WELCOME TO MY LIFE STORY

Rabu, 3 Mei 2017

Tips Untuk Move On Dengan Cinta Yang Tak Kesampaian

Hai pembaca sekalian, moga kalian sihat hendaknya. Kat sini saya nak kongsi beberapa tips tentang bagaimana untuk MOVE ON dari cinta yang menyakitkan. Dalam perhubungan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun sampai mana kah tahap kesabaran kita sebagai manusia normal? Adakah ianya cinta atau kebodohan kita dalam mempertahankan sayang pada orang yang tak sepatutnya? Come on guys, cinta itu bahagia biarpun terselit dugaan. Cinta itu memberi dan menerima. Layakkah ianya di panggil CINTA? Jikalau hanya anda seorang yang bermati-matian pertahankan cinta. Bertahan ada limitnya. Serahkan cinta pada yang menghargai kewujudan kalian di sisi. Jom ikuti tips yang ingin saya kongsikan dalam entry kali ini.

1) Pertama : Kembali lah kepada Penciptamu. 

Tak kira walau ape pon agama kalian, kalian tentu percaya kewujudan tuhan. Tuhan uji anda kerana sayang. Ingin anda kembali berharap pada dia. Bukan berlebihan harap pada manusia. Hati manusia tuhan yang pegang. Hati bersifat bolak balik. Minta la pada tuhan, bukan empunya badan. Kalau sudah bertahun lamanya, masih tidak dimakbulkan. Percaya lah, tuhan sudah pun merencanakan sesuatu yang lebih baik utk kalian.

2) Kedua : Belajar Memaafkan

Tipu la kalau hati tak terluka. Bila ingat rasa macam tak mampu nak maafkan si dia. Bila datang rasa jahat dalam diri, rasa macam nak dia pon rasa apa yang kita rasa. Kadang-kadang bila rasa dah move on, memang tak de dah nak ingat2. Tapi kita hanya manusia biasa. Adakalanya, kenangan lalu menerjah kotak fikiran. Sekadar ingatan, bukan beerti perasaan sayang masih di hati. Jangan membenci. Belajar memaafkan biar pun perit. Nanti korang akan rasakan TENANG nya hati apabila memaafkan. Percaya lah.

3) Ketiga : Delete Conversation, Gambar atau Yang Berkaitan

Tak perlu simpan lagi semua kenangan tu. Buang sahaja. Cipta kenangan baru bersama teman baru. Kalau ada hadiah pemberian si dia. Kalau barang tersebut masih boleh diguna pakai. Tak payah la membazir pergi buang. Guna saja. Anggap saja pemberinya tiada kena mengena lagi dengan anda.

4) Keempat : Elakkan Duduk Berseorangan

Ketika kita berseorangan, kita akan lebih cenderung untuk memikirkan atau mengenang kembali kisah lalu kerana di waktu itu fikiran kita sedang berehat dan kosong. Jadi apa pun yang terlintas, akan terus kita fikirkan tanpa ragu. Waktu yang selalunya kerap terjadi perkara tersebut ialan sewaktu sebelum melelapkan mata. Betul kan?

5) Kelima : Jangan Layan Lagu Jiwang

Orang yang baru putus cinta, jiwanya mudah sangat terusik. Lagu jiwang boleh kata semuanya kena la dengan situasi diri. Lirik lagu ibarat kena tepat ke batang hidung. Jadi, elakkan la dengar. Orang yang tengah bahagia layan lagu jiwang, hati mereka kental. Sebab jiwa bahagia kan. Tidak bagi mereka yang dalam proses MOVE ON.

6) Keenam : Lakukan Aktiviti Yang Sihat

Dalam keadaan emosi yang tak stabil, badan kita sangat mudah terkena penyakit. Sebab itu lah ada yang putus cinta sampai demam2. Jadi weekend tu pergi lah jogging ke swimming ke atau aktiviti beriadah bersama keluarga dan teman2. Elakkan terperap je dalam bilik. Kalau suka travel, sila lah travel. Nikmati dunia yang indah ciptaan Tuhan.

7) Ketujuh : Berikan Masa pada Hati

Berikan masa pada hati untuk pulih, jangan paksa hati menerima cinta jika anda masih belum MOVE ON. Bayangkan baru je putus cinta seminggu. Anda telah menemukan pengganti. Secepat itu kah? Bagi la masa pada hati, supaya hati boleh tentukan perasaan yang wujud itu suka, sayang, cinta atau hanya lah simpati. Jangan terburu-buru. Jangan permainkan hati insan lain sedangkan anda sendiri pernah rasa peritnya di khianati.

8) Kelapan : Hargai lah insan di sekelilingmu

Renung kembali, masih adakah insan yang ikhlas menyayangi kalian? Kalau ada, mengapa kalian seringkali menolak dia? Percaya lah, rasa di sayangi itu lebih hebat dari menyayangi. Tapi, kalau tak mampu. Jangan lah di paksa. Cuma nak pesan, pasangan yang baik sangat lah jarang untuk di temui pada zaman ini. Kalau dah jumpa, jaga baik2.

Setakat ini sahaja entry kali ini. Di lain masa, saya akan kongsikan pula Tips Mengenali Pasangan Curang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan