WELCOME TO MY LIFE STORY

Sabtu, 23 Februari 2013

1Citizen : (Modul 6 : e-Enterprise)

Apa itu e-Enterprise?

e-Enterprise adalah mengenai perniagaan dijalankan secara online melalui apa-apa permohonan berasaskan internet..Ianya direka untuk mereka yang suka membeli-belah secara online dan membuat transaksi duit melalui internet..

Jenis-jenis Transaksi Internet

> E-Commerce/Online Shopping
- menjual dan membeli barang secara online..
- saya sendiri menjalankan perniagaan secara online di antara kebaikannya :
     1) anda tidak perlu menyewa kedai dan membayar bil utiliti (peniaga)
     2) menjimatkan masa dan memudahkan pembeli (pembeli)
     3) segalanya dihujung jari dan dapat menjimatkan tenaga untuk mencari sesuatu barang
     4) mudah bagi peniaga untuk mempromosikan barangan mereka secara online..

- diantara risiko yang harus diambil kedua belah  pihak :
     1) penipuan (pembeli atau peniaga menipu,item tidak dihantar selepas pembayaran dibuat atau pembeli
         mendakwa sudah membuat pembayaran dan cuba memberikan keterangan bayaran yang palsu).
     2) barang yang diterima berbeza dari dalam gambar seperti warna,saiz dan juga kualiti..
     3) perkhidmatan penghantaran yang lambat disebabkan sikap peniaga atau 'courier'.

gambar sekadar hiasan

shopping online

e-commerce
> Perbankan Internet
- zaman kini urusan perbankan amat mudah dan banyak juga risiko yang harus ditanggung pengguna.. 


maybank2u

bank islam internet banking

cimb clicks



1Citizen : (Modul 5 : e-Interaction & Collaboration)

Various Form of Digital Communications and Collaboration Tools ( Pelbagai Saluran Komunikasi Digital dan Peralatan Kerjasama)

Yahoo Mail

Google Mail

> Email - boleh dikatakan setiap orang pada masa kini mempunyai email untuk tujuan komunikasi dan bagi mengaktifkan akaun facebook,twitter dan lain-lain..

Facebook


Twitter

Twitter
> Social Networking Site - contoh laman sosial seperti twitter,tagged,my space,facebook,twoo,hi5 dan lain-lain.. laman sosial ini memudahkan pengguna untuk berhubung dan berinteraksi diantara satu sama lain..

Blogger
> Blog - web dimana anda boleh menulis pelbagai informasi terkini..berkongsi hujah dan pendapat.. berkongsi tentang kisah perjalanan hidup,novel,cerpen dan sebagainya..

Semasa Menggunakan Saluran Komunikasi ini ada beberapa perkara yang harus dijaga.. antaranya ialah :

1) Penggunaan bahasa yang betul iaitu tidak menggunakan bahasa rojak atau pun bahasa yang kasar..
2) Jangan gunakan media ini sebagai tempat penyebaran fitnah dan mengaibkan orang lain..
3) Jangan semudahnya memaparkan atau berkongsi maklumat peribadi di laman sosial..
4) Jaga nama baik diri,keluarga dan negara..

Sekian saja untuk entry kali ini..

Jumaat, 22 Februari 2013

1Citizen : (Modul 3 : E-Rule)

Kefahaman Mengenai Kenapa Maklumat Akses Menjadi Isu Global? Entry kali ini berkaitan dengan masalah yang seringkali terjadi dikalangan kita sebagai contoh penipuan siber (jenayah siber), kebocoran informasi atau maklumat peribadi dan banyak lagi.. kenapa perkara begini boleh berlaku ya?

Jeni-jenis Jenayah Siber

1) Penipuan
2) Keroasakan atau Pengubahsuaian ke atas Program/Data Komputer
3) Kecurian Maklumat
4) Capaian Tidak Sah ke atas Sistem
5) Menyalin Perisian Secara Tidak Sah
6) Pengintipan
7) Judi Siber
8) Skim Cepat Kaya
9) Pornografi
10) Menyalur Maklumat Palsu
hukuman menanti pesalah..

Statistik..


1Citizen (Modul 1 : E-Access)

Penerangan:
Dalam modul ini, kami akan menerokai jurang antara mereka yang mempunyai akses teknologi
maklumat dan digital yang efektif dengan mereka yang mempunyai akses yang sangat terhad
atau tiada akses langsung. Ini termasuklah teknologi yang digunakan, ketidakseimbangan dalam
akses fizikal kepada teknologi dan sumber yang diperlukan untuk menggunakannya secara efektif.
Ia juga memberikan kefahaman tentang keistimewaan menggunakan maklumat elektronik dalam
masyarakat dan hak terhadap akses yang saksama, selamat dan boleh dipercayai. Di samping itu,
terdapat perbincangan mengenai cara orang kurang upaya mengakses Internet. Kami juga
menumpukan perhatian kepada beberapa kajian kes, mendedahkan bagaimana sesetengah
Kerajaan membantu merangsang perkembangan akses elektronik dan merapatkan jurang
digital di negara mereka.

> Memupuk Sikap yang Betul - banyak cara untuk kita mendidik diri dan menanamkan sikap yang betul :
    1) Belajar untuk menghargai kemudahan digital
    2) Menjadi seorang yang bertanggungjawab apabila berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat.
   




Gambar sekadar hiasan..



Pendaftaran Peserta 1Citizen...

1) Sign up dulu... daftar... lepas dah isi segala maklumat.. sistem akan hantar user nama dan id ke inbox email peserta..

2) Lepas dah daftar kita dah boleh log in ke dalam sistem..dah boleh add friend and view classmate..
suasana ketika di dalam kelas 1Citizen..

3) Dah boleh tengok dan baca modul... boleh lah faham sikit-sikit melalui pembacaan.. selebihnya akan diterangkan oleh trainer..




Bersarapan Seketika Ketika Program 1Citizen

jom sarapan..

Bestnya bila ada program macam ni sebab makanan free... kesian kan kami makan kat koridor je.. boleh makan dekat dalam lab tapi tak selesa la tempat menuntut ilmu dijadikan tempat makan.. sambil-sambil makan boleh ambil angin kan...

1Citizen Program Objectives


> To develop a sense of 'keNegaraan', collabrotion,responsibility and ownership to the communities during their online digital experience.
> To infuse positive messages among youth.
> To encourage youth volunteerism and activism.
> To integrate a Malaysia-owned Globally-Benchmarked and Standards for Digital Literacy Certification.


> Untuk membangunkan rasa 'kenegaraan', kerjasama, tanggungjawab dan pemilikan kepada masyarakat semasa pengalaman dalam talian digital mereka..
> Untuk menyemai mesej positif di kalangan belia.
> Bagi menggalakkan kesukarelawanan belia dan aktivisme.
> Untuk mengintegrasikan dimiliki Malaysia global aras dan Standard Persijilan Literasi Digital.

Pagi Yang Indah Bersama Program 1Citizen..

cantik permandangan..

design yang sesuai..

sungguh indah alam ciptaan tuhan..
Program bertempat di Fakulti Pengurusan Teknologi Perniagaan bertempat di Makmal Komputer Pengeluaran Operasi... sebelum program bermula peserta di perkenal kan dulu apakah itu 1citizen.. untuk tahu lebih lanjut boleh view post saya sebelum ini...

Apakah Itu 1Citizen???


1Citizen merupakan satu program latihan yang dianjurkan oleh Prestariang Systems Sdn Bhd kepada semua warga IPTA seluruh Malaysia tentang kegunaan IT (teknologi maklumat).. Program ini mendapat pengiktirafan juga peserta haruslah menduduki peperiksaan dan juga membuat portfolio sebagai syarat untuk mendapatkan 'Certificate of Attendance'.. Oleh itu saya memilih untuk menulis blog sebagai portfolio saya kerana saya merupakan seorang blogger walaupun tidak bergiat aktif.. semasa di dalam program ini peserta didedahkan tentang teknologi masa kini iaitu penggunaan internet.. zaman serba canggih yang menjadikan penggunaan internet sebagai keperluan..

Produced for 1Citizen

Program 1Citizen

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera... nama saya roziana bt abdul rahim.. berumur 22 tahun... baru mendaftar masuk sebagai mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia... dah seminggu tiga hari di sini dan hari ni 23 feb 2013 sehingga 24 feb 2013.. kami yang terpilih hendaklah mengikuti program yang dipanggil sebagai 1Citizen... Apa itu 1Citizen? Mula-mula saya pun tertanya-tanya program apakah ini? saya akan terangkan mengenai program ini di post saya yang seterusnya..