bernasib baik, mungkin budak-budak kecik tu dah bangun.” Idraki ketawa kecil. Aku hanya tersenyum sambil membetulkan ikatan rambutku.
Rumah Idraki tak jauh dari rumahku. Tak sangka rumah aku dengan rumah dia dekat je. Kebetulan kot? Rumah Idraki sama patern dengan rumah aku. Cuma rumah dia penuh dengan pokok-pokok hijau. Mesti mak dia suka tanam pokok. Pagar kawat yang memisahkan rumah mereka dibuang jadi halaman nampak lebih luas.
“Cantik juga rumah abang.” pujiku.
Idraki tersenyum. Dia ni memang jarang nak sengih. Apa-apa hal mesti senyum, cool je.
“Aki! Aki!”
Eh, budak kecik ni...comelnya! Anak saudara dia kot? Aku tersenyum melihat gelagat kanak-kanak comel itu. Budak lelaki itu berlari ke arah Idraki dan memeluk kaki Idraki. Manja betul dengan Pak Ngah dia.
“Ikmal, ni kakak Puteri. Salam kakak Puteri?” Idraki menolak Ikmal ke arahku. Ikmal tersenyum-senyum. Mungkin malu denganku. Dia menghulurkan tangan kecilnya kepadaku.
“Comelnya your nephew.” Aku mengusap kepala si kecil itu.
“Aki, kakak ni pakai cincin yang Aki belilah. Kakak ni girlfriend Aki ye??” jerit Ikmal. Aku jadi malu.
“Dia kawan Aki la. Mana Ikram?” tanya Idraki, sengaja mengubah topik.
“Dia tidur lagi. Ikmal tak tahu nak main apalah...” Ikmal memuncungkan bibirnya.
“Eii, manjanya. Tak malu.” Usikku.
Ikmal menjelirkan lidahnya. Kemudian, dia berlari ke belakang Idraki. Aku sengaja buat-buat marah dan terus mengejarnya. Dia berlari-lari di atas rumput dan terjatuh. Aku terus memeluk Ikmal dan menggeleteknya.
“Aki!! Gelilah. Tolong Ikmal!” jerit Ikmal diselangi dengan tawa comelnya. Aku hanya tersenyum.
“Jangan jelir lidah lagi tau.” Aku mencubit pipinya. Ikmal tersengih.
“Puteri ni cepat mesra dengan budak kecik ya? Comel pulak saya tengok Puteri main dengan Ikmal. Kalau lapang, datanglah selalu.” Kata Idraki. Aku tersenyum.
“Aki! Sapa tu? Kawan Aki ya? Ajaklah dia masuk, breakfast sama.” Tiba-tiba mak Idraki keluar. Aku jadi kaku. Tebal rasanya muka aku ni. Idraki mengajakku masuk ke dalam.
“Oh, Puteri Edora. Dah lama ke kawan dengan Idraki?” tanya Pn. Zila, mak Idraki.
“Saya baru kenal abang Aki.” Jawabku.
“Cantik cincin. Sapa bagi tu?” tanya Pn. Zila lagi.
“Abang Aki.” Jawabku sambil tersenyum.
“Aki, kenapa tak beritahu mak yang Aki dah ada pilihan?!” tanya Pn. Zila tiba-tiba. Idraki menguak rambutnya, malas nak layan kot.
“Mak, Puteri ni muda lagi. She’s only 17!” dalih Idraki.
“Itulah kau. Kalau mak nak cari, kau kata nak cari sendiri. Ni yang dah ada depan mata kau cari alasan pulak.” Pn. Zila menjengilkan matanya. Idraki mengeluh. “Kau tu dah tua.”
“Er, mak cik. Saya terpaksa balik ni. Nanti mama saya risau.” Aku mencelah. Ni dah kes naya ni kalau dah masuk bab nikah.
“Biar saya hantar Puteri.”
“Ha...”
“Ikmal nak ikut! Nak ikut!” Ikmal segera menerpa ke arah Idraki.
“Mak, saya pergi hantar Puteri kejap.”
“Iyalah.”
Semasa aku dan Idraki keluar dari rumah, kakak ipar dan abangnya baru datang. Abangnya mendukung seorang anak kecil yang comel.
“Aki, nak gi mana?” sapa abangnya.
“Nak hantar kawan Aki. Abang, nama dia Puteri Edora. Puteri, ni la abang saya Ahmad Suhail. Kakak ipar saya, Mastura. Yang kecik tu Ikram.” Jelas Idraki.
“Hai, Puteri. Nice to meet you. Kalau Puteri nak tahu, inilah first time Aki bawa kawan perempuan dia datang rumah tau.” Bisik Suhail. Aku hanya mengangguk.
“Jom Puteri.”
Di sepanjang perjalanan balik ke rumah, Idraki diam sahaja. Mungkin tiada idea untuk diperbualkan. Aku pun diam je. Hanya mulut Ikmal je yang masih pot-pet-pot-pet.
“Hei, Edora ek?” tegur seorang gadis berambut panjang separas bahu. Dia tersenyum. “Aku rindukan kau!!”
“Ei?” Aku terkejut apabila dia memelukku.
“Apsal kau ni? Akulah, Dean. Dah berubah sangat ke muka aku ni?” Dania tergelak.
“Dean!!” Aku memeluk bahunya kemas. Gembira betul.
“Ehem, siapa cik abang ni?” tanya Dania sambil tersenyum sinis.
“Kawan aku, Idraki.” Balasku.
Idraki hanya mengangkat kanannya. Dania mengangguk.
“Umur kau berapa, Idraki?” tanya Dania. Aku jadi segan dengan cara Dania bertanya. Mungkin bagi Dania, dia tak kisah. Entahlah? Mungkin sebab Idraki lebih tua 9 tahun?
“26.”
“Wow. Kena panggil pak cik ke?” usik Dania.
“Tak kisah. Nak panggil Aki pun boleh,” Idraki tersenyum.
“Dean! Dean!” jerit Ikmal. “Nama akak cam laki.”
“Apa pulak? Comel apa?” Dania bercekak pinggang.
“Dean! Dean!” Ikmal terkekek-kekek.
“Dia ni anak kau?” tanya Dania spontan sambil memandangku.
Idraki hanya ketawa kecil. Mukaku mula jadi merah. Malu gile. Dia ni memang nak kena dengan aku. Mengarut ajelah. Aku mencebik geram, tanda tak puas hati.
“He’s my nephew. His name is Ikmal. Cute, huh?” Idraki mula bersuara. Mungkin dia perasan dengan ketidaksenangan aku.
“Oh, ingatkan...” Dania garu kepala. “Anyway, I’m Dania. Member aku semua panggil aku Dean. Nama glamour.”
“Oh, gitu ke?” Idraki tersenyum.
“Ek, abang...” ujarku tetapi terhenti apabila Dania ketawa kecil.
“Pehal kau ni?” rungutku.
“Tak...tak de apa-apa.” Dania tersengih. Ei, panggil abang pulak dia ni. Geli jugak.
“Er, saya balik dululah.” Sambungku.
“Okay. Puteri jalan baik-baik ye.” Kata Idraki. “Bye.”
Aku menarik lengan Dania. Dia tersenyum-senyum, seperti tahu apa yang terbuku dalam hatiku. Aku mengesat peluh di dahi.
“Tak sangka kau panggil dia abang. Dengan abang aku pun kau guna aku-engkau. Dia lebih tua dari kau apa?” Dania sengaja menduga.
“Aku dah kenal lama dengan abang kau. Lainlah.”
“Ye ke? Kau sukakan laki tu kan? Tak pernah aku nampak kau bercakap sopan dengan lelaki?” ujar Dania sinis. “Hm, kebetulan je aku nampak kau. Nurul dah balik. Semalam dia tepon aku. Dia tak tepon kau ke?”
“Tak pulak?”
“Dia tak sempat kot. Dia kata lusa dia nak buat gathering kat rumah dia. Farsya dah tahu.”
“Camne aku boleh tak tahu ni?” dengusku.
“Releklah. Jom balik. Aku keluar ni pun sebab nak beli breakfast.”
“Rajinnya. Eh, lawa pulak aku tengok kau pakai long skirt. Mimpi ke atau salah ambik baju?” perliku.
“Emm.” Dania mengusap rambutnya.
“Kau dah ada pakwe ke?”
“Kau rasa…?”
“Eh? Sejak bila? Dengan siapa?!” tanyaku bertalu-talu. Tak sangka dia ni lebih cepat dari aku. Si Nurul pun dah berpunya.
“Baru je. Last day SPM tu, budak tu datang jumpa aku kat luar pagar sekolah. Pandai-pandailah aku cover dari cikgu. Dia pun katalah yang dia nak aku jadi awek dia.” Dania ketawa kecil. “Lawaklah. Jiwang betul aku rasa...”
“Alah, si Nurul tu lagilah power. Kau tahukan cerita dia dengan Izzudin?”
“A’ah. Kalau aku kat tempat dia, aku dah lari dah. Tak sanggup aku.” Dania tutup muka. “Kaylah. Lusa jumpa kat rumah Nurul. Chow.”
“Chow.” Tiba-tiba aku terasa seperti kekurangan sesuatu. Kurang apa? Pakwe? Aku tersenyum sendirian.

Syafiq menekan ENTER. Bangang betul komputer ni. Lembab. Siot. Patut beli yang baru je. Ish, ini yang barulah. Tension! Tension! Syafiq menolak kerusi berodanya dengan kaki. Dia berpusing-pusing di atas kerusi berodanya.
YOU HAVE TWO MESSAGES! YOU HAVE TWO MESSAGEs! Tiba-tiba komputer Syafiq berbunyi. Peh, mesej sapa pulak ni. Si Farsya.

To: (sYaFeeQ) emerald_squall@hotmail.com
From: sleepingbeauty@yahoo.com

Hye Fiq. Sorry, dah banyak kali aku tanya dia tapi dia still jawab dia tak de hati kat kau. Dia anggap kau bestfriend dia je. Aku dah malas nak tanya dia. Kau tanya dia sendirilah (you know her answer?).Aku rasa dia suka kat Idraki (laki hari tu).Kau pun satu, janganlah desak dia lagi okay?Dia pun malas nak bertekak dengan kau. Kau fikir sendirilah. CHOW.
FarSya.

Syafiq mengeluh. Memang aku dah tak de harapan. Tapi, aku tak boleh nak lupakan Edora. Apalah yang dia pakai sampai aku tak boleh nak lupakan dia? Bestfriend? Selama-lamanya bestfriend? Macamlah aku tak pernah heartbreak. Tapi, kali ni aku betul-betul frust. Hei, Syafiq! Kau LELAKI. Janganlah jadi lembik macam pompuan. Malulah!
“Abang, ayah ajak main boling.” Panggil Syafiqah, adik tunggal Syafiq.
“Tunggulah kejap. Abang tengah download lagu ni.” Jawabku malas.
“Abang jawab sendirilah kat ayah.” Syafiqah terus berlalu pergi.
Hish, semuanya buat sendiri. Yang sorang tu suruh fikir sendiri, yang ni pulak suruh jawab sendiri. Pening aku.

“Aku rindukan korang semua!” jerit Nurul. Kami berempat berpelukan. Cuma tak nangis je. Buat apa nak nangis kalau dah gembira? Betul tak?
“Aku jealous la kat pakwe kau, Nurul.” Kata Dania. “Romantik gila. Boleh pulak tu bagi rantai.”
Aku hanya tersenyum. Idraki, dia bagi aku cincin...cincin berlian tu. Tapi, aku tak pakai cincin tu kalau keluar, takut hilang. Kantoi.
“Ala, itu pun duit mak bapak dialah. Bukan dia yang kaya, mak bapak dia. Ahaks.”ujar Nurul. “Ceritalah sikit pasal pakwe kau Dean.”
“Ehehe, aku betul tak caya Dean dah ada balak.” Sampuk Farsya.
“Aku sendiri pun tak caya.” Dania ketawa kecil.
“Sapa nama pakwe kau?” Aku mencelah.
“Haiqal. Aku panggil dia Kal.” Jawab Dania. “Tapi, korang jangan kecoh tau. Aku beritahu korang je sebab korang kamceng aku, teman rapat aku. Sebenarnya, Haiqal tu problem.”
“Hah?”
“Dia sama umur ke?” sampuk Farsya.
“Tak. Dia 19 tahun.”
“Apa yang masalahnya? Dia banyak buat hal kat kampus dia? Ke dia pernah belasah orang?” tanyaku selamba.
Dania tunduk. Nurul mencubit lenganku. Dia menjegilkan matanya. Aku yang tersedar akan kelancangan mulutku terus meminta maaf. Dania hanya tersenyum.
“Betullah tu. Dia ni macam bahaya sikit? Tak tahu nak cakap macam mana. Dia ni ada geng jugak. Nak kata budak motor, aku tak tahulah. Bab gaduh-gaduh, belasah orang ni memang kerja dia. Tapi, study dia okay. Dah berapa kali dia kena jumpa pengetua. Mungkin sebab mak bapak dia orang besar, dia tak kena buang.” Luah Dania. “Tapi, dia ni kesian jugak. Mak bapak dia tak dulik dia sangat. Dia ada adik perempuan sorang. Masalah jugak adik dia tu. Kena buang sekolah.”
Kami terlopong mendengar cerita Dania. Macam manalah kawan aku sorang ni boleh sangkut kat pakwe camtu? Macam teruk sangat si Haiqal tu.
“Macam mana kau boleh sangkut dengan dia kalau perangai dia dah macam tu?” tanya Nurul. “Setau aku, kau memang anti dengan lelaki macam tu. Yang baik-baik pun kau tolak mentah-mentah, lagilah budak yang macam tu?”
“Dia baik. Cuma dia nak lepaskan rasa tak puas hati dia je, sebab tu dia joint group macam tu. Dia mengaku, dia memang orang yang teruk tapi dia kata selepas dia jumpa aku, dia sanggup berubah demi aku. Entahlah. Lidah orang laki ni memang lembut. Aku tak percaya sangat. Tapi, pasal keluarga dia memang betul. Aku pun memang suka cara dia layan aku.” Dania sengih.
“Smart tak?” sampuk Farsya sambil tersengih.
“Handsome...boleh tahanlah. Tapi, dia ada scar.”
“Kau pulak bila, Sya? Ed?” Nurul tersenyum.
“Aku tak de calon lagi tapi si Ed ni dah ada.” Balas Farsya.
“Aku mana ada?!” Aku mencebik.
“Ele, jangan nak kelentonglah. Baru kelmarin aku jumpa pakwe kau tu. Dahle smart, tinggi lak tu. Matured gak.” Tambah Dania. “Kau sukakan dia kan?”
“Entah?” Aku menjeling.
“Jom, geletek dia. Mengada sangat!” jerit Nurul lalu menerkam ke arahku. Aku menjerit kecil.
“Yalah!!” Jeritku. “Aku suka dia. Jangan geletek aku lagi.”
“Betul?” Farsya membulatkan matanya. “Dia tu tua sangat untuk kau. Kalau kau nak kahwin, dia dah 30 lebih?”
“Itulah yang aku suka. Kalau dia dah 70 lebih, aku muda lagi. So, dia takkan carik yang lain.” Aku ketawa kecil.
“Bijak anak mak ni.” Nurul tersengih sambil menepuk bahuku.
Tutt! Tuttt!
“Helo?” Nurul tersenyum. “Izzudin...”bisik Nurul.
Kitorang hanya tersengih. Mula-mula aku sangka Nurul nak berbual lebih panjang dengan Izzudin tetapi sangkaanku meleset. Dia terus meletakkan telefonnya beberapa minit kemudian.
“Asal tak borak?” tanyaku.
“Mana boleh, kitakan sedang bertemu kembali. Bersama-sama melepaskan rindu masing-masing? He,he.” Jiwang betul...
“Baguslah kau ni. Utamakan kawan.” Kata Farsya.
“Taklah. Pakwe dan kawan sama taraf je.” Dia menjelirkan lidahnya. “Lainlah kalau suami aku...”
“Eleh. Oi, takkan tak nak keluar jalan-jalan kot? Jom la lepak mana-mana?” sampuk Dania.
“Alah, sibuk je dia ni nak melepak. Kita pergi shoppinglah. Dah lama aku tak pergi shopping dengan korang.” Aku mencelah.
“Ele, shopping konon. Shoplifting adalah. Sapa lagi kalau bukan Dean yang paling profesional?” Nurul tersengih.
“Kecohlah minah ni. Aku yang curi, kau jugak yang dapat.” Cebik Dania.
“Tapi, kali ni kita gi shopping pakai duitlah. Tak berani aku nak buat kerja macam tu lagi. Kita pun dah makin besar, otak pun dah 100% matang.” Sambungku.
“Jom, kita gi malam ni! Aku drive!” ujar Farsya.
“Set aje!”

Idraki bernyanyi-nyanyi kecil. Dia pergi ke ruang tamu. Kebetulan pula, Suhail ada di situ. Dia tengah menemani anak bongsunya menonton kartun Tom and Jerry. Kesian.
“Asal tengok cerita tak ajak orang?” Idraki duduk di sebelah abangnya.
“Bukannya best.” Balas Suhail.
“Ayah! Tengok Jeyi tu.” Jerit Ikram.
“Ye sayang.” Suhail memandangku. “Wei, apa cerita budak yang kau bawa datang rumah hari tu? Puteri kan?”
“Tak de cerita apa-apa pun.”
“Cantik juga dia tu. Kau dah confirm ke?”
“Entah. Dia tu yang belum confirm lagi. Mungkin aku yang terburu-buru sangat. Tapi, cincin tu aku dah bagi.” Ujar Idraki.
“Hm, aku tanya kau dah confirm ke perasaan kau kat dia?”
“Mestilah! Mana boleh tak confirm.” Kata Idraki dengan kuat.
“Confirm apa ni?” tiba-tiba Aliya, adik bongsu mereka mencelah.
“Adalah. Kau ni memang suka menyemak ajelah.” Idraki mencebik.
“Eleh, Liy dah dengarlah. Sapa makwe Aki tu? Camne Liy tak jumpa dia tapi abang jumpa?” Aliya tersengih.
“Masa dia datang tu, kau masih tidur lagilah.” Sampuk Suhail.
“Cun tak? Berapa umur dia?”
“Mestilah cun. Dia 17.”
“Mudanya?” Aliya menjuihkan bibirnya.
“A’ah. Kau je yang dah tua. Dah 24 tapi tak kahwin-kahwin lagi?” perli Idraki.
“Releklah. Si Azhar tu, dia yang suruh tangguh. Dia kata tahun depan baru nak kahwin.” Rungut Aliya.
“Kesian.” Idraki dan Suhail ketawa kecil. Aliya mencebik.
“Okaylah, malas Liy nak layan korang dua ni. Liy nak gi shopping kejap dengan Yusma.” Kata Aliya seraya mencapai kunci kereta Fiat Puntonya.
“Pukul berapa kau nak balik? Ni dah pukul 8 dah ni.” Ujar Idraki.
“Kalau Aki risau, Aki call je handset Liy. Bye, bye.”
“Kerek betul budak ni.” Dengus Idraki.
“Yang kau bimbang sangat tu pehal?” sampuk Suhail.
“Kau takkan tak tahu, bulan lepas kan dia dah nak kena rompak? Dia tu cuailah.” Rungut Idraki.
“Dia tahu jaga diri dia, don’t worry.” Suhail menepuk-nepuk bahu adiknya. Idraki memang mudah bimbang akan keselamatan Aliya. Maklumlah peguam. Macam-macamlah yang dia tahu.

“Cun siot baju Adidas tu.” Dania merenung baju Adidas colour putih itu lama-lama.
“Wei, ko jangan jadi jakunlah. Bukannya cun sangat baju tu. Itu baju lelaki, tak sesuai dengan kau. Jom kita gi kat Coma.” Nurul menarik lengan Dania.
“Apalah, Dean ni. Kalau Haiqal tahu, malulah kau.” Celahku.
“Dia tahu perangai akulah.” Protes Dania.
Setelah hampir dua jam kami ronda-ronda, si Farsya merungut nak makan ais krim. So, kitorang pun decide nak balik lepas makan ais krim ni. Semasa kitorang nak turun escalator, seorang gadis dalam lingkungan 20an menjerit meminta tolong. Mula-mula, nak buat dek je. Tetapi,memandangkan pencuri beg gadis itu berlari ke arah kami, Dania mula bertindak. Dia menahan kaki pemuda itu dengan payung yang baru dibelinya. Pemuda itu jatuh tersungkur dan beg gadis itu terlepas dari tangannya. Aku segera mengutip beg tangan gadis itu. Wow, jenama Bonia siot. Dania terus memukul pemuda itu dengan payungnya. Nurul joint sekaki. Si Farsya yang dah grade Taekwondo ni terus kasi flying kick.
“Guard! Kasi je kat polis orang ni. Dah tak de kerja nak mencuri...” tiba-tiba Dania terdiam. Ek, dulu aku pun camtu? Tak pe, aku dah tobat pun.
“Cun ah flying kick kau Sya,” pujiku.
“Makaseh.” Farsya membetulkan rambutnya.
“Dik...”
“Oh, ini akak punya beg ke?” Aku menghulurkan beg tangan jenama Bonia kepada gadis itu.
“Terima kasih sebab tolong akak.” Gadis itu menyapu matanya dengan tisu. Kawannya di sebelah hanya tersenyum memandang kami berempat. “Apa kata kalau akak belanja korang makan? Tanda membalas budi korang.”
“Tak pelah, kak. Kitorang nak gi makan ais krim je. Lepas tu nak balik.” Dania mencelah.
“Ais krim? Tak pelah. Jom, akak belanja. Please? Anggaplah akak balas budi korang.” Pinta gadis itu berkali-kali.
Kitorang jadi serba salah. Hm, dah ada orang nak belanja terima ajelah. Itulah prinsip kitorang sejak dulu lagi. Gadis itu pun belanja kitorang ais krim Baskin Robbin. Entah berapa puluh ringgit dia habis nak belanja kitorang sesekor ni. Tapi, dia tak kisahlah. Mestilah, dah loaded gile.
“Nama you all sapa?” tanya gadis itu.
“Saya Dania.”
“Nurul.”
“Edora.”
“Farsya.”
“Nice name. Age?”
“We all 17!” kata Nurul.
“Em. Tak pelah. Terima kasih sekali lagi ya sebab tolong akak...” Tutt! Tuttt! Gadis itu menjawab panggilan telefonnya. “Akak kena pergi dulu. Bye bye.”
“Hmm, muka dia macam familiar je. Ada iras dengan sape ek?” ujarku sambil mengurut dagu.
“Ko ni semuanya familiar.” Nurul mencebik. “Jom balik!”

“Puteri. Tadi, Idraki call. Katanya, penting jugak.” Kata Puteri Erna.
“Ya ke? Nantilah Puteri tepon balik.”
Aku segera masuk ke dalam bilikku. Gagang telefon kuangkat dan jari jemariku ligat menekan nombor telefon Idraki. Lama jugak baru ada orang angkat.
“Helo?” Suara perempuan? Adik dia kot?
“Er…boleh saya bercakap dengan Idraki?”
“Hemm, sapa ni?”
“Saya Edora.”
“Edora?!” Suara perempuan itu seperti terkejut. “Awak ke yang...”
“Aliya! Sapa tu?”
“Phone untuk Aki!” balas perempuan itu.
“Asal kau sebok?” Kedengaran mereka berdua bercakap-cakap buat seketika. “Helo?”
“Idraki? Em, Puteri ni.”
“Puteri, tadi Puteri ke mana?” tanya Idraki.
“Oh, keluar dengan kawan. Saja-saja shopping.” Balasku. “Kenapa abang telefon?”
“Hm, abang nak ucap terima kasih sebab tolong adik abang.”
“Hah?” Dadaku berdebar-debar.
“Aliya tu adik abang. Dia kena rompak tadi. Dia beritahu abang ada empat orang teenage tolong dia. Dia beritahu abang nama-nama diorang so...nama Puteri termasuklah. Abang agak aja.” Idraki ketawa kecil. “Esok Puteri boleh keluar tak?”
“Em, Puteri dah janji dengan kawan nak keluar. Mungkin lusa ni bolehlah kita keluar?” ujarku. Kalau boleh aku tak nak dia tersinggung.
“Em, lusa ni abang kena pergi fi...” Idraki berdehem. “Abang kena pergi kerja!”
“Oh...” Dia ni nak berahsia dengan aku lagi ke kerja dia? “Hm, Sabtu ni ajelah kita keluar.”
“Boleh je. Nanti abang pick up Puteri kat rumah.” Idraki senyap. “Hm, dah lewat ni. Puteri tidurlah dulu.”
“Hm, abang pun kenalah tidur jugak.” Ujarku.
“Hah..?”
Eh, apa yang aku cakap tadi? Aku suruh dia tidur je.
“Tak pelah! Puteri nak tidurlah ni! Bye.”
“Bye.” Idraki ketawa kecil. Ish, mungkin dia ingat aku fikir lain.

“Sya! Kau tak cakap pun Syafiq datang sekali?” Aku menyiku lengan Farsya.
“Aku saja ajak dia. Ramai-ramai baru best. Lagi pun, bapak aku bagi pinjam Prado dia.” Farsya tersenyum. “Oh ya, pakwe Nurul dengan pakwe Dean pun datang jugak.”
Wow! Mesti kecoh ni.
“Diorang pergi sendiri?”
“Tak. Semua join aku.” Balas Farsya.
Tidak berapa lama kemudian, Nurul sampai bersama Dania. Kitorang borak-borak kejap sementara menunggu dua orang jejaka lagi. Tiba-tiba, Syafiq menyapaku. Aku agak terkejut, entah mengapa.
“Boleh bertolak sekarang?” tanya Syafiq sambil tersengih.
“Tanyalah driver kita ni.” Aku mengunjuk ke arah Farsya. Farsya jungkit bahu.
Syafiq duduk di sebelahku. Dia memang senang nak join group sesapa je. Mudah mesra.
“Kau Syafiq kan?” sampuk Dania.
“Yap. Aku kelas 2 Usaha dulu. Tak sangka kau ni cun gak, Dean.” Puji Syafiq seolah-olah menyindir.
“Tahulah kau sindir aku!” Dania menjuihkan bibirnya.
“Fiq, kau dengan sapa sekarang? Macam mana kau boleh rapat dengan si Edora dan Farsya ni?” tegur Nurul.
“Hm...” Syafiq memandangku sekilas.
“Hai!” Akhirnya, Izzudin muncul.
Kitorang mula memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta Farsya. Dania kerap kali mengerling ke arah jam tangannya. Mana dia ni? Tiba-tiba, deruman enjin motor memecah suasana. Dania melambaikan tangannya ke arah Haiqal.
“Sorry! Aku ada hal.” Haiqal mematikan enjin motornya. “Em, aku nak park motor ni kat ne?”
“Kau boleh park motor kat rumah aku.” Farsya mencelah sambil sambil. Haiqal mengangguk.
Setelah semua persiapan siap, Farsya melabuhkan punggungnya di seat depan. Aku duduk di sebelah Farsya. Diorang yang lain duduk di belakang. Kami berkenalan dengan Izzudin dan Haiqal. Diorang cool je. Cepat mesra jugak.
“Ready everyone?! We are going to Port Dickson, right away!” kata Farsya dengan penuh bersemangat. Semua orang menjerit keriangan.
Tutt! Tutt!
“Hoi, handphone sapa tu?” tanya Haiqal. Semua orang check handphone masing-masing. Aku punya...
“Mesti cik abang dia! Ha,ha!” sampuk Dania. Nurul ketawa kecil.
“Diam.” Ujarku sambil menjuihkan bibir. “Helo?”
“Puteri.” Ah, betul pun jangkaan si Dean...
“Hai...” Aku rasa kekok untuk bercakap dengan Idraki sekarang. Mungkin sebab Syafiq ada. Aku melihat Syafiq melalui rear mirror. Wajahnya biasa saja, cool. Mungkin dia dah faham...
“Pergi mana?” tanya Idraki.
“Hm, pantai...dengan member.” Aku terbatuk kecil. Kering pulak rasanya tekak ni. “Awak kat mana?”
“Ehe, ‘awak’? Oh, saya faham. Hm, kat rumah. Main dengan Ikmal. Dia ada tanya tentang Puteri. Kalau Puteri lapang datanglah ke rumah, jumpa Ikmal ni.” Idraki ketawa kecil.
“Eleh, malu-malu pulak!” sampuk Dania. Dia ni memang tak boleh tengok orang senang. Tak senang pun nak kacau. Haiqal menarik Dania ke belakang. “Isk! Apa ni?”
“Ya ke? Hmm, Jumaat ni bolehlah kot.” Padan muka si Dania! Trimas, Haiqal!
“Heh, heh. Tak pe ke saya tak de kat rumah? Takut je mak saya tu tanya Puteri macam-macam. Dia macam dah berkenan pada Puteri, asyik tanya macam-macam. Kadang-kadang naik rimas jugak saya. Dia tu tak sabar nak tengok saya kahwin...” Suara Idraki semakin perlahan.
“Tak lama lagi kot.” Aku ketawa kecil.
“Hm, mungkin. Saya harap jodoh saya tu awak.” Ujar Idraki serius.
“Oh...” Aku diam.
“Tak pe la. Have fun! Bye.”
“Bye.”
“Itu je kau cakap dengan dia?” Nurul pulak mencelah. “’Hm’, ‘oh’ , ‘ya ke’, itu je? Isk, romantik la sikit.” Nurul menepuk bahuku.
“Sabar je lah.” Ujar Farsya sambil merenungku sekilas.
“You all ni kamceng ke?” Izzudin yang mendiamkan diri sejak tadi mencelah.
“A’ah. Best buddies!” balas Farsya.
“Korang pernah dengar tak? Two’s company, three’s party...or crowd. You all dah four ni. Family kot.” Ujar Haiqal.
“Kal, kau ni memang pandai nak menyindir.” Dania menyiku Haiqal. Haiqal tersengih.
“Hei, Kal. Scar kat muka kau tu macam kena parang...” Tiba-tiba Syafiq bersuara.
Suasana menjadi tegang dengan pertanyaan Syafiq. Aku dapat melihat wajah Haiqal dan Dania. Tension. Kemudian, aku berdehem.
“Fiq, mungkin dia ada rahsia sendiri.” Ujarku. Aku cuba untuk mengembalikan suasana sebelum itu.
“Hm, betullah. Kena parang. Pandai kau teka? Ada experience ke?” Haiqal tersenyum memandang Syafiq di belakang bonet. Kesian dia, terpaksa duduk kat bonet bersama barang-barang kitorang.
“Yap. Aku tahu jenis-jenis cut. He,he. Tahulah jugak, bukannya pro.” Syafiq membalas senyuman Haiqal.
“Sya, aku cabar kau potong kereta Honda Civic kat depan tu.” Dania tersengih.
“Kau hesitated cara aku bawa kereta ke? All right. Aku sahut cabaran kau. He, he.” Farsya terus menekan minyak dan menukar gear. Aku menggenggam grip pintu sebelahku. Mak oi! Boleh tahan budak ni bawak kereta.
“Sya! Kau ni dah 120km/h la!” Mataku tidak berkedip merenung meter kereta. Farsya pulak macam dah tak ingat dunia.
“Releklah! Sikit je lagi, cepatlah Sya!” Si Nurul ni lagi menggalakkan si Farsya.
“Sya! Kau tau kan aku tak boleh laju...” Aku memejamkan mataku.
“Yahoo!! Dah potong!” jerit Dania. Aiseh, camne la Haiqal boleh tahan dengan dia ni? Aku menarik nafasku.
“Ed, kau okay?” Farsya menyentuh tanganku.
“Entahlah, aku rasa sikit je lagi roh aku nak terbang lari dari kereta kau ni.” Cebikku. Farsya hanya tersengih.
“Kal, kenapa ni? Kau tengok sapa?” Tiba-tiba suara Dania yang ceria tadi bertukar agak cemas.
“Ah? Tak de sapa.” Haiqal tunduk. Kemudian, dia memandang kereta Honda Civic tadi sekilas.
“Kal, kenapa? Kau ada apa-apa ke dengan orang dalam kereta tu?” tegur Syafiq. Dia mengesyaki ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Haiqal. Aku tidak menyampuk, takut salah cakap.
“Aku rasa dialah orang yang kacau kau...” bisik Haiqal pada Dania. Wajah Dania berubah. Ini tak boleh jadi ni.
“Dean!” Aku pandang belakang. “Sapa kacau kau?” Wajahku serius.
“Sapa kacau sapa?” Dania buat-buat tak tahu.
“Aku dengar apa yang Haiqal bisik!” ujarku.
“Aku lupa yang kau ni tajam pendengaran.” Dania memandang Haiqal sekilas.
“Dean, kau cakaplah dengan kitorang.” Celah Farsya. “Kitorang ni kawan rapat kau. Cayalah kat kitorang!”
“Guys! Aku rasa kereta tu ikut kita!” jerit Syafiq.
Hatiku berdebar-debar. Kami semua memandang kereta Honda Civic di belakang kami. Betullah! Diorang sedang mengekori kami!
“Korang semua, jangan tengok lagi! Buat-buat tak tahu. Sya, speed up.” Tegasku.
“Aku takut kau lari...” Seloroh Farsya.
“Sya! Kau ni nak melawak lagi!” sampuk Nurul.
“Fine!” Farsya mula menarik gearnya. “Hold on, guys! We are going to fly! Yahoooo!”
Prado Farsya meluncur laju. Setiap kereta di hadapan kami dipintas Farsya. Smooth move. Aku berdebar-debar. Mataku merenung tajam ke arah meter kereta Farsya. 125km/h...terus naik...naik...
“Ed, jangan tengok meter tu!” ujar Nurul.
“Kereta tu speed up jugak.” Jerit Syafiq cemas.
“Kal! Kau kena cakap siapa diorang tu.” Sampuk Izzudin tiba-tiba. Haiqal merenungnya tanpa sepatah kata. “Siapa diorang? At least, tell us their name.”
“Kal!” Nurul merenung tajam.
“Okay, okay!” Haiqal tarik nafas. “Yang dalam kereta tu...ada dua orang. Driver tu namanya Zafri. Member dia Karim. Em, boleh dikatakan diorang dua tu musuh aku. Group aku gaduh dengan group dia. Leader diorang cedera parah sebab aku belasah...”
“Apa kena mengena dengan Dean?” tanyaku.
“Dean kan awek dia so diorang nak revenge kat Dean la. Mungkin ini akan membuatkan Haiqal susah nak bertindak.” Jelas Syafiq.
“Sebab tu la aku rasa tak selamat...bukan aku jugak tapi Dean.” Haiqal berdehem.
“Dean, apa yang diorang dah buat kat kau?” tanya Farsya sambil merenung Dania melalui rear mirror.
“Cuba nak barai aku.” Balas Dania dingin. “Tapi diorang tak sempat sebab member Haiqal terserempak kitorang.”
Kami semua diam. Tidak. Kawan karib aku...kawan rapat aku...Dania, yang aku kenali...Dia sekarang dalam bahaya! Kenapa jadi macam ni? Ya Allah. Harap-harap tak de apa-apa yang berlaku.
“Kau ada gambar diorang? Saja aku tanya. Sebab aku nak tengok.” Ujarku.
“Hm, entahlah. Dalam beg aku kat belakang kot? Biasanya aku selalu bawa maklumat-maklumat yang aku kena jaga. Nantilah, bila sampai nanti.” Balas Haiqal.
“Diorang ikut kita lagi.” Kata Syafiq.
“Aku rasa kita kena masuk hotel ni. Kita trick diorang.” Ujar Farsya. Di luar sangkaan aku, Farsya membuat sharp U turn apabila kereta Honda Civic berada betul-betul di belakang kitorang. Farsya terus masuk ke perkarangan hotel di sebelah kirinya.
“Farsya! Cun gila U turn kau!” sampuk Izzudin.
“Adei, kepala aku terhantuk. Kau ni bagi la signal...” Aku menggosok dahiku.
“Kereta tu dah terlajak. Sya, drive in.” kata Syafiq.
“Apa kata kita stay kat sini? Cun jugak tempat dia. Dekat dengan pantai lak tu.” Cadang Izzudin.
“Okay jugak.” Balas Nurul. “Korang camne?”
“Bolehlah. Aku tak kisah.” Balasku.
“Aku ikut je.” Sampuk Syafiq.
“Kalau macam tu, kita duduk sini?” tanya Farsya.
“Jap! Kan diorang nampak kitorang masuk sini? Mesti diorang syak kitorang sewa kat sini. Mungkin gak diorang tau kita tipu tapi lebih baik kita tukar hotel. Hotel kat sebelah ni pun nampak cambest je.” Ujar Haiqal.
Akhirnya, kitorang semua setuju dengan cadangan Haiqal. Hotel yang akan kitorang duduki ni boleh tahan gak. Kira sempurnalah. Tempatnya bersih dan kemas. Banyak kemudahan, gim, swimming pool, arcade dan restoran. Dekat jugak dengan pantai.
“Korang semua gi masuk bilik dulu. Don’t worry. Papehal jerit je. Bilik kitakan sebelah je.” Kataku.
“Eleh, patut koranglah yang jerit.” Syafiq menjelirkan lidahnya.
“Huh!” Aku mendegus.
“Okay! Semua rehat dulu. Lepak kejap. Hmm, kalau nak pukul 4 atau 5 kita pergilah pantai. Oh, ya. Sebelum tu aku nak gitau korang. Kalau korang datang bilik kitorang, ketuk lima kali lepas tu cakap ‘Party’. So, barulah kitorang buka. Macam tu jugak kalau kitorang nak gi bilik korang.” Kata Farsya.
“Korang nak buat apa datang bilik kitorang? Aku kalau boleh biar Nurul ajelah...” Izzudin tersengih.
“Kerek gak kau!” Haiqal menumbuk bahu Izzudin. Kami semua ketawa dengan gelagat Izzudin. Nurul sempoi aja.

Pada petang itu, kami semua turun ke pantai. Nasib baik si Farsya bawa bola tampar. So, kitorang main bola tampar kejap. Tambahan pula, kat pantai tu ada gelanggang bola tampar. Tak ramai sangat orang kat pantai pada masa itu.
“Aku nak naik jet ski kejap.” Kataku.
“Jom, naik dengan aku.” Syafiq menyampuk. Aku kaget.
“Macam best je. Nurul, jom kita naik!” ujar Izzudin seraya memegang lengan Nurul. Nurul mengangguk.
“Korang pergilah naik. Kitorang main kat tepi ni aja.” Ujar Haiqal sambil tersengih. Farsya dan Dania sudah mula membuat istana pasir. Jadi ke tidak tak tahulah.
Nampaknya, aku terpaksa naik bersama Syafiq. Kami berempat membuat bayaran dan dua buah jet ski disediakan. Punyalah mahal harga dia dan kitorang sewa untuk setengah jam aja. Bukannya nak gi mana-mana.
“Aku press!” kata Syafiq sambil tersenyum.
“Cepatlah! Aku dah tak sabar ni.” Aku memeluk pinggang Syafiq erat-erat. Boleh tahan laju juga jet ski ni.
“Jangan pergi jauh sangat. Aku takut!” jeritku, cuba untuk melawan bunyi desiran air dan deruman enjin yang kuat.
“Don’t worry! Pegang aku.” Balas Syafiq. Aku mencebik.
Syafiq pergi agak jauh dari pantai. Aku mula berasa bimbang. Walaupun aku gembira tetapi dalam masa yang sama aku agak bimbang. Takut kalau-kalau enjin mati. Tiba-tiba, Syafiq berhenti.
“Fiq! Kenapa ni? Apa hal kau berhenti?” Suaraku bergetar.
“Kenapa suara kau macam tu?” tanya Syafiq.
“En...enjin hidup lagi kan?” tanyaku pula.
“Enjin? Hah?” Tiba-tiba, Syafiq tersenyum sendirian. Kalau tipu si Edora ni best jugak. Kenakan dia sekejap. “Itulah pasal. Matilah kita, Ed. Enjin takleh nak hidup!”
“Kau...kau jangan nak mainkan aku!” Aku memukul badan Syafiq. Sebenarnya, aku takut. “Cubalah lagi!”
Syafiq buat-buat menghidupkan enjin. Dalam hatinya, rasa nak tergelak aja melihat wajah Edora yang hampir menangis. Nampaknya, telahannya betul.
“Ed...kenapa kau nangis ni?” Syafiq panik.
“Aku takut! Kalau ada...” Aku menutup mulutku. Don’t say a word about that creature!
“Jerung?” Syafiq ketawa.
“Kau diamlah! Aku betul-betul takut!” Aku ni kalau dah takut sangat memang mudah menangis. Biarlah Syafiq tengok. Aku tak kisah. Yang aku tau aku betul-betul takut.
Syafiq telan liur. Alamak! Dia ni betul-betul menangislah. Ish!
“Em, aku cuba lagi sekali.” Akhirnya, jet ski yang dinaiki oleh mereka pun ‘hidup’.
“Cepat! Aku nak balik pantai.” Aku mengesat air mataku.
“Pegang aku.”
Aku mencebik. Aku memegang baju keselamatan Syafiq. Malas nak peluk dia. Mengada sangat! Jet ski ni macam tak nak jalan pulak, asyik tersenggut-senggut aja. Dan aku terjatuh ke dalam air akibat senggutan yang agak kuat. Syafiq menyedari kehilanganku terus pusing balik.
“Kau tak apa-apa?” tanya Syafiq dengan cemas.
“Tak!” Owmygod! Dalamnya! Langsung tak boleh cecah kaki. “Aku nak naik. Angkat aku cepat!”
“Eh, nampak macam jerung je!” Syafiq tersengih.
“Syafiq! Aku tak sukalah. Aku nak naik. Takut...” Tanpa menunggu reaksi Syafiq. Aku memegang kaki dan bahu Syafiq untuk naik. Mungkin kerana dia hilang keseimbangan, Syafiq jatuh ke dalam air. Aku pun terjatuh sekali lagi.
“Isk, kau ni Ed. Sabarlah.” Syafiq ketawa lagi.
“Tak! Aku nak naik!” Aku merenung Syafiq dengan marah. Dia ni tak sudah-sudah nak kenakan aku.
“Ed...Ed...” Muka Syafiq berkerut-kerut. Matanya merenung sesuatu di belakangku.
“Apa dia?” tanyaku. Syafiq mengunjuk jarinya ke arah belakangku. Tidak! Aku tak nak pandang! “Hoi, seriuslah sikit!”
“Shark!” Huah! Huah! Rasa nak berguling aja aku tengok muka Edora ni. Takut gila. Syafiq berlakon lagi.
“Noo!!” Tanpa disedari, aku merenggut leher Syafiq. Syafiq kaget. “Aku nak balik! Aku janji tak nak naik jet ski lagi!” Air mataku jatuh sekali lagi. Pelukanku semakin kuat.
“Ed! Aku memain ajalah...” luah Syafiq. Aku terkejut.
“Kau...berani kau kenakan aku? Kau tahu tak macam separuh mati aku tadi?” Aku mencekik leher Syafiq. Tensionnya!!!
“Puteri...Edora! Ek! Kang...mati...a..ku!” Syafiq menarik kedua-dua belah tanganku. “I’m sorry!” Dia mengesat air mataku dengan jarinya. Aku menepis tangannya.
“Menyampah betul aku! Kalau aku...” Ops! Stop it, Edora. Kesianlah sikit kat Syafiq. “Sudahlah. Cepat tolong aku naik.”
Syafiq hanya menurut kata-kataku. Akhirnya, aku menarik nafas lega. Rasa selamat sikit. Syafiq masih lagi berada di dalam air. Dia menghulurkan tangannya untuk naik tetapi kutepis. Syafiq mengerutkan dahinya.
“Aku pergi dulu. Enjoy life okay?” Aku tersenyum memandang Syafiq. Aku menarik minyak dan terus memecut meninggalkan Syafiq yang masih terkapai-kapai. Nasib baik je ada baju keselamatan.
“Edora! Ed!” jerit Syafiq. Dia ni nak kenakan aku agaknya. Tak pe.
Aku ketawa. Padan muka. Tadi macam nak bunuh aku aja. Takut betul. Tiba-tiba terlintas di fikiranku, bagaimana kalau Syafiq kesejukan? Entah-entah memang betul ada ikan jerung. Habislah Syafiq! Tidak!! Aku terus memusingkan jet ski aku dan menuju ke arah Syafiq. Alamak? Mana dia ni? Takkan hilang. Aku ingat lagi aku tinggalkan dia kat sini. Eh, tu macam baju keselamatan dia...
“Syafiq!” panggilku. Tiada sahutan. “Fiq! Janganlah main-main!” Baju keselamatan dia aja yang aku jumpa. Aku memandang sekeliling. Tak de pun. Fiq! Mana kau ni? Janganlah buat aku macam ni. Air mataku mengalir lagi. Takut jika Syafiq...
“Sayang...” Aku berpaling. Syafiq tersenyum lebar. Dia mengapungkan dirinya dengan senang.
“Mana...mana kau pergi?” tanyaku. Hatiku lega melihat Syafiq.
“Berenang. Tadi aku menyelam kejap. Gelap betul. Kalau kita pergi sebelah sana...”
“Naik!” Aku menarik tangan Syafiq. Syafiq tersengih memandangku. Gembira memanjang mamat ni. Syafiq naik dan duduk di belakangku. Pinggangku dipeluk. “Fiq!”
“Kalau aku tak buat camni, nanti aku jatuh. Lepas tu, jadi makanan jerung lak!” Syafiq ketawa. Aku tidak menganggap ianya sebagai satu gurauan.
“Kau jangan buat aku macam ni lagi.” Aku menyandarkan tubuhku padanya. “Kalau kau betul-betul hilang tadi, apa aku nak jawab kat member-member kita?”
“Kau sayang kat aku?” Syafiq meletakkan dagunya dibahuku. Pelukannya dieratkan.
“Sayang...Kaukan kawan baik aku.” Aku tersenyum. Aku tahu bukan itu yang Syafiq ingin dengar. “Jom!”
“Tunggu. Aku nak bersama kau lama sikit kat sini. Kalau dah sampai pantai, ramai sangat yang penyibuknya.” Ujar Syafiq seraya memegang kedua-dua belah tanganku.
“Tengok jam ni...” Aku memegang tangan Syafiq sambil menunjukkan jam tangannya, water resist punya! “Lagi lima minit habislah masa sewa..”
“Kau ni memang pandai nak elakkan aku ya?”
“Tak adalah. Aku suka berkawan dengan kau. Tapi, tolong jangan desak aku lagi, Fiq.” Aku tersenyum. Syafiq diam.
Tanpa menunggu jawapan Syafiq, aku memecut jet ski kami menuju ke pantai. Hatiku lega apabila dataran pantai sudah kelihatan.

