WELCOME TO MY LIFE STORY

Jumaat, 22 Februari 2013

1Citizen (Modul 1 : E-Access)

Penerangan:
Dalam modul ini, kami akan menerokai jurang antara mereka yang mempunyai akses teknologi
maklumat dan digital yang efektif dengan mereka yang mempunyai akses yang sangat terhad
atau tiada akses langsung. Ini termasuklah teknologi yang digunakan, ketidakseimbangan dalam
akses fizikal kepada teknologi dan sumber yang diperlukan untuk menggunakannya secara efektif.
Ia juga memberikan kefahaman tentang keistimewaan menggunakan maklumat elektronik dalam
masyarakat dan hak terhadap akses yang saksama, selamat dan boleh dipercayai. Di samping itu,
terdapat perbincangan mengenai cara orang kurang upaya mengakses Internet. Kami juga
menumpukan perhatian kepada beberapa kajian kes, mendedahkan bagaimana sesetengah
Kerajaan membantu merangsang perkembangan akses elektronik dan merapatkan jurang
digital di negara mereka.

> Memupuk Sikap yang Betul - banyak cara untuk kita mendidik diri dan menanamkan sikap yang betul :
    1) Belajar untuk menghargai kemudahan digital
    2) Menjadi seorang yang bertanggungjawab apabila berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat.
   




Gambar sekadar hiasan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan