WELCOME TO MY LIFE STORY

Jumaat, 22 Februari 2013

Bersarapan Seketika Ketika Program 1Citizen

jom sarapan..

Bestnya bila ada program macam ni sebab makanan free... kesian kan kami makan kat koridor je.. boleh makan dekat dalam lab tapi tak selesa la tempat menuntut ilmu dijadikan tempat makan.. sambil-sambil makan boleh ambil angin kan...

1Citizen Program Objectives


> To develop a sense of 'keNegaraan', collabrotion,responsibility and ownership to the communities during their online digital experience.
> To infuse positive messages among youth.
> To encourage youth volunteerism and activism.
> To integrate a Malaysia-owned Globally-Benchmarked and Standards for Digital Literacy Certification.


> Untuk membangunkan rasa 'kenegaraan', kerjasama, tanggungjawab dan pemilikan kepada masyarakat semasa pengalaman dalam talian digital mereka..
> Untuk menyemai mesej positif di kalangan belia.
> Bagi menggalakkan kesukarelawanan belia dan aktivisme.
> Untuk mengintegrasikan dimiliki Malaysia global aras dan Standard Persijilan Literasi Digital.

Pagi Yang Indah Bersama Program 1Citizen..

cantik permandangan..

design yang sesuai..

sungguh indah alam ciptaan tuhan..
Program bertempat di Fakulti Pengurusan Teknologi Perniagaan bertempat di Makmal Komputer Pengeluaran Operasi... sebelum program bermula peserta di perkenal kan dulu apakah itu 1citizen.. untuk tahu lebih lanjut boleh view post saya sebelum ini...

Apakah Itu 1Citizen???


1Citizen merupakan satu program latihan yang dianjurkan oleh Prestariang Systems Sdn Bhd kepada semua warga IPTA seluruh Malaysia tentang kegunaan IT (teknologi maklumat).. Program ini mendapat pengiktirafan juga peserta haruslah menduduki peperiksaan dan juga membuat portfolio sebagai syarat untuk mendapatkan 'Certificate of Attendance'.. Oleh itu saya memilih untuk menulis blog sebagai portfolio saya kerana saya merupakan seorang blogger walaupun tidak bergiat aktif.. semasa di dalam program ini peserta didedahkan tentang teknologi masa kini iaitu penggunaan internet.. zaman serba canggih yang menjadikan penggunaan internet sebagai keperluan..

Produced for 1Citizen

Program 1Citizen

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera... nama saya roziana bt abdul rahim.. berumur 22 tahun... baru mendaftar masuk sebagai mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia... dah seminggu tiga hari di sini dan hari ni 23 feb 2013 sehingga 24 feb 2013.. kami yang terpilih hendaklah mengikuti program yang dipanggil sebagai 1Citizen... Apa itu 1Citizen? Mula-mula saya pun tertanya-tanya program apakah ini? saya akan terangkan mengenai program ini di post saya yang seterusnya..

Jumaat, 25 Januari 2013

Pure Marine Collagen Murah - PMC

Salam... saya ade menjual pure marine collagen dengan harga murah... turut menjual vit c organik 500mg dan 1000mg... vit c pahang pharma...

blh pm sy di fb...   www.facebook.com/zainareezana12

Isnin, 1 Oktober 2012

Perpisahan Ini

sudah hampir 2 tahun perpisahan itu terjadi.. alhamdulillah kini aku makin baik... xterasa  begitu pantas masa berlalu membawa hati yang duka pergi dan senyuman dibibir kian menghiasi... aku masih mengingati dia.. adakalanya perasaan rindu terlalu mencengkam jiwa namun aku tahan kerna dia bukan milik ku lagi... hurm.. dah lama aku x update blog nie.. sbb xbyk cerita yg aku boleh cerita.. yg ada hanya cerita duka yg aku sendiri xtahu bila akan berakhir.. tahun depan hari konvokesyen ku.. dia berjanji utk dtg.. aku tidak pasti jnji itu bakal dia tepati atau dia mungkiri.. apa pown aku tidak mahu berharap...

awak... mcm mana hdup awak skrg? pasti awk bahagia kn.. sbb awk x cari saya pown... :)
awak... saya xtahu camne nak cakap.. yg pasti tmpt awak sentiasa di hati saya... masih sama seperti dulu...