“Seronok betul kalau sesekali makan kat tepi pantai...” kata Farsya.
“Aha! Makan malam-malam. Apa yang kau nampak?” sampukku.
“Apalah Ed. Kita makan kat sini pada waktu malam bukannya nak tengok pantai. Tapi, nak menikmati! Kau dengarlah, bunyi desiran air laut yang menghempas pantai. Angin yang ...” kata-kata Nurul dipotong oleh Syafiq.
“Diamlah, Nurul. Jiwang betul kau sejak akhir-akhir ni!” ejek Syafiq sambil ketawa.
“Huh! Kau tak faham.” Nurul menjelirkan lidahnya.
“Korang tak tahu ke. Nurul ni pernah wakil sekolah untuk sajak. Penyajak terkenal...” Izzudin ketawa kecil.
“Oh! Sampai hati kau tak beritahu kitorang!” jerit Dania.
“Ha! Ha! Sesuailah dengan dia tu. Jiwang betul.” Tambahku.
Kami membeli makanan dari luar dan atas cadangan si Nurul kami menikmati makan malam kami di sini. Pujuk punya pujuk akhirnya kami termakan juga. Gembira betul si Nurul tu.
“Jom main truth or dare. Kita pakai botol Pepsi ni.” Cadang Nurul. Banyak betul cadangan dia malam ni.
“Benci betul aku game tu.” Sampuk Farsya. “Macam paksa-paksa pulak.”
“Tak boleh! Semua kena main. Kalau tak, esok dia kena belanja makan pagi.” Tegas Nurul.
Akhirnya, semua bersetuju untuk bermain. Haiqallah yang paling senyap pada malam itu. Mungkin dia masih memikirkan lagi tentang hal tadi. Kami mengundi dan si Izzudin mula dulu. Dia memusingkan botol Pepsi itu.
“Fiq!” jerit semua orang.
“I’ll take the dare!” kata Syafiq. Dia malas nak jawab kalau diorang tanya siapa gadis idamannya. Pasal tu la dia ambik dare.
“Aku nak kau gi berenang!” ujar Izzudin.
“Boleh jugak tu.” Sampuk Dania.
“Jangan! Aku rasa bahayalah kalau nak berenang malam-malam ni. Dah tu langsung tak nampak apa.” Bantahku. Bantahanku menarik minat semua pihak, lebih-lebih si Syafiq. Dia tersenyum.
“Sejak bila kau ambik berat pasal aku?” tanya Syafiq. Aku kelu.
“Entah! Mesti ada apa-apa ni.” Ujar Farsya.
“Mestilah ada tu. Petang tadi, diorang dua lambat sepuluh minit nak hantar jet ski. Nasib baik pak cik tu baik tak ambik duit lebih.” Uji Dania.
“Korang ni janganlah cakap macam tu! Suka hatilah. Bagi aja dia dare tu.” Huh, malas nak bertekak.
“Okay le. Korang ni, tukar ajalah yang lain. Kesian si Edora. Kalau jadi apa-apa kat Syafiq nanti, macam mana?” sampuk Haiqal sambil merenungku. Aku jadi tidak senang. Mengada!
Syafiq ketawa kecil.
“Kau kan ada latihan renang? Aku nak kau berdiri guna kedua-dua belah tangan kau.” Cadang Farsya,
“Kacang aja.” Syafiq berdiri. Aku melihatnya dengan ekor mataku.
“Ed, kau bagi masa untuk dia.” tambah Farsya.
“Sejam.” Kataku selamba.
“Mak oi. Kau nak aku cacat ke?” ujar Syafiq spontan. Semua ketawa. “Relevan la sikit. Takkan nak lepak kat sini sejam?”
“Lima minit! Cepat, buat!” Aku mendengus. Syafiq sengih.
Selepas aja dare si Syafiq, dia memusingkan botol. Mungkin nasib aku agaknya, muncung botol diarahkan kepadaku. Syafiq tersengih. Aku mencebik.
“Dare.” Jawabku malas.
“Aku nak kau nyanyi lagu Cindai.” Ish, macam menyindir aja si Syafiq ni.
“Lainlah.” Kataku.
“Mana boleh, Ed. Kalau nak lain, kau ambik truth.” Si Farsya mencelah.
“Aku tau suara kau sedap. Nyanyi ajalah.” Sampuk Nurul.
“Cepatlah, tuan puteri.” Syafiq tersenyum.
“Truth lak apa?” Aku merenung Syafiq.
“Who do you love?” tanya Syafiq spontan. Macam betul-betul ditujukan kepadaku secara peribadi. Matanya tidak lepas merenungku.
“That’s personal. Give me another...” dalihku.
“Truth or dare? You must choose one! Sing or tell me who do you love. That’s all.” Tegas Syafiq.
“Ed, cepatlah.” Sampuk Nurul.
Tutt! Tutt! Fuh! Syukur. Sapa lak boleh tefon aku malam-malam ni? Oh...
“Sabar ye. Lepas ni aku jawab sebab aku kena jawab phone!” Aku tersengih. Semua mendengus kerana tidak puas hati.
“Helo, Puteri.”
“Abang.” Aku bangun dan pergi ke tempat yang jauh sedikit. “Ada apa ni? Dah nak pukul 11 malam.”
“Abang minta maaf kalau ganggu. Abang baru dapat tahu sesuatu. Abang nak Puteri berjaga-jaga kat PD.”
“Mana abang tahu Puteri kat PD?!”
“Abang tanya mama Puteri.”
“Kenapa?”
“Ada dua orang jahat yang melarikan diri ke sana. Mungkin ada dekat dengan tempat Puteri. Boleh tak Puteri tolong beritahu di mana hotel yang Puteri menginap sekarang?” Suara Idraki agak cemas.
“Hotel...”
“Okay.”
“Abang, sapa diorang dua tu? Is it...Zafri and Karim?” Entah kenapa nama diorang dua yang aku tanya.
“Mana Puteri tahu?”
“Ek? Ada seorang member Puteri ni, Haiqal. Dia yang beritahu Puteri sebab kitorang terserempak dengan guys tu. Naik kereta...”
“Honda Civic!” sambung Idraki.
“Ya. Abang...” Aku telan liur. “Tolong beritahu Puteri macam mana abang tahu hal ni?”
“Haiqal...?”
“Abang!”
“Em, abang rasa abang terpaksa pergi ke PD jumpa Puteri. Agaknya berapa hari lagi Puteri nak stay sana?”
“I don’t know. Maybe two or three days, before this Friday.” Ujarku.
“Puteri...”
“Ya?”
“Abang sayang Puteri.”
Aku diam.
“Jaga diri baik-baik. Good night.”
“Good night.” KLIK!
I should ask Haiqal. Maybe he knows something about Idraki... Idraki’s job? Dahiku berkerut. Tension ni bila dah tahu hal macam ni. Bahaya betul ke si Zafri dan Karim tu? Diorang semua memandangku. Pelik, apa hal ni? Macam tau-tau aja.
“Sapa?” tanya Syafiq.
“Mestilah cik abang dia, kan Ed?” sampuk Dania.
Aku tunduk. Macam mana nak mula? Atau, patut ke kitorang batalkan percutian kitorang? Tak boleh. Rugilah kalau macam tu. Aku mengeluh.
“Kenapa ni, Ed? Kau bergaduh dengan dia ke?” tanya Farsya.
“Tak...”
“Habis tu?” Nurul mendekatiku.
“Haiqal...” Aku memandang Haiqal. Haiqal merenungku kembali. “Aku nak tanya kau...”
“Tanyalah.”
“Do you know Idraki?”
“Idraki mana?” Haiqal mengerutkan dahinya.
“Idraki...” Aku mengeluh.
“Maksud kau Ahmad Idraki? Idraki lawyer?” tanya Haiqal.
“Ya. Kau tahu nama penuh dia? Apa maksud kau Idraki lawyer?” Dia kenal Idraki.
“Idraki tu pernah bela aku dulu. For three months he’s on my case. Kes aku dengan group tu la. Takkan kau tak tahu dia peguam?” luah Haiqal.
“Peguam!” Kenapa dia nak rahsiakan pekerjaan dia? Bukannya jijik pun kalau jadi peguam. Pelik? “Cerita lagi!”
“Abang dia tu, inspector. Dia pernah tangkap aku dan kawan-kawan aku dulu. Sebab, aku sorang aja yang under age masa tu so aku sorang je yang terkecuali daripada dipenjarakan. Parents aku datang ikat jamin. Dari situlah aku kenal Idraki. Sebulan selepas itu, aku terlibat dalam pergaduhan lagi. Masa inilah aku terlibat dengan Zafri dan Karim. Lebih kurang dua tahun lepas. Masa tu aku tak kenal Dania lagi. Hm, diorang dua plan nak bunuh aku dan masa diorang datang ke rumah aku tu...aku sempat call polis. Aku ceritakan hal ni kat Idraki dan mintak dia tolong aku. Pasal Idrakilah, diorang dua dipenjarakan. Entah macam mana selepas tu, dengar berita diorang lari daripada penjara. Tu yang aku bimbang tu. Idraki pun dah terlibat sama sebab Zafri dan Karim tu tengah cari aku dan Idraki!” jelas Haiqal.
“Kenapa diorang cari Idraki?” Aku meraut wajahku. Semua member aku kusyuk mendengar penjelasan Haiqal.
“Diorang nak bunuh Idraki.”
“Hah?!” Suaraku hampir menjerit. “Kenapa dia tak nak beritahu aku yang dia tu peguam?” Keluhku.
“Hm, mungkin dia ada sebab yang tersendiri?” Syafiq angkat bahu.
“Idraki cakap, dia mungkin akan kemari. Sebab dia dah tahu Zafri dan Karim ada kat sini.” Tambahku.
“Idraki tu ada hati kat kau atau kau yang ada hati kat dia?” tanya Haiqal selamba.
Aku diam.
“Kalau macam tu susahlah. Kalau diorang tahu yang Idraki dan kau saling menyukai, hidup kau dalam bahaya sekarang.” Haiqal tunduk.
Bahaya. Aku paling benci perkataan itu. Dania menggosok bahuku. Semua diam. Mungkin tiada ayat yang sesuai untuk diutarakan.
“Hari dah lewat. Jom kita balik hotel. Insya Allah Zafri dan Karim takkan jumpa kita. Kita datang sini nak have fun kan?” Aku memaksa diriku untuk tersenyum.
“Ed...” Syafiq merenungku.
“Korang tak mengantuk ke? Sudahlah, jom balik hotel. Cepat kemas barang.” Aku tidak mengendahkan panggilan Syafiq dan terus mengemaskan semua sisa-sisa makanan. Now I know who is the real Idraki.
Aku merenung seluruh alam ini melalui tingkap bilikku. Kenapa kehidupan aku semakin rumit selepas berkenalan dengan Idraki? Adakah masanya kurang tepat? Aku mengeluh lag, entah kali yang ke berapa. Kemudian, aku ternampak Syafiq berjalan sorang-sorang menyusuri pantai. Hm, bila masa dia turun? Nak pergi ke tak nak? Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk turun.
Aku merenung Syafiq lama-lama. Hm, dah lima tahun aku kenal dia? Perangai dia pun dah berubah sikit, matang. Walaupun kadang-kadang dia tu asyik mendesak aja.
“Eh, Puteri?” Syafiq tersenyum merenungku sambil menguis-nguis pasir di kakinya. “Kau dah mandi?”
Aku menggelengkan kepalaku. Ek! Silap lak!
“Ya ke? Baguslah.” Syafiq tersengih.
“Perli aku ya?” Aku mendekati Syafiq.
“Taklah. Aku pun sama macam kau jugak.”
“Hmm, sejuklah.”
“Kan ke ada heater?”
Aku tersengih. Kemudian, aku mencelupkan kakiku ke dalam air. Bestnya. Rasanya macam nak mandi laut ajalah. Aku membongkok sedikit. Air laut yang separas lututku membasahi kainku. Tiba-tiba, aku tersembam ke dalam air.
“Hah!!” Aku terbatuk kecil. Ek, tertelan air laut. Syafiq ketawa berdekah-dekah. Sakitnya tekak aku. Aku memasamkan mukaku. Rasa macam nak menangis je.
“Best tak mandi?”
Aku tidak menjawab. Sebaliknya aku berdiri dan terus bermain dengan air tanpa mengendahkannya. Syafiq memegang tanganku.
“I’m sorry, sayang.”
Aku diam.
“Aku tahu kau risau pasal hal semalam tu kan? Aku rasa diorang takkan apa-apa kan kau. Aku akan jaga kau sepanjang kita berada di sini.” Syafiq menggenggam tanganku dengan erat. Aku tunduk.
“Entahlah…” Aku mengeluh. “Aku rasa takut.”
“Hm, diorang cuma berdua saja. Kita ramai apa. Jangan takutlah, Puteri. Aku takkan bagi diorang apa-apa kan kau.” Syafiq memeluk bahuku.
Aku tersenyum merenungnya. Tangannya yang memeluk bahu aku tarik. Kemudian, aku menolak Syafiq sehingga terjatuh ke dalam air. Dia kelihatan seperti terkejut. Iyalah, dari sentimental tadi tiba-tiba aja jadi macam ni.
“Best tak mandi?” Aku menjelirkan lidahku kepadanya.
“Kurang asam betul! Nakal ya.” Syafiq memeluk pinggangku dan kami berdua sama-sama terjatuh ke dalam air. Aku ketawa melihat Syafiq.
Sedang mereka bergembira bermain air, Idraki bersandar di sebalik pohon yang tumbuh tidak jauh dari tempat mereka berdua. Dia tersenyum melihat Edora. Puteri, aku akan jaga kau agar diorang takkan dapat sentuh kau pun. Idraki berpaling dan menuju ke hotel yang sama. Dia memang bercadang untuk menginap di tempat yang sama supaya senang dia melindungi Edora. Dan kehadirannya disedari...
Ek? Itu macam Idraki aja? Kenapa dia tak tegur aku?
“Fiq! Idraki tu...” Aku telan liur.
“Ha?” Syafiq berpaling. Dia menguakkan rambutnya yang basah. “Yang baju merah tu ke?”
“Aha, kejap ya. Aku nak pergi tegur dia.” ujarku seraya melangkah keluar dari air. Syafiq menurut jejakku.
“Abang!!” jeritku.
Idraki berpaling. Ek, dia perasan aku? Idraki tersenyum memandangku. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Comel betul Puteri ni.
“Kenapa tak datang tegur Puteri?”
“Hm, abang tak nak ganggu korang berdua.” Idraki mengerling ke arah Syafiq yang berada tidak jauh dariku.
“Hai, saya Syafiq.” Syafiq menghulurkan tangannya.
“Idraki.” Idraki tersenyum sambil menyambut tangan Syafiq. Mereka berjabat tangan untuk seketika.
“Bila sampai?” tanyaku.
“Subuh tadi.”
“Hah! Kenapa tak cakap.”
“Tak apalah. Saja nak surprise.”
“Hm, abang tak kerja ke?”
“Abang minta cuti sebulan. Tension la.” Idraki tersenyum.
“Tak de kes?” perliku.
Idraki diam.
“Kenapa tak berterus terang je dengan Puteri?” soalku lagi.
“Semua tu tak penting.” Idraki mengeluh. Mana dia tahu?
“Haiqal yang cakap. Dia tu klien abang dulu?”
“Hmm.”
Syafiq dapat merasakan ketegangan antara mereka berdua. Isk, aku kena cool down kan diorang ni. Dia tahu Edora sebenarnya rindukan Idraki. Cuma dia marah sebab Idraki tak beritahu dia yang Idraki seorang peguam. Tapi, kalau akulah, tak kisah pun.
“Puteri! Relekslah.” Syafiq menepuk bahuku.
Aku mengeluh. Hm, emosional betul aku ni? Idraki datang ke sini semata-mata risaukan keselamatanku. Mungkin?
“Abang, Puteri minta maaf.”
“Tak apa. Abang faham.” Tiba-tiba, Idraki terlihat kelibat Zafri dan Karim. Alamak! Kalau diorang tahu habislah... “Syafiq, boleh tak kau peluk dan kiss Puteri?” Hati Idraki terasa perit tatkala dia menghabiskan ayat itu.
“Apa??” Aku menjerit.
Syafiq terpinga-pinga.
“Tolonglah, kali ni je. Diorang ada kat sini.” Idraki tunduk.
Aku telan liur. Kenapa ni? Ahh, takkan kerana Zafri dan Karim ada kat sini dia suruh Syafiq buat macam tu? Aku hanya membiarkan saja apabila Syafiq memelukku. Tetapi, dia tidak menciumku.
“Sorry.” Ujar Idraki. “Jom, naik kereta aku sat. Tak pe basah pun.”
Aku dan Syafiq hanya menurut. Syafiq merangkul pinggangku dengan kemas. Aku sebenarnya tidak suka diperlakukan sedemikian.
“Minta maaf, Puteri. Jangan marah aku.” Bisik Syafiq. Aku hanya mengangguk.
Syafiq duduk di depan bersama Idraki dan aku di belakang. Sebenarnya, aku agak marah dengan kelakuan Idraki tadi. Aku perasan Idraki kerap kali memandangku melalui rear mirror keretanya cuma aku je yang buat tak tahu.
“Puteri masih marah lagi ke?”
Aku diam.
“Abang bukannya sengaja suruh Syafiq buat macam tu. Abang buat macam tu pun nak diorang fikir yang Puteri dan Syafiq ni macam couple.” Jelas Idraki, tidak yakin.
“Diorang kalau dah jahat tu jahatlah! Sama ada Puteri ni kekasih Syafiq atau tidak, asalkan abang cintakan Puteri, barulah diorang nak kacau Puteri!” ujarku dengan nada yang agak tinggi.
Syafiq dan Idraki diam. Masing-masing membisu.
“Hmm, diorang ikut.” Sampuk Syafiq.
Aku pandang belakang. Sah! Honda Civic. Bencinya hidup macam pelarian ni. Salah seorang daripada mereka menjengukkan kepalanya sambil mengeluarkan sepucuk pistol.
“Diorang ada pistol!” jeritku.
BANGGG!! BANGGG! Sedas, dua dan tiga das tembakan dilepaskan. Idraki memecut kereta Citroen X5 nya dengan laju. Sesekali Syafiq memandang mereka melalui side mirror.
BANGG!!
“Ahh!” Aku memegang bahu kiriku. Aiseh, macam mana boleh kena ni?? Cuai betul. Cermin belakang kereta Idraki retak.
“Kenapa?” tanya Idraki.
“Dia kena tembak.” Sampuk Syafiq, cemas.
“Aduh...” Aku memejam mataku.
“Puteri! Tahan...” Idraki memandangku sekilas.
“Tak apa. Biar aku jaga dia.” Syafiq membuka seat belt nya. Dia bangun dan melangkah ke tempat duduk belakang. “Edora..”
“Sakit siot.” Aku dapat melihat banyak darah yang mengalir dari bahagian bahuku. “Aku rasa... peluru ni...kena keluarkan...”
Syafiq menyandarkan tubuhku pada badannya. Dia mengoyakkan lengan bajunya dan terus membalut bahuku. Dia menahan bahuku dengan tangannya.
“Sakitla...” Air mataku mengalir jua. Tak tahan dengan kesakitan yang amat nyilu ini.
“Fiq, tolong pastikan Puteri ni jaga...” ujar Idraki sambil menarik gear lagi. “Aku cari klinik.”
“Ed, jangan tutup mata tau. Cakaplah pape pun.” Bisik Syafiq. Dia takut jika Edora ‘pergi’ meninggalkannya. Tak kisahlah jika dia tidak dapat memiliki Edora sekali pun, asalkan Edora berada di sisi dia sebagai kawan baik.
“Eh, aku belum tulis...wasiat lagi la..” Aku terbatuk kecil.
“Ed! Janganlah bergurau.” Syafiq memelukku.
“Betul! Kau ada ker..tas tak?” Aku tersenyum tawar.
“Puteri! Cut it out! Jangan bergurau, please!” Idraki mengeluh. Honda Civic itu masih lagi mengekori mereka. “Ah! Aku kena U turn balik ni! Fiq, pegang Puteri kemas-kemas.” Idraki membuat sharp U turn. Mujurlah pada ketika itu tiada kereta. Kereta yang mengekori mereka terlajak agak jauh.
“Aku tak leh tahan lagi daa!!” jeritku, tertekan. Sakitnya! Sakit! Aku mula pening. Mungkin kerana kehilangan banyak darah. “Korang...” Pandanganku kelam.
“PUTERI!!”

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Mana diorang? Aku sorang je di dalam bilik ni. Semua benda berwarna putih. Isk, sakitnya? Kat mana aku ni? Hospital? Aku bangun dengan payah. Syafiq, Idraki… Mana diaorang? Aku jatuh terduduk. Badanku terlalu lemah. Apa yang dah jadi padaku? Aku tak ingat. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka. Gelap aja? Aku kaget. Zafri dan Karim? Mereka berdua tersenyum memandangku.
“Hai Puteri Edora.” Zafri tersengih macam kerang busuk. Jahat dan kejam senyumannya.
“Kau orang...” Aku telan liur. Aku cuba berdiri tetapi tidak berdaya. Tubuhku seolah-olah kaku dan tidak mahu menerima arahanku.
Zafri dan Karim mendekatiku. Zafri menarik rambutku dengan kasar. Sakit betul. Dia tersenyum merenungku. Aku betul-betul takut. Kenapa aku aja berada di sini? Mana Idraki dan Syafiq?
“Patutlah dia cintakan kau. Kau ni memang cantik..” ujar Zafri sambil mengusap pipiku.
“Idraki!!! Syafiq!!!” jeritku tiba-tiba. Peluh mula menitik di dahiku.
“Jangan bimbang. Diorang dua dah aku uruskan. Habislah, Puteri.” Sampuk Karim diselangi dengan tawa syaitannya.
“Kenapa aku?” Aku mula menangis.
“Kau yang terpilih.” Mereka berdua ketawa berdekah-dekah.
Karim mengangkatku dan melemparku ke atas katil. Zafri tersenyum memandangku. Tanpa disangka, Karim mengeluarkan sepucuk pistol dari sakunya.
“Kau memang kuat. Dah kena tembak pun belum mati lagi? Sekarang ajal kau dah sampai.” Kata Karim lalu mengacukan muncung pistol di dahiku. Aku kaku.
“Bye, honey.” Zafri ketawa lagi.
“Tolong...”
Bang!!

Haiqal, Izzudin, Nurul, Dania dan Farsya mengetap bibir mereka. Sudah hampir senja begini, di mana Syafiq dan Edora? Sejak dari pagi lagi mereka berdua hilang. Sangkanya, mereka berdua hanya keluar berjalan-jalan di tepi pantai. Menghirup udara pagi. Tapi, bila sampai tengah hari pun diorang tak de. Mereka beranggapan ada sesuatu yang buruk berlaku.
“Ish, tak boleh jadi ni. Entah-entah diorang kena culik?” ujar Dania.
“Hish, Dean! Cakap elok-elok. Mungkin diorang beromen?” jawab Nurul ragu-ragu.
“Gila. Cakap tu relevan la sikit.” Farsya hampir menangis.
“Cuba telefon Idraki?” cadang Haikal.
“Mana aku tau nombor dia.” balas Farsya.
“Handset Edora kan ada? Carilah...” celah Izzudin.
Tanpa berlengah lagi, Dania menyelongkar beg sandang Edora. Handphone berwarna biru itu dicapainya. Menu ditekan. Dia mencari nama Idraki dalam Phone book.
“Ni nombor dia...” Dania menekan call.
“Dapat?” tanya Haiqal.
Dania geleng kepala.
“Nombor yang anda dial tidak aktif, atau mungkin berada di luar kawasan liputan. The number you have dial is not...”
“Banganglah! Tak dapat. Hp dia tak aktif?” Dania terduduk. Nurul dan Farsya memegang Dania. “Kita tak patut datang ke sini awal-awal lagi!”
“Dean, releks. Jangan serabutkan kepala kau.” Kata Haiqal lalu menggenggam tangan Dania.
“Hm, kita mesti fikirkan sesuatu. Jangan telefon polis lagi.” Cadang Izzudin sambil meraut wajahnya.” Kalau esok diorang tak hubungi kita, baru kita repot polis.”
“Naya..naya!” jerit Dania. “Habis, nak buat apa?”
“Bersabar je. Lebih baik korang pastikan hp korang on. Mana tahu diorang call?” kata Izzudin.
Mereka mengeluh. Farsya berdoa di dalam hati agar Syafiq dan Edora selamat. Dania masam mencuka. Tension memikirkan hal ini. Nurul hanya merenung telefon bimbitnya. Haiqal dan Izzudin mendiamkan diri. Dia tahu tiada apa yang boleh diperkatakan lagi untuk menenangkan hati tiga gadis itu.
“Ed...” Farsya mengeluh.

“Dia dah mati ke?”
“Gila! Jangan cakap macam tu!” Idraki duduk di sisi Edora.
“Harap encik berdua sila tunggu di luar. Keadaan Cik Puteri ni sudah terkawal. Dia cuma perlu berehat dan tenangkan fikiran. Kalau ada apa-apa, sila tekan buzzer ini. Saya pergi dulu.” Jururawat itu terus beredar dari bilik itu.
Idraki dan Syafiq merenung wajah Edora. Janganlah kau pergi. Kuatkan semangat. Teruk juga dia kehilangan darah tadi.
“Korang...”
“Puteri?” Idraki dan Syafiq hampir serentak.
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kalau boleh, aku nak Karim dan Zafri hilang dari pandanganku. Takut betul tadi...
“Puteri! Kau dah okay?” Syafiq menggenggam tangan kananku.
“Abang...Fiq...Mana korang...tadi?” Aku pejam mataku balik. Penat betul. Bahuku masih lagi terasa nyilu. “Korang...tinggalkan aku…”
“Kitorang ada kat sini tadi, Puteri. Baguslah Puteri dah sedar.” Idraki menarik nafas lega.
“Hmmm.” Takutnya. Tadi tu mimpi aja ke? Macam betul. “Abang...Fiq...korang sihat?”
“Sihat..” Idraki dan Syafiq saling berpandangan.
“Pukul berapa?”
“12.30 malam...pagi..” Syafiq menggaru-garu kepalanya.
“Call diorang...” Aku telan liur. “Nanti diorang risau.”
“Dah, baru je telefon tadi.” Jawab Syafiq.
“Jangan tinggalkan aku...”
“Tak..” Idraki tunduk. Syafiq membisu.
“Aku nak balik!” Aku meraut wajahku.
“Tapi, kau masih tak sembuh sepenuhnya.” Balas Syafiq.
“Biarlah.” Aku mencebik. Memang aku masih terasa sakit tapi aku rasa aku dapat tahan lagi. “Tolongla. Aku nak balik...Abang..” Aku merenung Idraki meminta simpati. Dia mengeluh.
“Hm, baiklah. Fiq?” Idraki mengerling ke arah Syafiq.
“Yalah, asalkan dia bahagia.” Syafiq tersenyum.
Aku pulang ke hotel tepat pada pukul 1.15 pagi. Diorang semua betul-betul risau melihat keadaanku. Idraki meletakkan aku di atas katil. Semua kawanku mengerumuniku.
“Macam mana boleh jadi begini?” tanya Farsya sambil memelukku.
“Aku betul-betul takut tadi, Ed.” Nurul menggenggam tanganku.
“Tadi, Zafri dan Karim kejar kitorang. Ed kena tembak...” Syafiq telan liur.
“Diorang dah jumpa?” Haiqal kaget. “Idraki? Macam mana ni?”
“Hei, entahlah. Diorang ada pistol...”
“Kau takkan tak de?” tanya Haiqal. Idraki diam. Dia memberi isyarat kepada Haiqal supaya tidak berkata apa-apa lagi.
“Kita balik ajalah esok! Keadaan dah tak selamat.” Kata Dania.
Mereka semua membisu. Mungkin bersetuju dengan cadangan Dania. Tapi, hati Idraki tetap tidak senang. Harap-harap diorang tak tahu bilik budak-budak ni.
Tuttt! Tutt!
“Helo?” jawab Idraki.
“Aki, macam mana?” tanya Ahmad Suhail, abang Idraki.
“Diorang dah nampak kitorang...” Idraki memicit kepalanya.
“Apa plan kau?”
“Esok kitorang akan balik.” Kata Idraki.
Aku hanya merenung Idraki yang sedang bercakap di telefon itu. Siapa ya? Bunyi macam serius je. Kawan-kawanku yang lain hanya membisu. Farsya memeluk bahuku.
“Esok? Aki, kalau diorang dah jumpa kau mesti bahaya ni. Diorang tau ke hotel korang?” tanya Suhail.
“Agaknya.”
“Tak boleh! Jangan balik esok dulu. Sebab, hari ni aku dah arahkan orang-orang aku pergi ke hotel tu. Jadi, aku harap kau dapat tolong aku umpankan diorang keluar!” tegas Suhail. Idraki terkedu.
“Kau nak suruh aku buat ke?” Idraki telan liur.
Suhail diam. Dia serba salah. Kalau Idraki jadi umpan, keselamatan Idraki mungkin tidak terjamin. Tapi, dia betul-betul ingin menangkap dua bajingan itu. Mereka terlalu bahaya.
“Ginilah, orang-orang kau tu kat mana?” tanya Idraki.
“Aku tak boleh beritahu.”
“Suhail, pastikan kau kena tangkap diorang. Kalau tak sia-sia je usaha aku nanti...” bisik Idraki perlahan.
“Terima kasih, Aki.”
“Hm.” Idraki mematikan talian.
“Kenapa Aki?” tanyaku.
“Tak de apa-apa. Korang jangan balik esok.”
“Kenapa?” tanya Dania.
Idraki diam.
“Kau nak kitorang mati kat sini ke?” kata Dania dengan kasar.
“Dean!” tegur Nurul.
“Abang aku suruh korang jangan balik lagi.” Jawab Idraki.
“Dulik apa aku?” Dania mendengus.
Suasana sunyi sepi. Kata-kata Dania yang kasar itu betul-betul menyentuh hati Idraki. Biadap betul. Tapi, dalam keadaan macam ni siapa yang tidak tertekan? Tambahan pula, Edora cedera.
“Kita jangan balik esok.” Syafiq bersuara.
Aku memandang Syafiq. Semua orang memandang Syafiq. Idraki hanya mengangguk. Haiqal memegang bahu Idraki.
“Aku akan tolong kau, Aki. Semuanya berpunca daripada aku. Kalau bukan kerana aku kau takkan terlibat dalam kehidupan yang macam ni.” Haiqal tersenyum.
“Thanks.” Idraki membalas senyuman.
“Abang kau suruh kau tarik perhatian diorang ke?” teka Syafiq.
“Tak...” Ish, cerdik betul di Syafiq ni.
“Abang...” panggilku.
Idraki merenungku.
Aku geleng kepala. “Jangan...”
Idraki tersenyum. “Tak ada apa-apalah. Hm, korang semua tentu lapar kan? Biar aku telefon suruh orang hantarkan makanan.”
“Pagi-pagi buta ni?” sampuk Izzudin yang sejak dari tadi hanya membisu.
“Apa salahnya?” Idraki tersenyum manis. Idraki menekan butang service. “Helo..?”
“Hmm, nak apa?”
Idraki telan liur. Aik? Ada jugak orang masa pagi-pagi buta ni? Aku agak je tadi. Tak kisahlah. Idraki memesan makanan untuk diorang semua.
“Kejap lagi sampai.” KLIK!
“Aik? Ada juga orang yang jaga pagi-pagi buta ni?” Idraki garu kepala. Dia duduk di sebelah aku.
“Jangan-jangan, setan dua ekor tu?” Izzudin mencelah.
“Iz!” Nurul menolak bahu Izzudin. Izzudin tersengih.
“Jadi, apa yang kau nak buat nanti, Aki?” tanya Haiqal.
“Entahlah...”

“Itu pun peguam tu!” kata Karim. Dia mengisi peluru ke dalam pistolnya.
“Apa dia buat kat tepi pantai pulak? Saja nak bunuh diri?” Zafri menyampuk.
“Yang penting kita dapat bunuh dia. Haiqal mesti ada bersama dengan dia.” Karim segera mengacukan pistol ke arah Idraki. Mereka berselindung di sebalik pokok besar tidak berapa jauh daripada Idraki.
“Apa yang kau buat lagi tu? Tembak ajalah!” gesa Zafri.
"Ish, aku nak pergi melepas kejap ar. Dah tak tahan!" Kelihatan Karim mengepit kedua-dua belah kakinya. Wajahnya berkerut-kerut.
"Hampeh la kau ni! Cepatlah pergi. Biar aku je yang bereskan mamat ni." getus Zafri sambil menghala muncung pistol ke arah Idraki. Karim hilang entah ke mana.
He.He. Sat lagi kau akan mampus! Puaslah hati aku. Lain kali carilah pasal lagi dengan Zafri ni. Em, tembak perut dia dulu. Zafri mula mengacukan pistolnya. Agak lama juga dia aim dan dengan hatinya yang puas dia melepaskan tembakannya. Tembakannya tersasar pada paha Idraki.
Hatiku berdebar-debar tatkala melihat Idraki terjatuh. Macam mana boleh terkena kaki dia? Lopek punya penjahat! Wajah Idraki berkerut-kerut menahan kesakitan di kakinya. Kenapa macam ni? Zafri sudah bersedia untuk melepaskan tembakan keduanya.
"Abang Suhail! Cepatlah pergi tangkap Zafri tu. Idraki sakit..." Aku menarik lengan baju Suhail. Suhail juga kelihatan risau mengenangkan adiknya.
"Idraki akan selamat...."
BANG! BANG!!
Huh? Aku berpaling ke arah Idraki. Tetapi, Idraki juga kelihatan terkejut. Bukan dia yang ditembak? Aik? Siapa lagi selain Idraki dan Zafri? Ha...Karim!! Tapi, siapa yang ditembak? Aku memerhati wajah rakan-rakanku yang berada di dalam Prado Farsya. Yang tak de...
"Syafiq!!" Haiqal merangkul tubuh Syafiq yang tidak bermaya. Karim tersenyum merenung dua orang remaja di hadapannya. "s i a l an! Ini antara kau dan aku!!"
"Hmm, sapa suruh dia menyibuk?"
"Syafiq! Tolonglah bertahan...." Haiqal menepuk-nepuk pipi Syafiq, perlahan. Diam-diam, Haiqal menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sebilah pisau rambo.
"Haiqal, kau cuma bernasib baik je dalam dua tahun ni..."
"Heh, heh. Aku memang selalu bernasib baik!" Dalam sekelip mata, pisau rambo terpacak di dahi Karim. Haiqal tersenyum sinis.
"Kau...si..al..." Karim rebah menyembah bumi. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala.
"Syafiq?" Haiqal telan liur.
"Haiqal! Kenapa ni?" Tiba-tiba, Dania muncul. "Syafiq...!"

Keadaan biliknya yang kemas dan terurus sudah cukup untuk melambangkan sifat yang tertanam dalam dirinya. Didikan dan kasih sayang yang diberi oleh keluarganya yang melimpah ruah menjadikan dia seorang yang bertuah di alam ciptaan Allah ini. Hidupnya bertambah bahagia sejak dia mengenali seorang gadis.
"Masuklah!" Pn. Zila tersenyum riang sambil merenung wajahku. Aku jadi gugup. Apa lagi yang orang tua ni nak fikir. "Idraki ada dalam bilik kat atas. Di sebelah kanan.
"Er, mama saya ada buatkan sup ayam untuk abang Aki." Aku menghulurkan bungkusan di tanganku. Pn Zila dengan senang hatinya menyambutnya.
"Kejap ye, Puteri. Biar auntie masukkan sup ni ke dalam mangkuk. Nanti Puteri tolong bagi pada Idraki ye?" Pn. Zila tersenyum mesra. Aiya, orang tua ni...
Aku duduk di ruang tamu sambil menunggu Pn. Zila. Em, mana pergi semua orang ha? Ikmal yang cute tu kat mana? Geram aku nak dukung, nak cubit, nak cium budak kecik tu. Hee! Kalau anak aku kan best. Aiya, apa yang aku merepek ni. Ish.
"Puteri."
Aku segera bangun.
"Nah, tolong bagi Idraki minum." ujar Pn. Zila. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Kakiku melangkah ke tingkat atas. Sampai je di depan pintu bilik Idraki, perasaanku jadi tidak menentu. Segan siot! Tiba-tiba, pintu bilik Idraki terbuka...
"Eh? Kak Puteri!!"
Mak oi! Terkejut betul aku. Ikmal tersengih-sengih memandangku. Dia menarik hujung bajuku sambil menjerit-jerit nama Idraki. Aiyoo!
"Er...Puteri?" Idraki kelihatan tercengang. Wajahnya merona merah. Aku lagilah! Malu gile. Mangkuk sup ayam kat tangan aku pun hampir-hampir jer terlepas apabila mataku tertancap pada Idraki yang tidak berbaju.
"Wah! Sorry, abang!" Aku memalingkan wajahku.
"Ish, tak pe." Idraki kelihatan terkial-kial cuba untuk mencapai bajunya. Aku segera membantu. "Terima kasih."
"Hmm, ni mama Puteri buat. Sup ayam. Cubalah." Aku menghulurkan mangkuk sup ayam itu kepadanya. Idraki tersenyum. "Sorry sebab ganggu...."
"He.He. Apa tu Aki? Nak! Nak!" Ikmal mendekati Idraki sambil tersenyum. Hish, comel betul la budak kecik ni.
"Em! Sedap jugak. Kalau Puteri yang masak mesti lagi best kan?" ujar Idraki. Aku tersipu-sipu.
"Em, camne dengan abang? Kaki dah okay?"
"Dah baik dah. Tak de pape."
Suasana menjadi sepi. Aku hanya merenung jari jemariku. Segan nak bertentang mata dengan Idraki. Ikmal pula sudah lama terlena di pangkuan Idraki. Jari jemari Idraki lembut mengusap rambut halus si kecil itu.
"Macam mana dengan Syafiq?" tanya Idraki. Matanya masih merenung wajah anak saudaranya.
"Em, dia masih belum sedar. Doktor tak bagi lawat dia lagi." balasku.
"Puteri...."
Aku mendongak.
"Puteri suka Syafiq ke?"
Aku tercengang. Alamak! Soalan ni....
"Er...Puteri anggap Syafiq macam kawan karib je."
"Betul ke?" Idraki masih ragu-ragu.
"Betul. Puteri....Puteri sayangkan abang." Aku paksa diriku untuk merenung mata Idraki. Idraki kelihatan sedikit terkejut. Kemudian, dia tersenyum.
"Puteri...." Idraki kelihatan tidak yakin. Aku dapat mengagak pertanyaan dia yang seterusnya.
"Puteri cintakan abang." Aku mengukir senyuman manis untuknya.

Aku menuangkan air suam ke dalam gelas kaca dan kuhulurkan kepada Syafiq. Dia mengambil gelas itu daripadaku dan meneguknya perlahan-lahan. Aku duduk di sisinya, kesian melihat keadaan Syafiq. Dia tidak sedarkan diri selama tiga hari dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan dua biji peluru yang tertanam dalam perutnya. Nasibnya baik kerana sempat diselamatkan. Dia memang kehilangan banyak darah. Syafiq merenung tajam ke arahku.
"Er, macam mana dengan kau Fiq?" Aku bersuara apabila dia terlalu asyik menatap wajahku.
"Hmm. Sakit. Tapi, kalau kau ada baik je." balas Syafiq. "Doktor cakap aku terpaksa ditahan selama dua minggu, takut berlaku pendarahan lagi. Em, aku nak minta sesuatu..."
Aku memandang wajah Syafiq. Senyuman yang terukir di bibirnya membuatkan aku tertanya-tanya. Hee, jangan yang merepek sudahlah. Syafiq mencapai tanganku. Aku tergamam.
Sementara itu, Idraki termengah-mengah mencari wad 13. Hatinya bengang kerana sudah 10 minit dia berulang-alik di situ. Hah! Ada pun kau. Idraki tersenyum bangga. Tetapi, senyumannya mati apabila dia mula melangkah masuk ke wad 13 itu. Dia terpaku sebentar. Tiba-tiba, hatinya menjadi panas. Perasaan cemburunya meluap-luap. Dia mengetapkan bibirnya. Telinganya tajam menangkap setiap kata-kata yang dicurahkan oleh si jejaka kepada gadis di sisinya.
"Aku nak cium kau, please? Janganlah tolak permintaan aku."
"Er....aku..."
"Aku sayangkan kau. I just want to kiss you." Dia mendekati gadis itu dan tubuh mereka bersentuhan.
Idraki terus berpaling pergi. Jambangan bunga lili putih dicampaknya ke lantai.

Bunyi titisan air sesekali mengganggu sekawan burung yang sedang enak bermain di bibir kolam kecil itu. Kicauan merdu yang dilagukan oleh burung pipit hanya menyemakkan benak fikiranku. Angin lembut yang menyapa wajahku langsung tidak dapat menenangkan gundah di hati.
Sudah masuk lima kali aku cuba menghubungi Idraki. Asyik masuk mesej je. Kalau ringing pun, tidak dijawabnya. Aku melepaskan satu keluhan berat. Mana dia? Tidak semena-mena, mataku tertancap pada sesusuk tubuh ramping yang tercegat di luar pagar rumahku.
"Er, kak?"
"Edora, ni ada sepucuk surat dari abang Aki." Wajah Aliya kelihatan agak muram.
"Aha, mana abang Aki sekarang? Ed call berapa kali dah tapi dia tak angkat gak. Dah berapa hari..."
"Edora," potong Aliya. "Abang Aki dah pergi London. Katanya nak sambung study. Tak tahu balik bila..."
"Hah?" Aku menggenggam erat surat pemberian Idraki ini. "Dia tak cakap apa-apa pun?"
"Entahlah. Akak pun tak tahu. Dia cuma cakap nak tinggal kat sana beberapa tahun. Akak minta maaf, Ed. Akak sendiri pun sedih. Hm, akak balik dulu."
Aku tercengang. Apa perlu kukatakan lagi? Apa perlu aku buat? Aku ada buat salah ke? Aku membuka surat Idraki perlahan-lahan. Aku menarik nafas panjang-panjang. Janganlah kata-kata yang menyakitkan hati aku. Please, Aki...

Puteri,
Abang minta maaf sekiranya pemergian abang ini melukakan hati Puteri. Tetapi, abang rasa mungkin Syafiq lebih layak menjadi teman hidup Puteri untuk selamanya. Kita berdua tak mungkin serasi. Umur abang terlalu jauh berbeza dengan Puteri. Mungkin Puteri sudah menukar fikiran untuk menerima Syafiq kerana Puteri sanggup menerima permintaannya untuk dicium. Abang rasa betul-betul kesal tetapi abang akan sentiasa menyayangi dan mencintai Puteri.

Idraki

Damn!!! Stupid! s i a l ! Kenapa Aki buat aku macam ni? Kenapa dia tak tanya aku dulu? Kenapa dia bersikap terburu-buru? Aki! Kenapa Aki sanggup tinggalkan Puteri tanpa bertanyakan hal ini dulu? Serta-merta kejadian pada hari itu menerpa ke benakku.
"Stop!" Aku menekup bibirku dengan kedua-dua belah tanganku. Ish, mamat ni selamba nak kiss aku kat sini? Nasib baik semua pesakit tidur. Syafiq tersentak. Tangannya masih menggenggam erat bahuku. "I can't do this, Syafiq."
Syafiq diam.
"Aku tak boleh cium kau. Lagipun, aku ...." Aku menarik nafas. "Aku cintakan Idraki."
Syafiq tersenyum. Dia mengusap pipiku.
"Aku tahu!"
"Eh?"
"Tadi, gimik jer. Aku nak test kau. Tapi, kalau kau tak halang aku tadi pun...aku tetap akan cium kau jugak." Syafiq ketawa kecil.
"What!!"
Air mata bergenang di kolam mataku. Kukoyak surat Idraki sehingga ke cebisan kecil. Stupid!! Kau langsung tak matang. Bodoh! Tanyalah aku dulu! Aku tak cium pun Syafiq tu. Idraki!! Terhenjut-henjut bahuku menahan esakan. Apa boleh aku buat? Tak mungkin aku nak pergi cari dia? Itu adalah di luar kemampuan aku sebagai seorang pelajar. Aku duduk bersimpuh di halaman rumahku dan menangis dan terus menangis.........
TUJUH TAHUN KEMUDIAN...........

"Ish, ish. Kesian mangkuk ayun tu. Ada hati dia nak tackle kau rupanya." Dania ketawa besar diikuti oleh Nurul dan Farsya. Aku hanya menjeling.
"Kalau tak silap aku, dua bulan lepas kau tolak lamaran si Faizal. Kenapa ha? Dia tu semuanya dah cukup tau. Handsome, baik, caring dan yang pentingnya dia dah ada rumah dan kereta." sampuk Nurul.
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata rakan-rakan karibku ini. Aku tak de mood nak bercakap tentang hal ini. Dalam masa beberapa tahun ni, memang dah ramai lelaki aku tolak. Entahlah kenapa. Bukannya diorang tu tak cukup sifat, tapi aku yang tak dapat nak bagi hati aku lagi. Hati aku ini memang sudah lama diisi oleh lelaki itu.
"Hai, Sya."
Kus semangat! Mataku terbeliak merenung seorang jejaka yang berdiri di belakang Farsya. Mak datuk!! Dania dan Nurul pun memberi reaksi yang sama. Farsya hanya tersenyum manis, begitu juga dengan jejaka itu. Handsome kedobi!
"Guys, dialah Faizy. Tunang aku." Farsya memeluk lengan Faizy dengan manja.
"Hello, ladies." Faizy mengenyitkan matanya. Aiyaa, gugur jantung beb!
Rupa-rupanya, Farsya dah tiga bulan bertunang dengan Faizy ni. Sengaja je dia nak buat surprise kat kitorang semua. Tak lama lagi diorang dua akan berkahwin. Cemburunya aku! Sebenarnya, pertunangan Farsya dan Faizy dirancang oleh keluarga. Tetapi, selepas mereka bertemu masing-masing mula menyimpan perasaan. Baguslah! Bukan kena kahwin paksa.
Aku tersenyum sendirian. Handsome mamat ni. Bertuah si Farsya. Dah le kerja doktor lak tu. Aha! Umur mamat ni 30 tahun. Rangka badan yang besar dan tinggi. Rambutnya disikat ke belakang menambahkan lagi kemachoannya. Berkulit sawo matang dan berhidung mancung. Baru aku perasan, mamat ni pun ada lesung pipit. Macam orang tu gak.
"Faizy, kenapa you ni handsome sangat?" ucap Nurul dengan manja. Dania hanya ketawa kecil. Faizy hanya menjungkitkan bahunya sambil tersenyum. "Kalau I pikat you sekarang, ada harapan tak?"
"Nurul, don't try anything stupid!" marah Farsya. Wajahnya merona merah. Faizy hanya ketawa.
"Nope! I sayangkan my Farsya sorang je." Faizy memeluk bahu Farsya dengan mesra. "He.He. Sya, janganlah merajuk. Nurul gurau je kan?"
"Ish, ini yang payah kalau tunang tu orang yang setia." Nurul menjuihkan bibirnya.
"Diamlah, Nurul. Kau ni merepek je. Izzudin kau ape citer?" Dania dah mula boring. Dia takut jugak kalau-kalau Farsya ambik hati. Hal perasaan ni jangan memain okay?
"Oh ye! Actually, kitorang kena pergi ni. Hmm, Sya. Ibu ajak makan kat rumah hari ni." ujar Faizy sambil merenung wajah tunang kesayangannya.
"Boleh jugak. Jom, kita pergi cepat-cepat. Sya tak nak kehilangan Iz." Farsya menjelirkan lidahnya kepada Nurul dan menarik tangan Faizy pergi.
Nurul hanya tergelak kecil.
"Aku nak baliklah. Nanti kena beli barang." sampukku.
Nurul dan Dania memandangku tanpa sepatah kata. Ei? Kenapa dengan diorang ni?
"Why?"
"Aku ingatkan kau dah hilang tadi? Diam jek." perli Dania. Nurul tersengih.
"Yelah tu. Okaylah, aku chow dulu ye. Korang ni tak nak pergi kerja ke? Lunch punyalah lama?" Aku terus bangun. "Bye, bye."
"Bye!" balas Dania dan Nurul sambil tersenyum.
Cuaca pada hari ini sungguh baik. Angin sepoi-sepoi bertiup di kaki lima. Hatiku terasa lapang dan lega walaupun pada ketika ini keadaan agak sesak ditambah pula dengan pelbagai ragam manusia. Aku duduk di atas kerusi sambil merenung cincin berlian pemberian Idraki pada jari manisku. Aku menanggalkan cincin itu dan merenungnya lagi. Cantik betul. Aku tersenyum sendirian. Aku memusingkan cincin itu dengan jariku. Tiada siapa pun tahu yang Idraki pernah menghadiahkan cincin berlian kepadaku. Hmm, kecuali Auntie Zila tu.
Apabila cahaya matahari mula menjadi terik, aku mula melangkah pulang. Bahang kepanasan semakin terasa. Manik-manik peluh mula membasahi dahiku. Tiba-tiba, aku dilanggar dengan kuat. Aku jatuh terduduk. Cincin berlian hilang entah ke mana. Lelaki yang melanggar aku segera meminta maaf tetapi aku tidak mengendahkannya. Cincin berlian lebih penting walaupun lutut dan belakangku terasa sakit akibat hentakan yang kuat.
"Cincin saya...! Tolong cari.." Dadaku terasa sebak. Pipiku mula terasa panas. Janganlah hilang cincin tu.
Lelaki tadi tercegat di sisiku. Kemudian, dia turut mencari cincinku yang hilang tadi. Aku jadi panik. Kalau hilang cincin tu, matilah aku.
"Cik, dah jumpa."
"Hah! Terima kasih." Aku mengesat air mataku dengan hujung jari. Syukur!
Lelaki tadi tidak terus memberi cincin itu kepadaku, sebaliknya dia merenung cincinku dengan lama. Takut juga kalau-kalau dia larikan cincin aku tu. Aku mencuit bahu lelaki itu. Dia memandangku.
"Cincin saya...."
Lelaki itu seperti terpegun melihatku. Aku juga begitu. Mata lelaki itu seperti pernah kulihat. Matanya seperti mata Idraki. Idraki?! Dengan serta-merta hatiku menjadi gembira dan rindu setelah melihat wajah lelaki itu. Walaupun wajahnya dipenuhi dengan kumis dan rambutnya dibiarkan panjang, tetapi aku tetap mengenali mata itu.
"Nah." Lelaki itu tunduk seraya menghulurkan cincinku. Aku mengambil cincin itu dan memegang tangannya sambil tersenyum. Lelaki itu tersentak.
"Idraki...."
Dia hanya membisu. Tanpa sepatah kata, dia terus menarik tangannya dari genggamanku dan melangkah pergi. Aku terus mengekorinya dari belakang. Keadaan Idraki betul-betul selekeh. Jauh berbeza dengan dirinya yang dulu. Trend terbaru ke?
"Abang!" Aku memeluk erat lengannya. Rindunya aku pada kau! Aku takkan lepaskan kau lagi. Aku berdiri di hadapan Idraki. "Puteri rindukan abang!"
"Sudahlah."
Suara ini! Memang betul Idraki. Hatiku benar-benar gembira. Akhirnya, kami bertemu kembali. Aku akan membetulkan kembali salah faham tujuh tahun yang lepas.
"Buat apa Puteri tegur abang lagi?" Balas Idraki kasar. Walaupun hatiku terasa dengan sikap Idraki, tetapi aku tidak ingin ambil hati.
"Kenapa abang tinggalkan Puteri macam tu aje?"
"Puteri sendiri tahulah. Abang rasa seperti dipermainkan Puteri. Abang nampak Puteri dan Syafiq bercium hari tu...." Idraki seperti tidak yakin.
"Puteri tak cium dia pun! Okay, hari ni jugak Puteri buktikan yang Puteri tidak bersalah. Kita akan jumpa Syafiq!" Aku menarik lengan Idraki. Tangan kiriku ligat mencari nombor telefon Syafiq. Hmm, ini dia.

Aku mencari-cari Syafiq di kafe itu. Mangkuk betul. Mana dia? Jangan main sorok-sorok da. Sejak dari tadi, Idraki hanya membisu. Hanya kedengaran langkah tapak kasutnya sahaja. Lawak betul, tua-tua pun macam ni...
"Syafiq!" Ada pun. Kat situ rupanya kau yer.
"Hai, Puteri Edora." ucap Syafiq manja. Aisey. Idraki hanya mencebik. "Ehem, sapa ni Ed?"
"Idraki."
"Wow. Long time no see." Syafiq menghulurkan tangannya. Nasib baik Idraki masih ingat adab dan tatasusila Melayu, dia bersalaman dengan Syafiq. Mungkin tak ikhlas?
"Fiq, aku datang ni sebab nak suruh kau sendiri cakap kat abang Aki yang kita tak pernah bercium!" ujarku terus. Syafiq menganggukkan kepalanya.
"Betul ke kau tak pernah bercium dengan Puteri?" tanya Idraki sendiri. At least ada jugak suara dia.
"What do you think, Encik Idraki?" Syafiq tersenyum sinis. Aisey, apa mamat ni nak buat pulak? Cakap ajelah.
Idraki diam.
"Hmm, tapi aku rasa bibir Edora ni memang lembut jugak. Seronok betul. Tak gitu, Ed?" Syafiq merenungku. Wargh! Siot, kenapa macam ni?
"Puteri? Jadi betullah korang cium?" bentak Idraki. Aku ketap bibir.
"Tak! Syafiq tipu tu. Mana ada kitorang cium." Aku mula panik. Aku tak nak Idraki tinggalkan aku lagi. "Syafiq! What are you trying to do?" Syafiq diam.
"Tapi, Puteri. Tak mungkin dalam masa tujuh tahun ni korang dua tak de apa-apa kan? Siapa tahu..."
PANG!!!
Idraki terdiam sambil mengusap pipinya. Syafiq terkedu.
"I hate both of you!" Aku berlari keluar meninggalkan mereka berdua. Aku perasan ramai mata yang memandang. Mampuslah! Kenapa Syafiq sengaja cari pasal? Apa masalah dia? Idraki pulak kenapa berlagak lebih bodoh dari budak kecik! Warghh!

Idraki hanya memekakkan telinga apabila dimarahi oleh Aliya. Pada mulanya, dia ingin berbincang dengan Aliya tetapi ditengking pula. Ish, tak padan dengan bini orang, ada anak lak tu.
"Memang pun. Angah ni bodoh! Tak matured langsung. Kalau Liy di tempat Angah, Liy selidiklah dulu. Tak pun, tanya Puteri sendiri. Angah tahu tak, disebabkan kebodohan Angahlah Puteri menderita selama tujuh tahun ni. Bodoh! Mak pun geram dengan Angah." Pergh! Laser siot mulut minah ni. Aku tampar baru tahu. Terdiam terus!
Idraki hanya membatukan dirinya.
"Auntie Su! Kenapa marah Aki?" Tiba-tiba Ikmal muncul. Dia mendapatkan Aki kesayangannya. Kini, Ikmal sudah berusia 13 tahun.
"Kalau Angah nak tebus dosa Angah balik, Angah kena minta maaf dengan Puteri. Dapatkan hati dia balik." Aliya terus berlalu pergi.
"Kenapa dengan Kak Puteri?" Ikmal tersengih-sengih. "Aki tahu tak? Semasa Aki pergi belajar kat London kan, Kak Puteri selalu datang main dengan Ikmal. Ikram pun sukakan Kak Puteri. He.He. Nanti, Aki kahwin dengan Kak Puteri ye."
Idraki hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Hmm, aku dah melakukan kesilapan yang besar dalam hidup aku. Kenapa aku boleh bertindak terburu-buru dulu? Itu bukan sikap aku? Pelik betul. Idraki teringatkan kata-kata Syafiq selepas Puteri pergi.
"Hai, marah betul Puteri tu. Sorry sayang." Syafiq ketawa kecil. Entah apa yang melucukan. "Hmm, duduklah dulu Encik Idraki."
Idraki hanya menurut walaupun hatinya geram.
"Nampaknya, Encik Idraki ni betul-betul sayangkan Puteri Edora lagi?"
"Kau cakap ajelah apa yang kau nak cakap!" tingkah Idraki.
"Sorry kalau aku biadap terhadap Encik Idraki." Syafiq merenung tajam ke arah Idraki. "Kenapa kau pandai-pandai buat keputusan nak tinggalkan Puteri tanpa bertanyakan hal ini kepada dia dulu?"
Idraki diam.
"Ha.Ha. Memang hari tu aku nak kiss dia, tapi dia tahan. Hmm, melepaslah aku. Sikit lagi nak cium dia. Jadi, the truthnya kitorang tak pernah kiss. Dan, kau tinggalkan dia tanpa sebab. Semua ini memang salah kau, Idraki. Dalam masa tujuh tahun ni, Puteri hanya cintakan kau. Aku nak masuk line pun susah tahu? Bersyukurlah sikit yang dia tu setia kat kau sorang je." Syafiq meneguk kopinya. "Aha, kalau boleh aku nak tumbuk je kau. Kau ni menyusahkan Puteri saja. Kenapa kau bersikap kebudak-budakan? Bodoh. Kau tu lagi tua dari kitorang tapi perangai mengalahkan budak kecik."
"Diam! Kau tak layak nak kutuk aku!"
"Kau langsung tak layak untuk dicintai Puteri."
Kata-kata Syafiq begitu menusuk hati Idraki. 'Kau langsung tak layak untuk dicintai Puteri.' Idraki mengeluh. Kenapa aku begitu bodoh. Aku dah buang masa selama tujuh tahun. Aku kena minta maaf dari Puteri. Harap-harap dia maafkan aku. Kenapalah aku jual mahal sangat tadi? Ish!

"Ed! Apa kau buat kat sini?" Farsya tersenyum sambil memandangku. Kini, Farsya sudah mempunyai kedai bunganya sendiri. Mungkin tidak lama lagi dia akan membuka cawangannya di tempat lain pula. "Seronok betul kau ye. Mentang-mentanglah ambik cuti sebulan."
"Boringlah aku nak pergi kerja. Aku datang saja nak tengok kau. Tak lama lagi kau nak kahwinkan? Hilanglah seorang kawan karib aku ni."
Farsya hanya ketawa kecil. Kami berbual-bual sebentar kerana pada ketika itu tiada pelanggan yang datang. Kata Farsya, perniagaannya laris. Alhamdulillah. Tiba-tiba, Farsya mencapai tangan kiriku.
"Cantik cincin. Tak pernah aku tengok?" Farsya meneliti cincin berlian itu. Ish, kantoi lak. Lupa nak tanggalkanlah.
"He.He. Baru je beli."
"Tipulah. Ni cincin berlian betul. Mahal tahu! Kau tak mungkin suka nak beli benda-benda mahal kan?" Farsya tersenyum seakan-akan menyindir. "Sapa bagi?"
"Idraki." keluhku. Susah nak kelentong dengan minah ni la.
"Oh. Kau masih simpan?"
Aku tersenyum. Kemudian, aku meminta diri untuk beredar. Takut juga kedatanganku ke sini mengganggu kerja Farsya walaupun dia cakap dia memang lapang sekarang.
Kakiku melangkah tanpa hala tuju. Entahlah? Hendak ke mana? Aku juga tidak tahu. Semakin meningkat dewasa ini, keboringan asyik melanda je. Tak tahu nak buat apa. Aha! Tak tahu nak buat apa? Itulah kau, mintak lagi cuti sebulan. Hmm, stress la kerja kat syarikat pengiklanan ni. Kena perah banyak idea. Aku pulak ketandusan idea sekarang ni.
Sampai sahaja di taman bunga yang berdekatan, aku duduk di bawah sepohon pokok berhadapan dengan tasik. Walaupun cuaca pada ketika ini agak panas, tetapi ianya tidak membantut hasratku untuk terus melepak. Hmm, Farsya busy dengan kedai bunga dia. Nurul dengan dunia modelling dia. Si Dania lak sudah bergelar arkitek muda.
Aku berbaring di atas rumput yang hidup subur di situ. Memang jarang orang datang ke taman pada waktu yang macam ni. Aku merenung langit di atas. Bebas dan luas. Beberapa ekor burung berterbangan di langit. Comelnya! Bibirku mengukir senyuman.
"Assalamualaikum, Puteri."
Aku sedikit tersentak disapa begitu dan bingkas bangun. Aku menjawab salamnya.
"Apa abang nak?" tanyaku dingin tatkala menatap wajah Idraki. Aku terpaku. Kacaknya! Kemudian, aku cepat-cepat melarikan anak mataku.
"Hmm, abang nak minta maaf." Idraki tersenyum lawa menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Manis dipandang. Wajahnya bersih tanpa kumis. Rambutnya dipotong pendek dan disikat rapi. Dia memakai baju tshirt biasa dan berseluar baggy. Kalau orang cakap dia ni peguam sapa pun tak caya. Macam student universiti pulak.
Aku menyandarkan tubuhku pada pohon. Hatiku berdebar-debar. Sebenarnya, aku gembira kerana dia datang cari aku. Aku ketawa sendirian dalam hati. Tiba-tiba, aku terasa tangan kiriku disentuh.
"Abang minta maaf, Puteri." Idraki mengusap cincin berlian yang tersarung di jariku. "Abang dah banyak menyusahkan Puteri. Abang juga menyesal kerana bertindak terburu-buru macam tu. Itu bukan sikap abang sebenarnya..."
"Abang ni kuat cemburulah ya?" sampukku manja. Aku tersengih.
Idraki tersenyum. Kemudian, dia mengangguk.
"Maafkan abang."
Tanpa berkata apa-apa, aku terus memeluk tubuh Idraki dengan erat. Gembiranya aku memang tidak dapat digambarkan. Idraki membalas pelukanku.
"Abang cintakan Puteri."
"Puteri pun cintakan abang!" Aku tersenyum lagi. Sekurang-kurangnya masalah dah selesai. Aku pun malas nak jual mahal. Tak apalah. Demi kebahagiaanku sendiri, aku sanggup mengetepikan egoku. Idraki, my love! He.He.

"Woh, banyaknya idea kau Edora?" perli Amir sambil tersengih.
"Iyelah. Dalam masa sebulan ni dia bukannya bercuti, tapi bercinta!" sampuk teman sekerjanya yang lain, Zalinda.
"Merepeklah korang! Asal aku ada idea je, macam-macam yang korang nak sindir ye!"
Kami semua ketawa. Kadang-kadang aku bengang jugak dengan diorang semua ni. Macam berpakat pulak nak kenakan aku. Pulak tu tak de yang sokong aku. Semuanya tentang aku. Hee!!
"Edora, call!"
Aku hanya mengukir senyuman untuk Melissa. Aku menjawab panggilan itu. Rupa-rupanya mamat ni.
"Marah lagi ke, princess?" Dia ketawa.
"Huh! Nak apa?"
"Emm, sorry ye. Hari tu aku saja je nak test Idraki tu. Hmm, jom makan?"
"Makan?" Aku mengerling ke arah jam di dinding. Wah! Tak sedar pun dah lunch hour. Sibuk sangat buat kerja tadi. "Em..."
"Bolehlah. Aku jemput kau kat atas tu."
"Apa? Jangan merepek..." Aku terasa bahuku disentuh. Aku berpaling ke belakang. Terpaku.
"Hai, sweet princess!" Syafiq tersenyum lawa. Dia menutup handphonenya dan terus merenung aku tanpa sepatah kata. Aku tergamam seketika. Ramai staff dan kaki penyibuk dah mula memandang kami berdua. Kedengaran suara-suara sumbang yang membuat cerita tak betul.
"Bi...bila sampai?"
"Masa aku call tu aku dah masuk ofis ni." balas Syafiq.
Aku hilang kata-kata. Hatiku berdebar-debar menatap wajah Syafiq. Memang tidak dapat dinafikan, semakin hari Syafiq semakin handsome dengan sifatnya yang semakin matang dan gentleman. Idraki juga tampan dan cool. Dan sememangnya mereka berdua adalah dua orang lelaki yang berbeza dengan keistimewaan masing-masing.
Syafiq tersenyum lagi. Dengan selamba dia menarik tanganku dan berjalan keluar dari ofis. Hmm, ramai le member aku yang mula sakit tekak dan kenyit mata. Bukan aku tidak menyenangi perbuatan Syafiq, tetapi kelakuannya boleh menimbulkan cerita yang tidak betul dari manusia-manusia bermulut tempayan ni.
Aku masih lagi termenung setelah sampai di restoran kegemaranku. Syafiq memesan makanan tanpa bertanya kepadaku kerana dia memang sudah tahu favourite aku. He.He. Kemudian, dia memandangku sambil tersenyum. Ada-ada je mamat ni ye. Asyik nak goda je....
"Belanja yer!" Aku tersenyum manis.
"Hai..cam tak biasa pulak. Kan memang aku yang selalu belanja kau? Hmm, kalau dah kedekut sangat tu kan." Syafiq ketawa kecil. Aku tidak ambil pusing dengan kata-katanya.
Makanan yang dipesan sampai. Berselera jugak aku makan. He.He. Dah favourite aku. Makan hari-hari pun tak muak. Nasi pataya kucedok. Tetapi, Syafiq masih belum berganjak. Dia tunduk merenung mi kuahnya. Tangannya bermain-main dengan straw.
"Eh, kenapa tak makan?" tanyaku seraya menyuap nasi pataya.
Syafiq hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia mula mengacau mi kuahnya dengan sudu perlahan-lahan. Aku memandang wajah Syafiq. Aik? Tadi bukan main ceria je. Sekarang, bermuram durja pulak!
"Problem?"
Syafiq geleng. Dah tak de mulut ke mamat ni. Suara macho sangat?
"Puteri..."
Aku menghirup air sirap sambil memandang Syafiq. Dia kelihatan serba salah. Apalah yang mamat ni nak cakap?
"Aku cintakan kau, Puteri." Syafiq ketap bibir. Aku terkedu. Ini dah masuk kali ke berapa dia cakap. Memang terharu jugak tapi apa aku boleh buat. Aku tidak menyintai Syafiq. "Jangan tinggalkan aku, Puteri."
"Ei? Aku ada kat sini la." ujarku bodoh.
"Meskipun selepas kau kahwin dengan Idraki. Kau jangan pindah ke mana-mana. Aku tak boleh kehilangan kau. Aku tak nak lost contact dengan kau. Biarlah kau bukan milik aku, tapi aku nak kau di sisi aku walaupun sebagai kawan baik pun tak apa." Syafiq merenung mataku dengan sayu.
"Kenapa ni?" Aku mula risau.
"Cuma mengingatkan kau je. Takut kau lupakan aku pulak sebab dah ada Idraki kat sini." ucap Syafiq seakan-akan memerli.
"Fiq! Jangan merepek. Kau dah banyak bantu aku dalam masa tujuh tahun ni. Aku sangat menghargai kau dan persahabatan kita." Aku mengorak senyuman untuknya. Syafiq diam.
Tutt! Tutt! Tutt!!
Aku menjawab panggilan telefon.
"Sayang."
"Oh, hai! Abang ye?" Hatiku menjadi gembira.
"Tengah buat apa?"
"I'm having lunch with my best friend, Syafiq!" Aku tersenyum sambil melirik ke arah Syafiq. Syafiq tersengih.
"I see. Em, boleh kita jogging esok?"
"Yi? Abang masih larat nak jog ke?" Aku ketawa kecil.
"Perli ya! Abang bukan tua sangat pun..." Idraki telan liur. "Please?"
"Ha. Ha. Sure, my love. Em, abang datang rumah Puteri dulu ke?"
"As usual. Tak apalah. Jumpa esok, bye sayang."
"Bye!" Aku menutup handphone dan kembali menjamu selera. Happynya bila dengar suara Idraki.
Selesai saja makan, Syafiq menghantarku ke ofis dan kami disambut dengan siulan nakal. Mengada gile diorang. Aku masuk je dalam bilik, mataku terus tertancap perkataan jiwang yang tertulis di whiteboard kecilku. Aku hanya mampu mengetap bibir.

Pagi yang nyaman ini menjadi semakin indah dengan kehadiran Idraki di sisiku. Selepas membuat pusingan dua pusingan, aku dah mula semput sebab dah lama aku tak jog sebenarnya. Adalah dalam masa dua tiga bulan ni aku 'off'. Idraki hanya tersenyum sambil menghulurkan sebotol air kepadaku.
"Bestnya! Rasa macam dulu-dulu pulak ye." kataku sambil tersengih. Idraki hanya mengiakan kata-kataku. "Ah, Puteri nak main buaian kejap!" Aku berlari anak ke arah buaian yang berada tidak jauh daripadaku.
Idraki mengekoriku dan membantu menolak buaian untukku. Aku menjerit kecil apabila Idraki sengaja menolak dengan kuat. Bestnya! Dah lama tak main buaian macam ni. Apa salahnya kalau gadis yang berumur 24 tahun bermain buaian? Ada undang-undang negara kata tak boleh?
"Stop! Ish, peninglah kalau asyik berayun je." Aku termengah-mengah. Sebenarnya, penat berlari tadi masih belum hilang. Idraki duduk di depanku. Dia hanya merenungku dan kelihatan seperti berkira-kira untuk meluahkan sesuatu.
"Abang, macam mana dengan kerja?"
"Okay je. Boring macam biasa." balas Idraki.
Aku hanya tersenyum.
"Hmm, Puteri." Idraki menggenggam kedua-dua tanganku. Aku terpegun. "Abang sangat mencintai Puteri. Abang sayangkan Puteri."
Wah! Terkedu aku dibuatnya. Walaupun kata-kata yang diluahkan oleh Idraki sudah biasa aku dengar, tapi terasa macam ada aura lain pulak kat sini. Idraki juga kelihatan lain sikit. Mukanya kemerah-merahan. Menahan malu?
"Abang nak kahwin dengan Puteri. Sudikah Puteri menjadi isteri abang selama-lamanya?" ucap Idraki seraya mengeluarkan sebentuk cincin dari poket seluarnya. Aku tergamam. Lidah aku kelu. Idraki terus menyarungkan cincin berlian tadi ke jari manisku. "Sudikah Puteri?"
Aku terketar-ketar. Terasa sebak dadaku. Air mata mula bergenang. Pipiku terasa panas. Idraki masih lagi merenungku. Aku mula mengorak senyuman sambil menganggukkan kepalaku.
"Terima kasih, Puteri." Idraki tersenyum.
"Er...Ini cincin berlian ke?"
Idraki ketawa kecil.
"Mestilah."
"Ish, kan dulu dah bagi." Aku jadi serba salah.
"Tak apa. Demi kasih sayang abang pada Puteri. Beli sepuluh cincin berlian untuk sepuluh jari tangan Puteri pun boleh."
Aku tergelak. Apalah yang dia merepek ni. Ish.
"Seperti yang pernah abang cakap dulu, abang akan hantar rombongan untuk meminang Puteri. Dah tujuh tahun berlalu kan?" Mata Idraki tidak lepas dari merenungku.
"Ha." Aku baru teringat. Yep! Aku ada cakap kat dia dulu. Tunggu tujuh tahun. "Eh, abang ingat lagi ye?"
Idraki tersenyum.

"Congratulations!!" Nurul terus memeluk Farsya dengan erat sebaik sahaja dia sah dinikahkan dengan Faizy. Dania dan aku juga memeluk Farsya. Sebak juga rasanya.
"Tak sangka kau yang kahwin dulu ye." kataku.
"Jodoh." Farsya tersenyum manis.
Aku membalas senyumannya. Farsya kelihatan sungguh ayu dan menawan dengan berbaju kebaya berwarna putih krim itu. Rambutnya diset dengan kemas. Muka pula dia sendiri yang mekap. Sedang kami berborak, Faizy datang menghampiri isterinya.
"Oh, hai! Korang hari tu ye..." Faizy tersenyum. Wah!!! Sekali lagi aku, Dania dan Nurul tangkap leleh. Segak habis mamat ni. Handsome!! Aku paling suka lelaki berbaju Melayu sebab mereka akan tampak segak sekali.
"Kau nanti jaga member aku bebaik ye! Kalau aku dengar Farsya mengadu, siap hang!" ujar Dania sekadar bergurau. Faizy hanya tergelak. Tangannya merangkul pinggang Farsya dengan erat. Sweet.
"Aha! Especially malam ni ye. Layan dia sampai dia puas!" sampuk Nurul. Kami semua terdiam sekejap dengan kata-kata Nurul yang berbau 18SX itu. Kemudian, kami berlima ketawa besar.
"Don't worry. She will ask for more." Faizy mencubit pipi Farsya. Wajah Farsya merona merah.
"Jangan merepeklah." Farsya tunduk. Waaah! Jahatnya diorang. Mentang-mentanglah belum kahwin, sedap je hentam aku ye. Cih. Iz ni pulak join sekaki.
Lama juga kami berborak. Tapi, Farsya dan Faizy kejap-kejap kena quit, sebab kena layan tetamu yang agak ramai. Lagi pun, Faizy ramai kenalan dan saudara. Farsya sekarang aku tengok dah makin pandai bergaya. Dania pulak maintain cam biasa je. Nurul semestinya pandai bergaya, dia kan model? Aku tercari-cari wajah Syafiq. Idraki tak dapat hadir kerana terpaksa bekerja.
"Jomlah makan!" ajak Dania.
"Kau pergi dulu. Aku nak borak dengan Izzudin kejap." Nurul terus meninggalkan kami berdua. Mataku melilau mencari Syafiq.
"Puteri."
"Fiq! Ada pun kau."
"Nah, aku ambikkan untuk kau." Syafiq menghulurkan sepinggan puding jagung kepadaku.
"Aku?" Dania tunjuk muka seposen.
"Self service."
Dania mendengus. Kemudian, dia terus angkat kaki dari situ. Kini, tinggallah aku dengan Syafiq. Syafiq berbaju Melayu warna maroon dan bersongkok. So handsome!! He.He.
"Mana Idraki?"
"Dia tak datang." Dengar je nama Idraki, aku tersenyum lebar. Happy betul bila teringatkan hari tu. "Fiq, kau tahu tak?"
"Kau tak cakap mana aku tahu." balas Syafiq selamba. Hampeh!
"Nanti, Idraki akan pinang aku!" bisikku. Syafiq kelihatan terkejut. Mungkin dia tak sangka secepat ini.
"Serius?"
"Ye!"
"Tahniah." Syafiq hanya tersenyum.
Kami berbual-bual sambil makan. Pada ketika itu, sudah ramai tetamu yang beransur pulang. Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar. Aku membasuh tanganku dan menyapu sedikit gloss pada bibir agar kelihatan basah sikit. Okay! Dah cantik dah. He.He. Semasa aku keluar dari tandas, tiba-tiba bahagian tengah dadaku terasa sakit sekali. Nyilu, seperti dicucuk dengan pisau. Aku terduduk. Nafasku tercungap-cungap. Kenapa macam ni? Dah masuk berapa kali dah ni. Ish. Sakitnya. Aku dapat merasakan bahang pada wajahku.
"Eh, Puteri Edora kan?"
Aku tidak menjawab. Peluh mula menitik di dahiku. Pandanganku mulai samar.
"Puteri?" Faizy duduk mencangkung di sebelahku sambil memegang lenganku. "Kau sakit apa ni? Muka kau pucat!"
"Faizy, tolong aku. Sakitnya." Aku memegang kemas bahu Faizy. Akhirnya, pandanganku mulai kelam.

Hidup ini tidak selalunya cerah. Kadang-kadang tu kenalah ada mendung dan hujan juga, barulah dikatakan satu kehidupan. Dan kita hendaklah menerimanya dengan rasa syukur dan redha. Setiap kejadian tersirat nikmat dan kebaikan yang tidak terhingga untak makhluk ciptaanNya.
Syafiq duduk termenung sambil bermain-main dengan cawan kopi yang baru dihantar oleh waiter. Panas lagi. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Dia teringatkan Puteri Edora yang terlantar di hospital. Sudah dua hari dia tidak sedarkan diri. Hee! Kenapa jadi macam ni pulak.
"Dia kena menjalani pembedahan hati. Kami akan cuba mencari hati ganti untuknya. Semoga dia selamat." ujar doktor lelaki itu. "Kalau boleh kami akan buat secepat mungkin. Kalau ditunggu lagi, tak elok untuk dia."
Hah! Kenapa dia yang kena? Kenapa tidak aku je? Hati ganti? Mana nak cari kalau tak de orang derma. Ya Allah! Engkau panjangkanlah umur Puteri, gadis kesayanganku itu!
Tutt! Tutt!
"Helo?"
Syafiq terdiam. Dia mendengar setiap kata-kata pemanggil itu. Hatinya berasa sungguh gembira. Puteri! Kau dah sedar? Bagusnya! Aku rindukan kau!

Renungan lembut matanya membuatkan aku terlupa kesakitan yang sedang aku alami kini. Tangannya menggenggam erat jari jemariku. Sesekali dia mengusap pipiku. Bahagianya hidupku. Terasa sangat disayangi oleh si dia ini.
"Kenapa Puteri tak buat check up sebelum ni?"
"Puteri ingatkan gastrik je."
"Hmm." Idraki merenung mataku. "Selepas je abang dapat tahu tentang hal ini, abang terus berfikir. Abang rasa lebih baik kalau abang yang dermakan hati abang untuk Puteri."
"Abang? Tak nak! Puteri tak nak!"
"Kalau terlambat, nyawa Puteri dalam bahaya jugak."
"Abang pun tak semestinya sihat selepas menderma sebahagian hati abang kepada Puteri." tingkahku.
"Puteri, abang dah lama beri hati abang kepada Puteri. Sejak abang mula-mula mengenali Puteri lagi. Jadi, sama saja kalau abang dermakannya kepada Puteri."
"Tak nak! Puteri takkan terima." Aku memeluk Idraki yang berada di sisiku. "Jangan derma."
Idraki hanya mendiamkan diri. Dia mengelus rambut. Eee! Aku tak nak dia dermakan hati dia kepadaku. Aku nak dia sihat. Pelukan kueratkan. Biar dia faham. Biar dia tahu yang aku betul-betul mencintai dia. Idraki hanya membiarkan aku saja tanpa berkata apa-apa.
Syafiq hanya bersandar pada dinding di luar wad Puteri Edora. Dia baru sahaja ingin melangkah masuk dan terpaksa membatalkan niatnya untuk bertemu dengan Puteri sebaik sahaja melihat Idraki di sisinya. Biarlah mereka bersama dulu. Aku boleh tunggu.
"Aku harap kau akan bahagia bersama Idraki." bisik hati kecil Syafiq. Hmm, baik aku pergi kafeteria dulu. Baru je nak melangkah, kedengaran namanya dipanggil.
"Kenapa tak masuk?" sapa Idraki.
"Oh, aku ingat nak pergi kafe kejap." Syafiq serba salah.
"Tak apa. Biar aku belikan. Kau nak apa?" tanya Idraki sambil tersenyum. Syafiq garu kepala.
"Kopi je."
"Okay. Kau temanlah Puteri kejap. Aku nak pergi kafe." Idraki menepuk bahu Syafiq dan terus berlalu. Syafiq tercengang.

Hatiku terasa senang setelah mendapat tahu bahawa sudah ada penderma yang sanggup memberi hatinya kepadaku. Doktor mengatakan yang aku boleh menjalani pembedahan tidak berapa lama lagi. Aku memberitahu hal ini kepada Syafiq dan Idraki yang kebetulan datang pada hari itu.
"Hmm, baguslah kalau macam tu." Idraki melirik ke arah Syafiq. Syafiq hanya tersenyum.
"Sapalah ye orang tu. Thanks to him or her!" Aku tersengih.
"Kalau Ed tau sapa orang tu, apa Ed nak buat?" tanya Syafiq.
"Hmm, Ed akan belanja dia makan."
"Itu je?" Syafiq ketawa kecil.
"Habis tu?"
Syafiq dan Idraki saling berpandangan. He.He. Aku betul-betul gembira ni. Kenapalah orang tu nak rahsiakan nama dia?
"Em, lupa lak nak kasi. Nah, sup ayam." Idraki menghulurkan semangkuk sup yang baru diisi dari termos. Aku menyambutnya. Hm, bau pun dah sedap!
Kami bertiga berborak-borak sehinggalah masa melawat habis. Mereka berdua pulang bersama. Aku berasa cukup gembira apabila melihat Idraki dan Syafiq dah get over dengan problem diorang tu. Hmm…

“Syukur kau selamat menjalani pembedahan, Ed.” Nurul menggenggam erat tanganku. Dia datang bersama dengan teman lelaki barunya, Zafran.
“Takut betul aku kalau terjadi apa-apa kat kau. Hm, siapa pendermanya?” ujar Dania.
“Tak tahulah? Doktor tu cakap rahsia. So, aku malas nak paksa-paksa.” Balasku.
“Sweetheart kau tak datang?” Tanya Nurul.
Aku hanya menggelengkan kepalaku sambil mengukir senyuman. Aku tahu Idraki agak sibuk dalam masa dua tiga hari ni. Kes besar katanya.
"So, lepas kau sembuh ni terus nikah dengan Aki ke?" tanya Dania lagi.
"Yep."
"Syafiq tak de ke?"
"Dia cakap dia out station dua minggu...maybe lebih kot?" jawabku. Sibuk memanjang je mamat tu!
"Oh."
"Apa cite Farsya kita tu?"
"Happy la dengan suami dia tu. Geram ah aku. Cemburu tengok diorang dua tu!" kata Dania.
Aku tersenyum simpul. Cemburu pulak! Dah tu kahwin aje la! He.He. Hai...tak sabar pulak rasanya. Tak lama lagi aku nikah. Eii, mesti best? Berdebar-debar rasanya dada aku ni. Ish, first night? Takutnya!!

"Thanks!" Aku tersenyum riang apabila dipuji begitu. Hari ini adalah hari pernikahanku dengan Idraki. Banyaklah hadiah dan pujian yang aku terima. Sampai naik lenguh mulut aku nak tersenyum, tersengih! Dania, Nurul dan Farsya tetap setia di sisiku cuma kini Farsya berteman.
"Now you pulak akan merasa nikmat malam pertama." Faizy mencelah sambil tersenyum comel.
"Eh, jahatlah kau ni!! Diamlah!" marahku. Segan jugak! Habis! Kena seranglah aku gamaknya!
"Hai Puteri...." sapa Syafiq. Senyumanku semakin melebar tatkala menatap wajah Syafiq. Tapi, macam ada yang kurang....
"Kejap ye, aku nak cakap dengan Syafiq kejap!" ujarku seraya menarik Syafiq ke suatu tempat. "Lambatnya! Orang dah lepas akad dah ni. Mana kau pergi?"
"Hmm, terlambatlah. Sorry." Dia mengukir senyuman. Tapi....
"Fiq, kenapa dengan kau ni? Cam tak sihat je since kau balik dari out station tu?" tanyaku.
"Cuma demam sikit."
"Kau demam ke ni? Sorrylah!! Kalau kau tak sihat aku takkan desak kau datang, Fiq."
"It's okay. Hari ni hari yang paling bermakna dalam hidup kau jadi aku tak nak miss. Cantiklah kau hari ni. Hm. Mana suami kau?"
"Dia ada tengah sembang dengan member dia. Fiq, are you sure that you're okay? I'm worried about you! Kau nampak sakit! Muka kau cengkung sikit. Diorang tak bagi kau makan ke kat sana?"
Tiba-tiba, Syafiq menggenggam erat tanganku. Dia merenung tajam ke dalam anak mataku. Aku jadi tidak keruan. Segera aku menarik tanganku dari genggamannya. Syafiq mengeluh.
"Sorry. Kau dah jadi isteri orang." Dia cuba tersenyum. "Boleh tak esok lusa ke kita keluar minum sama-sama? Banyak aku nak borak dengan kau!"
"Sure! Kau pun satu. Busy sangat la tu sampai tak de masa nak contact aku agaknya."
"Puteri!"
"Abang!" Aku tersenyum dan terus mendapatkan Idraki. Dia tampak segak dengan baju melayu cekak musang berwarna biru tua.
"Hai Syafiq! Lama tak jumpa kau." Mereka berdua bersalaman.
"Aki, aku nak mintak permission dari ko ni. Boleh tak hari Ahad ni aku nak keluar dengan isteri kau? Kali ni je." pinta Syafiq.
"Heh, seriusnya kau Fiq? Boleh, apa salahnya!" balas Idraki, tapi dia terasa sedikit hairan.
"Thank you." Kemudian, Syafiq merenung wajahku lama. Aku jadi segan lebih-lebih lagi dengan Idraki di sisiku. "Oh! Aku kena pergi sekarang. Ni pun aku drop by aje."
"Cepatnya! Sampainya hati kau.... Hari perkahwinan aku pun still sibuk..."
"Puteri, aku ganti masa aku Ahad ni okay? Tahniah untuk korang dua."
"Hmm."
Syafiq tergesa-gesa menuju ke keretanya. Kenapa dia sibuk sangat? Ada apa? Dia betul-betul nampak tak sihat! Dia sakit apa?
"I'm sure he has a good reason." sampuk Idraki tiba-tiba sambil memeluk bahuku.
"Apa abang kata?"
Idraki hanya tersenyum.
"Jom masuk dalam."

"So, how was your first night?!" tanya Syafiq sambil tersengih-sengih.
"Mengadalah kau ni! Jangan tanya soalan tu la!" Wajahku merona merah. Aku jadi malu sendiri apabila teringatkan pada malam pertama yang lepas tu. Memang seronok! Idraki pandai melayan aku. Hee, hee. Tak puaslah!
"Kau makin ceria dan cantik." puji Syafiq lagi sambil terus merenung wajahku. Kenapa dengan dia ni? Buang karan lak! Tak habis-habis nak goda aku! "Aku happy dapat keluar dengan kau." Syafiq terbatuk kecil.
"Kenapa dengan kau Fiq? You look terrible! Kalau sakit kita borak kat rumah kau je."
"Tak...tak payah! Aku nak jalan-jalan dengan kau. Hmm, jom round-round? Aku drive."
Aku hanya mengangguk. Bukan aku tak perasan perubahan pada wajahnya. Cengkung! Bawah matanya kelihatan lebam sedikit. Tubuhnya yang tegap dulu kurus sikit. Dia sakit apa?? Ke ada apa-apa yang terjadi semasa dia out station dulu?
"Tengok tu! Kau dulu suka bunga lili kan? Cantiklah bunga kat kedai tu. Nanti, aku turun beli! Tunggu okay!"
"Fiq! Fiq! Ish...." Aku hanya memandang tubuh kurusnya bergerak melintasi jalan raya. Mujurlah pada ketika ini tidak banyak kereta sangat. Entah kenapa hatiku tidak tenang. Syafiq macam sorokkan sesuatu aje? Tapi apa dia?
"Sayang! Here, for my sweetest princess eva!" Sejambak bunga lili putih dihulurkan kepadaku. Sekeping kad kecil yang terselit dicelah-celah bunga lili dicapai.

Dear My Princess Edora,

When this world doesn't turn anymore.....
When the stars decide to stop shining....
Till then i'm gonna be by your side......
Gonna have this time together forever....
And i'm not gonna stop loving you....
Till my soul being steal away....

Forever Love,
Mohd. Syafiq

Tiba-tiba dadaku terasa sebak. Air mataku menitis sebaik saja aku menyudahkan ayat terakhir itu. Wajah cengkung Syafiq kurenung lama. Dia tersenyum sambil jungkit bahu. Tak pernah seumur hidup aku kenal Syafiq, dia hadiahkan aku kata-kata sebegini. Syafiq....
"Suka tak bunga tu? Cantikkan? Putih macam tuan dia. Suci..."
"Fiq! Kau jangan terlalu baik pada aku!" ujarku sambil mengesat air mata. Tangisanku semakin menjadi-jadi. Entahlah....
"Sayang! Kenapa nangis? Tak suka bunga yang aku bagi ke?" balas Syafiq sayu. Aku jadi serba salah. Syafiq mengesat lembut air mataku. "Please smile, Puteri. Jangan nangis. Hari ni aku nak habiskan masa aku dengan kau aje! Kita bersuka ria!"
"Ah Syafiq! Tolong jangan berahsia dengan aku lagi. Kau sakit ke?!" tegasku sambil memegang erat lengannya. Syafiq hanya tersenyum.
"Aku sihat. Cuma dalam masa beberapa hari ni aku tension sikit. Mungkin sebab sedih melihat kau menjadi milik orang lain secara mutlak. Tak de can la aku nak tackle kau lagi! Kan Puan Puteri Edora? Wah! Kau dah dapat title le!" usik Syafiq sambil tersengih. Tanpa kusedari aku memeluk lengan Syafiq dengan erat. "Eh, Puteri? Kalau iye pun rindu janganlah sampai peluk lengan aku! Kalau Idraki nampak matilah aku!"
"Fiq, please stop the car!"
"Kenapa? Kau nak muntah?"
"Please stop the car!"
Skreett! Kereta Syafiq berhenti di bahu jalan. Dia kelihatan terpinga-pinga. Aku dah tak tahan lagi! Aku sedih sangat! Lantas aku terus memeluk erat tubuh kurus Syafiq. Dia terkedu. Tidak berapa lama kemudian, dia membalas pelukanku. Aku menangis teresak-esak dalam pelukannya.
"Kenapa Fiq? Kalau ada masalah tolong gitau aku! Aku tetap kawan karib kau walaupun aku dah kahwin! Tiada apa yang dapat pisahkan kita, Fiq!"
"Ada...." Syafiq merenung lembut ke dalam anak mataku. "Kematian."
"Syafiq! Kalau iye pun kau marah aku kahwin janganlah seksa aku macam ni! Aku takut tengok perangai kau sejak akhir-akhir ni." kataku. Tubuhnya kupeluk kuat.
"Puteri, terima kasih kerana menjadi kawan baik aku. Terima kasih kerana membenarkan aku mencintai kau. Dan terima kasih kerana sanggup melayani setiap karenah aku dulu. Kau tahu tak? Hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku ialah kau, Puteri Edora. Aku akan tetap mencintaimu sampai mati. Dan aku gembira kerana dapat mencintai kau selama ini. Menjadi rakan dan tempat kau meluahkan masalah. Aku benar-benar rasa dihargai. Puteri, I really love you! Love you so much!!" Pipiku dicium lama. Aku terpegun. Tak tahu nak react macam mana. Luahan hati Syafiq benar-benar menusuk ke dalam hatiku. "Thanks for everything, Puteri. I love you!"
"Syafiq! Janganlah macam ni..." tangisku. Aku dapat melihat air mata yang mengalir di pipi Syafiq. "You are crying!"
"Dah lama aku tak nangis! Kasi la peluang aku nangis hari ni!" Syafiq ketawa kecil. "Hmm, baby girl. Jom kita pusing-pusing bandar. Stop crying, sweetheart, my prettiest darling!" Dia menampar lembut pipiku. "Let's go!"
Syafiq! Apa sebenarnya yang terjadi?! Adakah kau bercadang untuk meninggalkan aku?!
Dalam masa satu hari ni, aku dan Syafiq hanya duduk di atas kereta saja. Kitorang turun pun kalau perlu seperti untuk makan dan menunaikan solat. Syafiq membawaku ke sebuah tempat yang sememangnya aku tak pernah pergi. Di sebuah bukit yang berada di luar bandar. Cantik!
"Cantikkan? Sesuai dengan kau." kata Syafiq.
"Tak pernah aku tau tempat ni! Kenapa kau tak pernah cakap kat aku dulu?"
Dia hanya tersenyum.
"Jom duduk kat bawah pokok tu!" Dia menarik tanganku.
"Romantiklah tempat ni!" kataku.
"I'm glad you love it." balas Syafiq perlahan. Dia merenungku lama. "Boleh aku baring atas paha kau?"
Aku kelu. Tak tahu jawapan apa yang terbaik untuk kuberi. Selamba saja Syafiq meletakkan kepalanya di atas pahaku. Ah! Biarlah. Hanya kali ini saja. Tanpa sedar, jari jemariku memintal-mintal rambutnya, mengusap lembut kepala Syafiq. Matanya terpejam. Aku suka melihatnya begitu. Comel. Aku bertindak lebih berani lagi. Pipinya kuusap dan sengaja kularikan jari telunjukku pada mukanya. Dia seperti suka diperlakukan begitu. Aku ketawa kecil. Tiba-tiba, dia menggenggam tanganku lalu mengucupnya bertalu-talu. Matanya terbuka luas meratah seluruh wajahku.
"I love the moment. I wish I could grab it and lock it in my heart forever."
"Yeah... I felt the same way too...." balasku lembut. Mataku tidak lepas dari merenung wajahnya. Dia tersenyum lebar. Manis sekali!
"Puteri....aku cintakan kau! Aku cintakan kau...." ucapnya lagi. Aku sekadar mengangguk. "Aku cintakan kau..." Tiba-tiba, dia terbatuk-batuk. Kuat dan sakit bunyinya.
"Fiq? Are you okay?"
Dia menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Batuknya masih tidak reda lagi. Malah, makin teruk! Aku dapat melihat darah yang mengalir keluar dari celah jari-jemarinya. This is serious!
"Fiq, jom kita balik!"
Dia geleng kepala. Sengaja dia menjatuhkan kepalanya pada bahuku.
"I want to spent the rest of my life with you."
"Fiq! You're sick now. Lepas kau sembuh kita boleh travel mana-mana." pujukku lagi.
"I don't need that, Puteri. I just need you now. That's all." Syafiq batuk lagi. "Puteri....ingat ye....aku sentiasa mencintai kau...Janganlah kau bimbang... hati aku sentiasa berada bersama kau...Kita tak mungkin berpisah untuk selama-lamanya kerana hati aku tetap bersemadi di dalam diri kau....dalam tubuh kau..."
Aku terpempan. Hati? Tubuh aku?
"Aku cintakan kau, Puteri...."
"Fiq. Kau kata apa?! Kau ke penderma hati tu? Fiq?"
Tiada respon.
"Fiq! Jawablah. Kau ke yang derma hati kau kepada aku? Syafiq? Oh! No! Noo!! Fiq! Wake up will you?! Syafiq?"
Tubuh Syafiq yang terkulai layu di atas riba kugoncang kuat. Tetap tiada respon. Kaku tidak bergerak. Bibirnya biru. Ya Allah!! Adakah Syafiq? No! Tak mungkin!! Aku meletakkan jariku pada lehernya, kemudian pada pergelangan tangannya. Syafiq!! Don't leave me!! Syafiq!!
"Syafiq!!! Jangan tinggalkan aku!!! Fiq!! Aku sayangkan kau!!" Namun, aku tahu walaupun seteruk mana aku mengalirkan air mata, walaupun seberapa banyak air mata darahku mengalir, Syafiq tetap tidak akan kembali. Dia pergi buat selama-lamanya. Ya Allah! Innalillahwainnailahirajiuun....

Setiap tahun aku pasti tidak lupa untuk menziarahi pusara Mohd Syafiq, kawan baikku dunia dan akhirat. Setiap kali itulah aku akan menyirami tanah pusaranya dengan air bunga. Setiap kali itulah aku akan membersihkan sekeliling kuburnya, mencabut anak-anak pokok yang tumbuh meliar. Kadang-kadang, tanah pusaranya kutimbun dengan tanah yang baru. Biar sentiasa nampak cantik dan baru.
"Mak! Tengok tu, comelkan anak kambing tu!" jerit anak perempuan, Syafiqah. Kini, dia berusia tiga tahun. Nakal dan comel.
"Fiqah! Mari sini. Kita dah nak balik ni." Panggil Idraki. Aku bertuah kerana mendapat suami yang sangat memahami seperti Idraki. Selepas pemergian Syafiq dulu, selama dua bulan aku bersedih dan pada ketika itulah Idraki banyak memberi dorongan dan kata-kata perangsang kepadaku. Dia begitu sabar melayani karenah isterinya yang sentiasa teringatkan lelaki lain pada ketika itu. Aku tahu, hati Idraki pasti terluka sedikit sebanyak. Aku akan bayar balik dengan memberi sebuah kebahagiaan yang tidak terhingga kepada lelaki itu.
"Abang....Puteri cintakan abang. Puteri menyayangi abang lebih dari nyawa Puteri sendiri." ucapku sambil memeluk lengannya. Idraki tersenyum lawa. "Puteri akan tetap bersama abang tak kira apa yang terjadi. Abanglah nyawa Puteri..."
"Puteri..." Idraki mengusap pipiku. "Abang akan sentiasa mencintai dan melindungi Puteri. Asalkan Puteri memberikan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap abang. Pasti abang dapat lakukan!" Dia mengucup bibirku.
Aku tersenyum senang hati. Tangan kecil si Syafiqah kupegang.
"Jom balik."
Syafiqah hanya tersengih memandangku. Idraki memeluk dan menggosok bahuku berulang kali. Dia tahu aku gemar diperlakukan begitu. Aku hanya tersenyum memandangnya.
"Lepas ni gi KFC, mak?"
"Hmm, Fiqah nak makan apa?" sampuk Idraki sambil mencuit pipi si kecil.
"Drumstick! Fiqah suka makan ayam drumstick!" jerit Syafiqah keriangan.
Aku dan Idraki hanya ketawa melihat gelagat nakal si Syafiqah. Comel betul! Tak tahan aku tengok dia. Geram! Syafiq, terima kasih kerana kau pernah menghadiahi aku sebuah persahabatan yang utuh dan kesetiaan yang tidak terhingga. Terima kasih kerana sentiasa mengambil berat terhadap diriku dan terima kasih sekali lagi kerana sudi menderma hatimu kepadaku. Aku tak pernah lupa, cintamu itu akan sentiasa bersemadi dan sentiasa mekar dalam tubuhku. Terima kasih, Syafiq. Dan kepada suamiku, Idraki. Aku akan tetap mencintaimu sehingga nafasku yang terakhir. Tiada lelaki lain yang dapat merangkul cinta di dadaku kini. Dan orang itu hanyalah dirimu....yang akan sentiasa menghangatkan cinta kita berdua. Mencintaimu....adalah suatu anugerah yang tidak terhingga yang pernah Tuhan kurniakan kepadaku....Idraki....

THE END